suatu ketika dulu, aku pernah bercita-cita nak jadi macam p.ramlee. macam-macam aku dah plan. nak buat cerita bujang lapok versi 5 sekawan. cerita ali bedebah dengan 100juta penyamun, ahmad pintu sukahati dan macam-macam lagi.
time tu, cerita p.ramlee ni jangan cakap la. ahmad albab je dah 10 kali aku tengok. sampai mak aku yang naek bosan. ye la, asik aku je tengok tv pasang pulak tape video p.ramlee (time tu pakai tape video lagi) ulang-ulang kali. budak lima tahun, ape sangat la aktiviti menarik kat umah yang boleh buat? layan tv je la kan.
aku ingat p.ramlee ni dari dulu orang sanjung. rupanye bile die dah pergi baru orang ingat. paling sedih bile orang negara sendiri pulaukan die. memang tragis.
semoga roh kau dicucuri rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan