Sabtu, Disember 31

Ambang tahun baru 2012

Ade member aku pesan. jangan masuk toilet kul 11.59pm nanti kau kat toilet sampai tahun depan.



bitch please..



aku tido malam ni sampai tahun depan. trololololol..



p/s: happy new year everyone~~

Rabu, Disember 14

Surat buat kekasih

Hai awak.


Ingat saya lagi tak? saya tawu...mesti awak dah lupe saya kan..kalo awak ingat mesti awak dah contact saya balik. tapi, ni semua salah saya jugak. saya yang buat awak benci saya. so bukan salah awak kalo awak lupe saya.


hei awak.


Sejak awak pergi, saya benci tengok kereta myvi kaler oren. boleh kate setiap hari kereta myvi oren ni menghantui sayea. asal keluar rumah je jumpe, nak pergi kedai jumpe, nak pergi tbun jumpe. demmit. kenapelah perodua buat myvi kaler oren banyak-banyak? keluarkan satu je cukup la. atleast saya tak teringat kat awak sentiasa.


Ukm, Alamanda, Puchong, Taman layang-layang


kalau awak nak tawu, ni la tempat-tempat yang saya cuba elakkan pergi. sebab kalo saya pergi kat tempat-tempat tu, secare auto awak datang dalam fikiran saya. tak leh ke saye ingat orang lain? saya pon pelik dengan diri sendiri.


hei awak.


saya benci awak! awak lupekan saya langsung! hari raye lepas pon awak tak nak contact saya. saya tawu.. saya je yang banyak dosa dengan awak. tapi takkan la sampai awak tak nak sampaikan salam raye kat saya. hina sangat ke saya kat awak?


may be awak sibuk..nak masak ketupat, lemang, rendang, kan awak kan..lagipon kawan-kawan awak kan ramai. siapalah saya ni nak terima ucapan hari raye dari awak..


saya tak tawu kenapa. walaupun saya benci awak, tapi saya still tunggu awak. may be sebab tak de orang laen nak kat saye selain awak. tapi saye lelaki? kejadah hapenye saya kene tunggu awak pulak?


tapi saya serius.


saya benci sangat awak. awak buat saya srindu awak sangat. ape ilmu yang awak pakai ha? sekarang baru saya tawu perasaan orang putus cinta.


hari ni, saya tawu hari ulang tahun awak tapi saya tak pasti saya patut wish awak atau tak. biar la saye wish kat sini je. tak peduli la awak tawu or tak. semoga awak panjang umur, murah rezeki, dan jadi lebih matang dalam menghadapi hari-hari mendatang. oh. ceria-ceria selalu.


mintak maaf la saya tak berani nak bagi surat ni kat awak. sebab saye tawu awak takkan bace. saye post je kat blog budak ni. mane tawu kot-kot kalo awak follo die. awak terbace kan. hehe


akhir kate,
pen merah pen biru, may u wish come true...



p/s:hari ni aku menulis dengan menyalahkan diri sendiri. tunggu la satu hari nanti bile aku dapat kekuatan menulis dengan menyalahkan diri kau.

Rabu, Oktober 19

Wed..wait for it. wednesday!

sometimes love means taking a step back
if you care about somebody, you should want them to be happy,
even if you wind up being left out.

-Ted Mosby




p/s: demmit, why you talk to me like that ted mosby??


Khamis, Oktober 13

Kisah marzuki pengapit berkaliber:part 2

Setelah merenung kad jemputan perkahwinan tersebut beberapa ketika. Marzuki mengambil keputusan untuk turun menuju ke rumah pengantin. Marzuki tak kesah walaupun kehadiran beliau agak awal. Yang penting beliau komited dan berdedikasi untuk melaksanakan tugas beliau.



Marzuki menghayun kaki dengan kachak sekali.



Perjalanan dari tempat parking ke rumah pengantin tidaklah jauh sangat. selang beberape rumah sahaje. just like-like kate omputeh. Dari jauh marzuki nampak kelibat orang-orang katering tengah sibuk menyiapkan meja santapan tetamu.



sempat juga marzuki mengenyit mata terhadap salah seorang pekerja katering wanita yang asyik memerhatikan kedatangan beliau. kelang-kabut wanita tersebut menyambung kembali kerja mengisi lauk-pauk buffet tadi.



ternyata kenyitan mata marzuki sungguh padu.



sesampai sahaja marzuki di pintu rumah pengantin. Marzuki terdengar satu suare yang terbit dari ruang tamu rumah tersebut.



cepat-cepat, pengantin dah sampai kat pintu tu!!



dan marzuki pon tersengeh macam mintak penampor.

Selasa, Oktober 11

So sad, so sad...


what i got to do to make you love me..
what i got to do to make you care..
what do i do when lightning strikes me..
and i wake to find that you're not there..



tetibe pulak rase syahdu je dengar lagu mamat-mamat ni. celop betul!



p/s: what have i got to do? what have i got to do? sorry seems to be the hardest word..

Isnin, Oktober 10

Pelajaran hari ini.

Kalau orang dah tak suka tu. jangan dipaksa. ok. bai.



p/s: no hope, no love, no glory, no happy ending - mika

Selasa, Oktober 4

Nais! lepas ni aku leh try satu-satu!




p/s: tapi aku sangat sangat sangat sangat sangat jarang pakai kasut! so how?

Khamis, September 29

Deer diary. err..i mean. dear

sebelum hari ini
planning macam nak rak. aktiviti di susun rapi. tempat-tempat menarik dicari. masa di atur. ok. tinggal nak tunggu esok je lagi.



hari ini
fine. transpot takde. sume aktiviti kensel.



eh. tibe-tibe ade transpot! naiss. lets the plan begin..



ok. mase pulak takde. sick.



p/s: i guess there must be something that curse us today. sorry is the only word that i can say.

Rabu, September 28

Ramli kecik tak puas hati dengan awang besar

hey. aku tak kisah kalau kau nak benci aku. tapi tak boleh ke kau tolong kawan aku? ape kau nak benci sume orang yang ade sangkut paut dengan aku ke?



p/s: bace dengan nada gaye marah. bukan pondan atau mak nyah.

Sabtu, September 24

Saat terakhir. deng!

 

dah nak abes dah bulan syawal. rasenye tak payah kot i nak tunggu ucapan raye dari you lagi. well, its not a big deal rite?


Isnin, September 19

Kisah marzuki pengapit berkaliber:part 1

Marzuki seorang pengapit yang berkaliber. beliau telah ditugaskan untuk menjadi pengapit pengantin lelaki pada hari sabtu yang lepas. walaupun orang cakap siapa yang jadik pengapit lambat kawen. marzuki tak amik kesah sangat. bagi beliau, pengalaman menjadik pengapit mak saudara beliau haruslah tidak dipersiakan.



selepas subuh lagi marzuki telah bersedia. baju pengapit digosok rapi. kain samping yang sepadan dan canggih dicari. songkok berwarne hitam digosok dan dikilat. cume kasut. ye. memandangkan marzuki tidak mempunyai kasut yang berkaliber. jadik beliau hanye mengenakan selipar ke majlis persandingan itu.



pukul 8.30 pagi



marzuki memecut laju. berbekalkan kereta bmw kancil buatan tempatan. ternyata menjadikan perjalan marzuki cukup gagah. dengan sekelip mata sahaja marzuki tiba di perkarangan rumah pengantin. marzuki melihat jam di tangan. jam menunjukkan 9.15 pagi.



marzuki mencari kad jemputan perkahwinan dan melihat atucara majlis.



"fine. bersanding pukul 12.30 tengahri! kejadah hape aku datang awal-awal ni?" marah marzuki kepada diri sendiri sambil menjerit OMG OMG!



p/s: serius jadik pengapit lambat kawen??

Ahad, Ogos 28

Pathetic

Please. stop coming in my dream. seriously dude. what exactly you want from me? am i the chosen one??


autobots. roll out! wooff!


p/s: i barely cant explain what kind of dream is that. totally suck.

Khamis, Ogos 25

tolong. i'm a loser.

baru je lepas tengok cerita tolong! awek aku pontianak. seriously. aku terfikir camne eh kalo tibe-tibe aku dapat awek pontianak? i mean. ok lame question. but ekceli aku rase cerita tu mengajar aku something.


sejauh mane kau bersedia ke menerima seseorang tu?


seburuk hodoh mane pon seseorang. still die ade perasaan. mungkin sekarang kau tengok die cantik. baik. sopan santun. lemah lembut. berbudi pekerti dan macam-macam lagi. but what if one day you realize that she or he is not as good as you think? kau  nak terima die lagi ke?


and. cerita tu jugak membuatkan aku terpikat dengan maya karin. oh maya karin. jadi awek aku bolehhhh? tapi aku nak kau yang versi pontianak. atleast nanti aku tak brape takut sangat ngan hantu. ye la. awek sendiri hantu. ape ade hal?


p/s: is it possible ghost to love human? pifft. tahyul betul.

Sabtu, Ogos 20

entri dua tahun.

so. dua tahun dah umur kau kan. kalo usia macam ni. patut kau dah start leh maen lari-lari. ya! berlari mengejar awek-awek kat luar sane! yosh!


and. kalau kau jatuh. jangan nak menanges tak tentu pasal. salah kau sendiri bukan salah orang laen.

Khamis, Ogos 18

serebelum semakin di mamah usia

hari selase lepas aku berkesempatan berbuka secara berjemaah dengan family-family tempat kerja mak aku. ala-ala family day la, cume aktiviti die makan, solat terawih, makan dan makan lagi.



satu meja dua family.



memandangkan takde kelibat awek yang cun, mahupon waitress-waitress yang comel-comel untuk di menguratkan. so, aku ambil keputusan untuk duduk diam kat meja makan sambil memerhatikan gelagat anak-anak kecil yang cube mengganggu gugat tahap kesabaran puase aku.



dem. tawu la korang kecik lagi. tapi please la. jangan teguk-teguk air bandung depan aku boleh? teguk siap jeling-jeling pulak tu.



nasib baik la aku puase. kalo tak, sorang-sorang aku bagi jurus libasan langit ke tujuh. sedang aku bersabar menahan dugaan-dugaan air bandung, laicikang dan bermacam air yang lalu lalang kat depan aku. aku di kejutkan dengan satu suare.



ini mursyid kan? kenal cikgu lagi tak?


err...ish kenal, mane boleh lupe. hehe cikgu sehat?



ok. sumpah. aku dah cube recall balik sume kenangan aku dari sekolah rendah sampai menengah. still name cikgu tu aku tak dapat nak ingat.



aku rase zombi dah makan otak aku sikit!


p/s: serius. aku rase makin banyak name cikgu aku dah lupa. adoi.

Rabu, Ogos 17

Rabu Bisu!



sick! gua bosan!

Selasa, Ogos 16

salam ramadhan dari antartika

gambar kenangan gua dan anak pertama.


salam and wassup?


gua di sini ingin mengucapkan selamat menghabiskan ibadah puase buat lu orang semua. gua dapat tawu yang lu orang cuma puase 30 hari je kan?


dengan in gua isytiharkan yang gua lagi power dari lu. gua puasa 4 bulan beb! weyh bukan 40 hari tau! 4 bulan! sape yang buta sejarah cube kire 4 bulan ade brape hari!


dan gua lagi gagah dari lu orang. sebab gua mane ade sahur tiap-tiap hari! straight 4 bulan baru gua berbuka dengan isteri tercinta.


jadi di kesempatan ini. gua ingin mengucapkan salam aidilfitri la kepada sahabat baik gua jalak lenteng, ayam daging kampung pisang dua batang yang kini kabornye tengah menunggu mase untuk di jadikan rendang ayam.


tidak lupa juga pesanan gua kepada beliau, jangan bermain mercun bola. nanti putus jari! oh. by the way, gua sekarang tengah berpuase untuk anak kedua gua. lagi 2 bulan insyaallah dia lahir.


akhir kate, gua akhiri surat gua dengan serangkap pantun.



pagi-pagi menangkap sotong,
sotong ditangkap di pasar borong,
mintak mak kueh sepotong,
saya mahu makan kerna perot kosong.



salam sayang,
pengu-in the house 




p/s: dan sangat bertuah la kamu dijadikan sebagai manusia dari dijadikan penguin. - tok imam kampung

Khamis, Ogos 11

hari pertama mengenal puase. part 1

dua tiga hari lepas aku ade bace entri blog member aku. cerita macam mane beliau belajar mempuasakan diri beliau. (boleh klik sini kalo rajin nak bace jugak)



membace entri beliau membuatkan aku terkenang macam mane aku belajar puase dulu.



untuk mengetahuinya kite perlu balik ke tahun...err..ntah..aku pon tak ingat tahun kebrape masihi. tapi yang pasti mase tu aku berade di dalam pra-persekolahan. pra-sekolah di sini bukan lah tadika kemas, tadika tidak kemas atau mane-mane tadika yang ade di malaysia ni. aku pra-sekolah menumpang masuk kelas budak darjah 1.



nampak tak?



umur 6 tahun dah kene compete dengan budak umur 7 tahun. sebab tu sampai habis sekolah pun aku kene bersaing ngan budak tua setahun dari aku. ok. kite balik kepade persoalan puasa tadi.



ayah aku time aku kecik-kecik. garang die lain macam sikit. serius! pernah satu mase tu die ajar iqra'. aku tak dapat bace betul. die ajar sampai aku nanges. takut weyh! padahal die ajar guna suare je. i mean. tak delah pukul aku. tapi sebab aku tak dapat, dan mendengar suare die yang garang. meleleh jugak la air mate takut kat pipi kanan. pasal ape pipi kanan? yang pipi kiri air mate geram, ye la. ulang part yang same banyak kali sampai die puas hati. mau tak geram?



ok. again. dah lari tajuk.



hari first aku kenal puase tu. biase ar. bangun sahur memang super payah la. tunggu ayah aku jerit baru kelam kabut gosok gigi. tu pon mate kalo boleh bukak pon, bukak sebelah je. sebelah lagi tido. yang bukak tu pon antara bukak dan tak bukak je. mak aku baik, sahur suap aku. so jimat tenage mase bersahur.



di pendekkan cerita, pagi tu aku ngan adik aku pergi rumah nenek. haa. nenek aku ni lagi baik. aku cakap ngan nenek aku, aku lapar. terus die hulur biskut kat dapur. aku ingat lagi biskut tu. biskut bulat yang atas die ade gula icing keras-keras bentuk macam bukit. aku panggil die biskut butang.



so balik umah dengan hati riang.



betul la kate hang tuah. ku sangka panas sampai ke petang, rupenye hujan time-time tu jugak! tak ku sangka adik aku jadik balachi. sudah pegi repot same daddy. ape lagi. aku pun terus kene masuk bilik soal siasat.


abang makan ape kat umah nenek tadi???


biskut butang. (aku jawab dalam hati)


abang makan ape??


biskut butangggg.(aku jawab dalam hati lagi)


panggg!!


....apekah bunyi itu? jeng,jeng,jeng..bersambung

Rabu, Ogos 10

stereo hearts




...if i could only find a note to make you understand,
i'll sing it softly in your ear and grab you by the hands..




p/s: my heart is monoreo! err..is it monoreo exist? 

doa malaikat jibrail.

ketika nabi muhammad s.a.w menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada para sehabat. baginda menyebut amin ketika menaiki anak tangga pertama. kemudian menyebut amin pada anak tangga kedua. dan menyebut amin pada anak tangga ketiga. apabila selesai bekhutbah dan turun dari mimbar, para sahabat pun bertanya kepada nabi.


ya rasulullah, kami mendengar engkau mengaminkan sesuatu ketika mana kau menaiki anak tangga. apekah yang  engkau aminkan ya rasulullah?


jawab baginda 


ketika mana aku hendak menaiki mimbar tadi, di anak tangga pertama malaikat jibrail datang dan berdoa kepadaku, celakalah ummat mu yang mempunyai kedua orang tua tetapi tidak berbakti kepada mereka. lalu aku aminkan doanya. ketika aku naik anak tangga kedua, jibrail berdoa celakalah ummatmu yang pabila mana mereka mendengar namamu disebut tetapi tidak berselawat kepadamu. lalu aku aminkan doanya. dan ketika aku naik anak tangga ketiga, jibrail berdoa lagi, celakalah ummatmu yang telah datang pada mereka bulan ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosa mereka. lalu aku aminkan doanya. 



ape yang aku tulis kat atas tu adelah tazkirah solat terawih malam tadi yang aku nak kongsi dengan korang.



sebenarnya sebelum ni aku ade terbace satu lagi hadis yang same macam kat atas orang dok post kat facebook. tapi part doa jibrail tu lain. jibrail doa kepada allah tidak akan diterima amalan puasa ummat muhammad jika tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya, tidak bermaafan antara suami isteri, dan tidak bermaafan dengan orang di sekitarnya.



bile aku search kat gugel, ade orang cakap yang hadis tak diterima amalan puase tu palsu.



so berhati-hati kalo nak share something. lebih elok kalo korang dengar sendiri baru share dari korang copy paste yang belum tentu sahih ke tak.



p/s: 10 hari rahmat dibulan puase dah berlalu.

Selasa, Ogos 9

macam mane?

ini adalah potret mona lisa. 

  

ini pula gambar seorang remaje yang bermuke itik setelah mengambil gambar menggunakan henset beliau.




ape yang berlaku jika mona lisa juga berhadapan dengan kamera henset??




jeng jeng jeng




monalisa bermuke itik! tada~



p/s: amacam? ade berani nak amik gambar gune henset tak?
p/s/s: kredit untuk an najjah tanmami kerana sumber idea beliau. (tipuuu)

Isnin, Ogos 8

5 nikmat khusus bulan ramadan

sabda rasulullah s.a.w:


telah diberikan kepada umatku di bulan ramadhan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu:


dipermulaan ramadhan allah akan melihat umatku, sesiapa allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan di azab selamanya


bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi allah dari bau kasturi


malaikat akan memohon ampun untuk orang yang berpuasa sepanjang bulan ramadhan


allah akan menyuruh syurga berhias untuk orang-orang yang berpuasa


pada akhir ramadhan allah akan mengampunkan semua dosa mereka. seorang sahabat bertanya, adakah itu lailatul qadar? jawab rasulullah, seperti orang yang bekerja, perlulah diberi upah selayaknya setelah menyempurnakan pekerjaannya.


ok. aku cuma nak kongsi tazkirah yang aku dengar mase solat terawih malam tadi. tak best la kalo aku dengar tapi tak share kan.



ape pandangan korang tentang bulan ramdhan?



bulan untuk korang jadik baik sekejap selama sebulan? bulan untuk korang terpakse tak makan dari awal ayam berkokok sampai ayam tido? bulan yang korang rase same je cam bulan-bulan yang lain? bulan korang dapat keberanian yang luar biase sebab sume setan kene ikat?



jujur cakap, aku tak percaye pon setan kene ikat sebelum ni. sebab takde bukti kot? ade je manusia yang merompak, membunuh taim-taim bulan pose ni. kalo setan kene ikat, mesti sume manusia jadik baik kan? tapi ade member aku cakap manusia jadik jahat bulan pose ni sebab didikan setan. mane taknye, sebulan je setan cuti. lagi 11 bulan diorang dah kaw-kaw train kite. mestila kesan tu ade kan?



bile aku dengar tazkirah semalam. aku pon tak tawu perspektif aku tentang bulan ramadhan camne. yah. memang patutnye bulan ni bulan meningkatkan amal ibadah. tapi aku terfikir. takkan bulan ni je aku nak buat amal ibadah? bulan lain harem tak buat. bulan ni je nak kurangkan mencarut. bulan lain mencarut 24jam?



nak jadik baik pon hati dah was-was kan. ni setan la punye keje ni.



tapi semalam tok imam tu cakap. amalan puase kite ni allah sendiri yang nilai. jadi, aku rase tak salah kalo nak jadik baik sekejap. hanye kite dengan allah je tawu macam mane kan? just jage hubungan kita dengan-Nya dah la. lantak la orang nak cakap. bukan diorang yang tentukan pahala kat kite.



tapi agak-agak korang. kalo kita tak solat. allah nak ke pandang? ok. fine. aku surrender.



p/s: pahala puase umpama markah kertas peperiksaan, makin banyak kau buat salah. makin kurang la markah kau dapat.



Sabtu, Ogos 6

#entri pendek: bertuah?

kenape eh? dulu aku slalu dengar orang-orang tua marah anak diorang yang nakal. mesti die cakap camni.


"bertuah punye budak, aku suruh pergi mengaji kau pergi main guli ye!"


serius! apekah signifikasi bertuah dengan menjadi budak yang nakal?



p/s: wish that i can run from the past.

Isnin, Ogos 1

sikat rambut dengan kuasa! selamat menyambut bulan puasa!



p/s : jangan lupa sahur.

Jumaat, Julai 29

ayat yang kadang-kadang sipi-sipi nak kene batang idung sendiri.



p/s: is it guys or girls should?

Rabu, Julai 20

scoot scoot : part 1

ini adalah motor skuter

ini pula motor berkuasa empat lejang.



Ok. Motif tunjuk gambar-gambar ni?



Semalam nenek aku suruh pergi kedai. beli barang-barang dapur sikit. Di pendekkan cerita adelah seorang tu offer pinjam motor die. Ye la. Nak gi kedai dekat je pon. Takkan aku nak pergi dengan yasmin. Aku pon terima je la kunci motor die tanpa banyak soal.



Sesampai je aku kat motor beliau.



Ah dem! aku mane pernah bawak skuter!!! sickkkkk

p/s: tolonglah. best sangat ke naik skuter??

Selasa, Julai 19

Behind blue eyes




dulu..mase duduk kat asrama..aku suke gile dengar lagu ni.. time tu pakai transistor je kot..kat asrama aku tak leh nak bawak radio..so tiap-tiap malam taim prep..pasang transistor..dengar hitz.fm mesti ade lagu ni..



memandangkan english aku bukan tahap band six.



rupenye ape yang aku dengar selame ni lain bebenor dengan ape yang paham  = . =



sickk!!



p/s: no one knows what its like to feel this feeling..

Khamis, Julai 14

bersih?

seminggu ni..aku asik bace bende-bende pasal bersih jer..yang mane menyokong tu pasti dengan hujah-hujah menyokongnye...yang mane menentang tu mestilah dengan hujah-hujah menentangnye.



ok. aku sokong ke tidak?



aku tak tawu nak tafsirkan diri aku ni menyokong ke tidak. memang la negare kite ni mengamalkan demokrasi. tapi demokrasi berpelembagaan. bukan demokrasi terpimpin macam citer tiga abdul tu.



mungkin aku lebih kepade tidak menyokong.



kalo aku cakap camni, mesti orang cakap aku puak-puak najib. haha. no hal. aku tak kesah korang nak cakap aku ni umno ke. pas ker. (dap ngan pkr tu sori la. aku tak pandang) bagi aku. parti-parti kat malaysia ni semua same je. depan cakap laen. belakang cakap laen. kalo semalam kate jangan kawan dengan si x, alih-alih arini berkawan baik pulak dengan si x. baru je pagi tadi kate harge roti tak naik. tup-tup menjelang malam harge roti naik.



apekes?



ade beberape point orang cakap bersih ni nak menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, suruhanjaya pilihan raya tu korup dan macam-macam lagi laa.



takde demokrasi kat dunia ni yang bersih suci. buat la macam mane sekali pon. sistem yang manusia buat dengan erti kate lain yang dibuat oleh makhluk tidak akan sempurna melainkan sistem yang dibuat oleh-Nya. trust me. kau perfect macam mane pon. akan ade cacat celanye juga. dalam ujikaji sains pon ade ralat yang dibenarkan.



bukan la pulak maksud aku menyokong kerajaan sekarang. jauh sekali aku menyokong korupsi negara yang memang terang-terang boleh nampak. tapi macam mane? korang rase dengan berdemo. berarak ramai-ramai tu boleh bersih ke sistem demokrasi ni?



kalau kau nak satu sistem yang bersih. yang adil. tu sistem khalifah. yang rasulullah buat. itu je sistem yang aku rase bersih. yang betul-betul adil. ade sape-sape berani pergi buat demo perjuangkan sistem ni tak?



dah tu kau nak pergi berdemo-demo buat pe? sekadar nak suare korang didengari? nak ke najib tu dengar suare kau? korang nak satu dunia tawu yang rakyat malaysia ni semuanye benci najib, tak puas hati ngan kerajaan? sori la. dunia ni pon aku rase tak amik pot sangat. yang diorang amik pot harge saham esok naik ke jatuh. harge minyak esok naik lagi ke same macam biase.



yang rugi nye korang jugak. kerajaan gune duet korang bayar alaun-alaun polis, bayar gaji fru yang kene buat overtime hari sabtu. perabih duet korang nak bayar bil air yang digunekan untuk simbah korang. tak lupe juga kene beli stok bom pemedih mate baru sebab stok dah abes gune untuk pedihkan mate korang.



yang lagi aku rase kelakar. bende bersih ni yang lead nye si ambiga tu. ok. aku bukan nak racist.



tapi korang fikirlah balik tuntutan-tuntutan yang die buat. aku bukan nye typical malays yang melenting bab-bab agame. tapi kalau dulu nabi bersungguh-sungguh menentang golongan murtad. hari ni ade orang yang memperjuangkan hak orang nak murtad, yang bagi jalan untuk orang islam murtad. kau rase kau sokong ke? fikirlah sendiri. sejujurnya, aku sendiri tak layak nak berbicara pasal agama. aku bukan agamawan. jauh sekali cendekiawan yang bijak pandai bab-bab agama.



lebih kepada cendawan yang kerdil tumbuh di sebuah negeri yang makmur.



p/s: pilihanraye dah nak dekat. aku sendiri konfius nak sokong sape. any idea?

Selasa, Jun 28

tada..

dem..skang dah masuk sisa-sisa akhir bulan jun rupenye! lame giler aku tak update blog ni. haha. betul-betul tiada mood. tambah-tambah skarang berada di dalam fasa percutian. memang aku bercuti dari semua bende. yeah.



p/s: disko. disko. good. good. dem. terpangaruh cerita dun mess with zohan. sheet.

Jumaat, Mei 27

you to me are everything

..To you i guess i'm just a clown
who picks you up each time you're down..
oh baby, oh baby....






p/s: tough you're close to me we seem so far apart..

Khamis, Mei 26

memang susah.

bila perempuan cakap A. sebenarnye dia maksudkan B.

dem. kau pikir kami kaum adam ada jurus membace fikiran peringkat ke-enam ke?


p/s: waiting, and still waiting. 

Selasa, Mei 24

silibus pembelajaran budak pra-sekolah

"adik belajar ape kat sekolah hari ni?"

"banyak..adik belajar bahasa melayu"

"lagi?"

"bahasa inggeris.."

"tu je?"

"bahasa matematik..."

"haa?"



p/s: ............

