Setelah merenung kad jemputan perkahwinan tersebut beberapa ketika. Marzuki mengambil keputusan untuk turun menuju ke rumah pengantin. Marzuki tak kesah walaupun kehadiran beliau agak awal. Yang penting beliau komited dan berdedikasi untuk melaksanakan tugas beliau.
Marzuki menghayun kaki dengan kachak sekali.
Perjalanan dari tempat parking ke rumah pengantin tidaklah jauh sangat. selang beberape rumah sahaje. just like-like kate omputeh. Dari jauh marzuki nampak kelibat orang-orang katering tengah sibuk menyiapkan meja santapan tetamu.
sempat juga marzuki mengenyit mata terhadap salah seorang pekerja katering wanita yang asyik memerhatikan kedatangan beliau. kelang-kabut wanita tersebut menyambung kembali kerja mengisi lauk-pauk buffet tadi.
ternyata kenyitan mata marzuki sungguh padu.
sesampai sahaja marzuki di pintu rumah pengantin. Marzuki terdengar satu suare yang terbit dari ruang tamu rumah tersebut.
cepat-cepat, pengantin dah sampai kat pintu tu!!
dan marzuki pon tersengeh macam mintak penampor.
2 ulasan:
sila.tampar.marzuki.
cb. dun. he got super power. kutulapar!
Catat Ulasan