Selasa, Februari 8

bagaimana kau mahu jadi popular?

aku usha youtube. itu pon setelah di hasut oleh satu slot rancangan malaysia hari ini. serius. aku rase kalau nak jadi popular di alam melayu sungguh senang. setakat nak menekel awek-awek melayu ni tiada hal lah. itu semua piss  piece of cake!



mudah sahaja!



pertama! kau harus tukar penampilan kau! tak kesah la. janji kau boleh nampak macam ala-ala mat-mat salleh mahupon mat-mat arab. bukan berpenampilan seperti mat sentul ataupon mat karung guni! sekiranya kau mempunyai duet yang terlampau banyak. buat je pembedahan plastik. jadik penampilan kau seperti mat-mat yang di sebutkan tadi akan nampak lebih real dan asli!



seterusnya!



rakam video kau tangah bercakap seperti orang melayu slang omputeh. lebih bagus kalo kau boleh berdialek sek-sek klate mahupon orang nogori. video tersebut perlulah bersifat kelakar. yang boleh mencuit hati penonton melayu atau mempunyai jalan cerita menarik. jangan rakam video yang tiada jalan cerita atau video 3gp! nescaya kau akan dicemuh masyarakat setempat.



kemudian!



uploadkan video korang tadi dimana-mana laman web popular. sebagai contoh, youtube merupakan salah satu medium yang dialu-alukan. tunggu para penonton mengomen video anda tadi. ungkapan-ungkapan seperti "eee...kiutt nye die!" atau "comelnyeee die cakap bahasa melayu!!" adalah penanda aras keberkesanan video yang kau hasilkan.



dibawah adalah contoh video yang berjaya menambah hati gadis-gadis melayu!







dan ini pula contoh video gadis melayu yang berjaye kau tekel!







selamat mencuba!

3 ulasan:

::FAIZ:: berkata...

hahaha,

Belacan ngan Paku ni ada masuk rancangan Faizal Ismail Fbi.... bersama cikgu Syida...

vidadarisakura berkata...

karang aku upload video aku la cakap-cakap-cakap. manatahu buli pemes. hee

Acid berkata...

faiz: oh. yg fbi tu aku xsempat tengok.

vivi: kau upload! bg tawu aku. nanti aku komen!