Rabu, Mei 11

ade henset. korang cool?

korang perasaan diri kalian cool dengan henset korang? atau kalian bajet-bajet cool? atau kalian memang cool sejak azali lagi?


situasi 1

korang memang cool kalau korang ade henset 3 bijik. tiap-tiap satu ade sim kad berlainan bangsa. ade warne merah, kuning, biru..macam bendera malaysia.

tapi korang memang bangang kalau semua henset tu takder kredit. dah la takde kredit. korang paw pulak member korang punyer kredit. ape cerita?


situasi 2

korang memang cool kalau korang ade henset yang canggih manggih. korang senang rase tercabar kalau henset korang ketinggalan zaman walaupun sehari.

tapi korang memang bangang kalau henset canggih manggih korang tu korang guna ke jalan yang salah dan bukan jalan yang benar. ye. jalan yang sesat lagi menyesatkan.


situasi 3

korang memang cool kalo henset korang ade nada dering yang menarik. macam-macam bunyik nada dering korang ader. dari sesedap suara siti nurhaliza sampai la suara-suara pecah ke laut.

tapi korang memang bangang kalo henset korang 8 kali asik berbunyik dan korang biar tak angkat. kok ye pon tak nak angkat, tak leh ke korang tekan jadik silent? bengong-bengong.



p/s: aku ade dua sim tapi satu jer henset. camner?

Sabtu, Mei 7

kehidupan

kehidupan kadang-kadang memang pelik. kadang-kadang korang akan rase takdir sengaje bermaen-maen dengan diri korang.


contoh 1.

esok kau ade paper environment. bab yang kene bace punye la banyak. dari sehalus-halus zarah udara ke sebesar-besar zarah gajah. kau tengok tajuk wetland macam tak berape nak penting. dan kau agak esok tak mungkin keluar punyelah.

bile tibe hari esoknye. bersepah pulak soklan wetland yang keluar. memang wet la diri kau memikirkan jawapannye.


contoh 2.


kau seorang yang kachak. ramai je perempuan yang minat. tapi semua kau tak layan. biler ade yang cube nak dekat dengan kau. kau pura-pura super sibuk. buat-buat tak amik peduli. padahal dalam hati gembire. konon-konon market tinggi la. ari ni die ngorat kau. kau tolak.

esok nye kau pulak ngorat die. dengan penuh yakin kau ingat dia terima. rupenye semalam lepas kau tolak dah ade orang laen yang potong line. padan muke kau!


contoh 3.


hari ni first day kau masuk kuliah. baru je masuk pintu dewan, kau ternampak la seorang minah ni. first impression dia je dah buat kau benci gile. dalam hati kau berharap tak akan berkawan dengan die. di mintak jauh dari jadi rakan sekelas lagi.

tup tup lepas tu. dia jadik classmate kau. jadik classmate tak pe lagi, ni siap jadik member baek kau. sampai naek pangkat pulak jadik girlpren. ape kes?


p/s: this is life. high5!

Jumaat, April 29

entri hari jumaat.

aku cume nak share ape yang aku bace. jangan ingat aku tulis semua ni. cukup sekadar renungan bersame.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.



p/s: aku lupe aku amik dari mane.

Khamis, April 28

john. kau biar betul?

diam tak diam. tinggal lagi 2 minggu je aku kat Utm ni. genap 4 tahun tempoh bermastautin kat sini dan boleh di anugerahkan sijil tamat belajor. yang menjadi persoalan. kemane aku nak pergi lepas ni?


berikut merupakan option list yang telah aku buat:

1. kerje!

ye, menjadi semua impian budak-budak civil engineer kat sini untuk grad dan terus terjun menjadi engineer sepenuh mase. tapi aku? haha. aku tak minat jadik engineer. di ulangi. TAK MINAT. hurh. ok. mungkin korang akan tanye. dah kau tak minat. so nape kau amik civil? jawapan mudah. dah ni je tawaran aku dapat. takkan aku nak tolak? so ape kerje yang aku nak buat pas ni? mungkin meniage. walaupon aku tak berape mahir. atau mungkin aku join jadik public mutual consultant. atau join MLM pakai spec hitam sebar iklan kat fesbook! high5!


2. sambung!

baru-baru ni. aku terima tawaran untuk sambung master. ok. family aku mmg 157% suruh aku sambung. sebab diorang tawu. kalo aku kerja. minat belajar tu sangat susah nak ade. tapi masalahnye sekarang aku rase macam dah penat sangat je belajar. 6 + 5 + 1 + 4 = 16. 16 tahun belajar! 16 tahun mengadap buku. ok. aku suke belajar ekceli. tapi aku tak suke periksa. atau ape-ape benda yang perlu aku lalui untuk uji tahap kepandaian atau memberi gred kat aku. tak boleh ke sistem kat malaysia ni just belajar takde periksa?


3. kawen.

ok. option ni satu ketika dulu ade. tapi malangnye sekarang dah out of dated. jadik kite boleh abaikan option ni.


4. tido.

option ni sesuai untuk orang-orang yang tak tido lagi dari semalam macam aku.


5. memikirkan option lain (jika ade)

kita sambung pikir len kali.



p/s: ready or not?



Selasa, April 26

gile

sekarang aku tak tahu nak tafsirkan sama ade laptop aku rosak ke broadband aku yang rosak. dulu aku cube tweak broadband aku. tapi macam hampeh. tak menjadi sangat.


tapi baru-baru ni. broadband jadi cacat. memang laju gile dia punye pergi. tersalah makan agaknya?



first time broadband aku cecah download rate cenggini.


tapi benda ni rare. dalam seminggu. mungkin 2, 3 kali je jadik. aku pon tak paham ape masalah broadband aku sebenarnye.



p/s waiting, counting, hurting.

Selasa, April 19

parah. parah. pariah.



bengong la. hidup makin hari makin teruk. bile luck nak berubah ni?


p/s: save me please.

Jumaat, April 1

pukul berapa datuk harimau.

sekarang dah pukul 3.27 pagi. dan mata aku still tak leh nak lelap.



dan ianya dah berlarutan selama seminggu.



dayum! insomnia symptom?



p/s: it's really-really hurt.

Khamis, Mac 31

Ramlee bin Puteh

suatu ketika dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi macam p.ramlee. macam-macam aku dah plan. nak buat cerita bujang lapok versi 5 sekawan. cerita ali bedebah dengan 100juta penyamun, ahmad pintu sukahati dan macam-macam lagi.



time tu, cerita p.ramlee ni jangan cakap la. ahmad albab je dah 10 kali aku tengok. sampai mak aku yang naek bosan. ye la, asik aku je tengok tv pasang pulak tape video p.ramlee (time tu pakai tape video lagi) ulang-ulang kali. budak lima tahun, ape sangat la aktiviti menarik kat umah yang boleh buat? layan tv je la kan.



aku ingat p.ramlee ni dari dulu orang sanjung. rupanye bile die dah pergi baru orang ingat. paling sedih bile orang negara sendiri pulaukan die. memang tragis.





semoga roh kau dicucuri rahmat.

Selasa, Mac 29

GG

Gaduh-gaduh [bukan kueh gaduh-gaduh]


korang suka tak bergaduh? aku rase semua orang tak suka bergaduh. well, human nature, mestila tak suka kan? tapi yang aku maksudkan bukan la gaduh bertumbuk. I mean, quarrel or something like harsh talk may be.



yeah, i admit. aku memang jenis suka bertengkar.



tapi bukan dengan kawan-kawan. dengan semua girlfren aku. I repeat, "semua girlfren" ok. hoho, Barney Stinson everyone? I dunno, memang aku jenis tak puas hati or suka cakap maen lepas je kat orang yang aku suke. ok. tak semua la. you can judge me tho.



well of course bile sorang dah start tak puas hati, sorang lagi pon aku cakap benda yang die pulak tak puas hati. it's good you know, at least pasangan aku tu bukan jenis passive, yang terima kesalahan diorang bulat-bulat. bila dua-dua dah bagi point mestilah dua-dua tak nak kalah kan? end up kitorang pon gaduh besar-besaran.



ok, lets have an example. katekan pasangan korang lupa beli sambal belacan untuk makan tengahari tadi. then korang pon marah la sebab lupa benda yang kau suke. pasangan korang pulak mestilah ade what everybody call "ego 150cc", then dia pun bagi point untuk defend diri diorang. start with a small quarrel to small fight end up both of you did not talk for some days.



the best part is, bila dah berhari-hari tak bercakap, mestilah rase rindu kan? then mestilah rase sayang datang balik. than that time, korang dua pon sadar how silly you are, fighting because of a simple thing. at the end, korang pon berbaik. live hepi ever after. the end.



my point is. bergaduh itu perlu. if not korang tak kan tawu ape pasangan korang tak suka or ape kesalahan yang korang dah buat. Dun you see lover become more loving after they had a fight. ok, not all tho.



well, that is the case when the fight has the heppy ending. but what if they're not?



p/s: there is no p/s for this post.

Isnin, Mac 21

rendang itu bukan sejenis makanan.




serius. aku pon tak paham kenapa perlu post video ini. kalian tahu?


p/s: when i'm sad, i stop being sad and be awesome instead. -Barney Stinson -

Isnin, Mac 14

entri yang bersifat persaingan sehat

beberape hari yang lalu aku terbace post si wan afzan. jadi aku mengambil keputusan untuk bersaing dengan post beliau. 

berikut merupakan hasil titik peluh aku mengumpul duet syiling untuk sem ni.



kachak kan? sampai melimpah ruah. aku target nak bagi sampai laci meja aku penuh!




koleksi duet syiling bersifat tabung!




patung yang bersifat kelucahan separa sedar!



amacam? ade sape-sape mahu bersaing juga?


p/s: it's not about me. it's about us. 

Sabtu, Mac 5

Doktor, aku harap kau seorang dewa!


kan best. kalau kalian-kalian dan aku, boleh ke klinik berdekatan. tak kisah la, swasta ke, kerajaan langit ke. janji sebuah bangunan yang bename klinik. kemudian. boleh berjumpa dengan seorang doktor yang bergaya.



dan kata-kata yang keluar dari mulut doktor tersebut persis dengan ayat-ayat ini.


cakap la ape yang kau mahu. nescaya aku boleh ubati!


dan kalian-kalian serta aku tersenyum gumbira!



p/s: i wondering why people's heart get hurt easily nowadays. is it better to be no hati?

Jumaat, Mac 4

akhirnye!

setelah puas aku mencuba. penat bersengkang mata. sekarang aku boleh mendownload ape-ape tanpa perlu risau lagi!



broadband dengan limit 9766GB.



kalian ingat senang ke nak dapat? haha



klik cuba untuk cuba.

Rabu, Februari 23

self-titled

Kronologi yang berlaku pada 21 februari.

  362 - Athanasius menjumpai jalan kembali ke Alexandria.
1543 - Kekalahan tentera islam dengan gabungan tentera Euthopia dan Portugal dalam perang Wayna Daga.
1613 - Mikhail 1 terpilih secara mutlak oleh parlimen Rusia menjadi Tsar.
1804 - Keretapi wap pertama buatan Richard Trevithick digunakan buat pertama kali di Wales.
1848 - Manifesto komunis karya Karl Marx dan Friedrich Engels pertama kali diterbitkan.
1916 - Perang Dunia I - Peperangan Verdun bermula di Perancis.
1945 - Perang Dunia II - Pesawat kamikaze Jepun berjaya menenggelamkan kapal induk USS Bismarck Sea
1965 - Malcolm X di bunuh dan tiada sangkut paut dengan Malcolm Glazer.
1972 - Luna 20 selamat mendarat di bulan tanpa membawa pensel kaler luna.
1979 - Jennifer 'cinta' Hewitt pertama kali mendarat di bumi. ok. ekceli lahir.
1987 - Maktab Perguruan Sultan Idris dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Sultan Idris
2011 - Acid meraikan hari lahir beliau.

oh. hari ini juga dikatakan hari bahasa ibu sedunia. eh? ape tu bahasa ibu?


p/s: How do you expect me remember your birthday?



Isnin, Februari 14

hari kekasih dari sudut berbeza.

aku on facebook. beduyun duyun manusia post shutout.


"benci hari kekasih!" , "kami belia benci valentine day!!", "hari kekasih hari maksiat!" tapi, orang-orang yang same jugak sambut hari ibu, hari ayah, hari guru..


tak ke diorang rase. itu semua agenda illuminati?

Selasa, Februari 8

bagaimana kau mahu jadi popular?

aku usha youtube. itu pon setelah di hasut oleh satu slot rancangan malaysia hari ini. serius. aku rase kalau nak jadi popular di alam melayu sungguh senang. setakat nak menekel awek-awek melayu ni tiada hal lah. itu semua piss  piece of cake!



mudah sahaja!



pertama! kau harus tukar penampilan kau! tak kesah la. janji kau boleh nampak macam ala-ala mat-mat salleh mahupon mat-mat arab. bukan berpenampilan seperti mat sentul ataupon mat karung guni! sekiranya kau mempunyai duet yang terlampau banyak. buat je pembedahan plastik. jadik penampilan kau seperti mat-mat yang di sebutkan tadi akan nampak lebih real dan asli!



seterusnya!



rakam video kau tangah bercakap seperti orang melayu slang omputeh. lebih bagus kalo kau boleh berdialek sek-sek klate mahupon orang nogori. video tersebut perlulah bersifat kelakar. yang boleh mencuit hati penonton melayu atau mempunyai jalan cerita menarik. jangan rakam video yang tiada jalan cerita atau video 3gp! nescaya kau akan dicemuh masyarakat setempat.



kemudian!



uploadkan video korang tadi dimana-mana laman web popular. sebagai contoh, youtube merupakan salah satu medium yang dialu-alukan. tunggu para penonton mengomen video anda tadi. ungkapan-ungkapan seperti "eee...kiutt nye die!" atau "comelnyeee die cakap bahasa melayu!!" adalah penanda aras keberkesanan video yang kau hasilkan.



dibawah adalah contoh video yang berjaya menambah hati gadis-gadis melayu!







dan ini pula contoh video gadis melayu yang berjaye kau tekel!







selamat mencuba!

Isnin, Januari 31

Serius. keadaan di egypt memang boleh buat aku cemas!



Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
sumber ariffshah

kenape aku cemas? sahabat baek aku ade kat sane. and what made it even worse. kawan baek aku tu perempuan! kejadah hape kalo kau tak risau. aku harap kerajaan cepat-cepat la bawak balik semua pelajar kite kat sane sebelum ape-ape yang lebih buruk jadik.

and to those who visit my blog. please pray for them.

p/s: a man's mind will very gradually refuse to make itself up until it is driven and compeleed by emergency - Anthony Throllope

Ahad, Januari 23

tersalah tafsir kadang-kadang memang boleh buat diri rase serba salah.

cinta itu buta. sila tafsirkan buta?



buta kerana kamu-kamu dan aku tidak sedar dengan cinta di depan mata.



atau. buta kerana kamu-kamu dan aku tidak sedar yang cinta di depan mata kamu-kamu dan aku itu hanya ilusi?



dem.



p/s: i love you. not for what you are. but for what i am when i'm with you.

Selasa, Januari 18

bat ape? batman. man ape? mantol.


hye. marilah berkenalan dengan saye.



sekarang aku percaye. batman itu rupenye benar-benar wujud. selama ini aku ingat superman je yang wujud.



p/s: "why so serious? let's put a smile on that face!" - the Joker

Khamis, Januari 13

how i met my partner. [part 1]

anak-anak. pertama-pertamanya, ini bukan penceritaan kembali cerita how i met your mother. cume tajuk saja yang di pelagiat supaya nampak lebih gah dan kool. ape kalian pikir lepas baca tajuk tu?



suka hati kau la.



aku cuma mahu bercerita bagaimana aku gadis-gadis di luar sana boleh mencuri hati aku. ya. sungguh jahat mereka-mereka itu kerna berjaya mencuri hati aku. untung-untung. satu hari nanti bakal isteri aku bace blog aku. boleh aku buat die jeles. ye dak?



oh. tidak sabar untuk memulakan penceritaan ini.



jadi. kite jumpe di episod seterusnye.



p/s: it's gonna be legen...wait for it....dary! - Barney Stinson