Rabu, Disember 30

constantly looking to the mirror.

aku cuba untuk memulihkan segalanya.
nampaknya aku perlu menggunakan tongkat hikmat!
expecto petrolum!
*boom!*~
.....
tiada perubahan..


p/s; kalau la ade tongkat itu..

Sabtu, Disember 26

goodnight.

You left me hanging from a thread we once swung from together

I’ve lick my wounds but I can’t ever see them getting better


Something’s gotta change

Things cannot stay the same

Her hair was pressed against her face, her eyes were red with anger

Enraged by things unsaid and empty beds and bad behavior

Something’s gotta change

It must be rearranged, oh


I’m sorry, I did not mean to hurt my little girl

It’s beyond me, I cannot carry the weight of the heavy world

So goodnight, goodnight, goodnight, goodnight

Goodnight, goodnight, goodnight, goodnight

Goodnight, hope that things work out all right.



Khamis, Disember 24

let her go.

i made up in my mind that night.

i shud let her go, i shud set her free.
even though she still a part of me.

i do not know who was she thinking of.
i'll have to let her go wit all my luv.

i saw her, but she doesnt see me.
the tears i have just go out freely.
oh, it hurt me so inside that no one see.
i'll simply hide my pride and pretend im happy.

my eyes dry, my heart cries.
wondering looking up to the sky.

oh, she is better off without me.
my only wish to make her happy.

i've got to say goodbye, i've got to say so long.
even though the years role by, my luv will carry on.

thats gonna hurt me so,
but i'll have to let her go.

beban.

oh. sumenye dah berakhir?
dah dapat carik pengganti.
harap die lebih bergaye, kacak, dan aktif!
tak lupe juga...lebih menguntungkan!

p/s: boleh la nak fokus bende laen lepas ni~

Ahad, Disember 20

paint.faint.pain.

sangat keliru.
sangat resah.
sangat rindu.
apekah?

p/s: harus cuba menyibukkan diri.

Khamis, Disember 17

hilang arah.

aku perlukan kompas.
petunjuk.
ape yang patut aku buat?


p/s: semoga aku tabah.

Selasa, Disember 15

I go.

So long, fare thee well

The dancer and the dancing days have taken leave and fell

So turn down this bed of stone

Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong



The long December rain is falling now

Running down on streets to nowhere

Music is my life youre my sweetest nightingale

But I cant hear it here no more



And I go

I go



Hush now, dont shake or break

Words have fallen silent like soldiers to the grave

No matter what they do or say

Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

by: Aizat. Talentime OST



p/s: sorry. i should go.



it is time.

dah sampai masa nak buat pilihan.
erk.
masih mencarik calon.
ade ke yang sesuai?

p/s: meeting hari ini sangat lama. tapi hepi. ^^

Isnin, Disember 14

selamat hari lahir sayang.

tadi, aku berharap untuk berbual dengan seseorang.
tapi, dia kate ade orang lain lagi penting dari aku.
oh.
maaf kalau aku mengganggu.

p/s: sungguh. aku tidak akan menggangu dirimu lagi.

Jumaat, Disember 11

permisi

tiga hari lepas aku di bandung..
gila banyak barang murah?
tengok gunung berapi.
cakap macam orang jawa.
sekarang kat jakarta pulak.

p/s: oh..tinggal 2 hari lagi.


Khamis, Disember 3

kabar dari seberang.

saket ati.
lagi-lagi saket ati.
takleh ke ati ni tak saket?
bengong..

Rabu, Disember 2

peralihan kuasa.

aku sudah malas untuk menaip.
nampaknya harus menaip dengan pendek sahaja.

minggu ini sibuk mahu terbang.
terbang ke negara orang. oversea kate mat saleh bin salam.
lama jugak. 8hari 7malam.
kalau dapat honeymoon lama macam ni kan bagus?

eh? bukan aku kate nak taip pendek ke tadi?
terlebey sudah..


p/s: oh. oh. duet. mane kau menghilang.

Sabtu, November 7

tiada kekuatan.

hati berasa sangat berat.



tidak tahu apa yang patut di taip.



oh.



bile la agaknye exam ni nak abes.



aku sudah tidak larat.



p/s: sangat-sangat merindui kamu.

Isnin, Oktober 26

aku mahu carut-carut tapi orang kate tak baek.

referee mengucapkan tahniah sesame mereka setelah membantu liverfool menang.
gambar sekadar hiasan.



aku discover sumthing tadi..


liverfool maen 15 pemain.

jahat kan?

11 + 1 + 3 = 15

..

..

.

songkang!


p/s: oh. harapan ku agar man u tak ikut badi liverfool.

Ahad, Oktober 25

perlawanan ahad yang super.


harapan aku:

- owen bubuh gol banyak-banyak.

-berba kuar macam-macam trick kat depan pintu gol. tak pon buat skil-skil yang bleh menyekor gol.

- gerrard ngan torres duk diam-diam kat luar padang, tak pon tengok tv kat umah je.

- man u tak men songkang macam lawan sunderland ari tu.

....

...

oh satu lagi.


- bola pantai merah yang ade tag line "you''ll never walk alone".

..

kikiki.



p/s: ramalan hujan ari ni. man u buh 3 - liverfool dapat telor rebus kenduri kawen rafa.


Jumaat, Oktober 23

kau bikin aku panas.

maaf jika entri ini membuatkan anda panas.



sebenarnye, tiada apa-apa untuk di kongsikan.



ah! betul.



aku tidak menipu kalian!



aku sudah katekan. tiada apa-apa.



berhenti membace.



ok?



kau mahu ape lagi?



*sunyi*



p/s: sesengguhnya dua tiga hari yang lalu aku sangat gembira + hepi + sedeyh + mara + takut + cemas + geram. terime kasih kepada sesiapa yang terlibat secare langsung atau tak langsung dalam membuatkan aku berase sebegitu rupe.

Jumaat, Oktober 16

aku tak dapat jawab. suddenly aku menaip entri ini.

SKUDAI,15 Oct. - beberape jam yang lalu. telah berlangsungnye test 2 RC DESIGN yang maha dasyat bagi pelajar-pelajar UTM khususnya jurusan sivil yang kurang peratus kerajinan mereka dalam membuat revision seblum test. di dapati kesemua mereka keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan seperti mahu mengkarate pokok pisang tanduk pak abu.

seorang pelajar, daud (bukan name sebenar), memberitahu bahawa, beliau telah menduga soklan yang dikeluarkan adelah soklan killer yang boleh menikam ke kalbu. "aku dah agak die amik soklan past year, tu la ko tak nak dengar. kan dah tak dapat jawab!!" marah beliau kepada motor honda wave nye.

Acid (name sebenar) pula mengulas yang beliau mengesyaki lecturer beliau saje mahu memfailed kan beliau. "sejak dari test 1 aku dah saspek dah. die saje tak nak kasik aku A. mane taknye. test 1 pun susah nak score. ni kan pula nak dapat keputusan seri untuk test 2!" herdik beliau sambil mengoder nasik goreng pattaya tambah sup kosong.

seorang lagi pelajar yang enggan namenye didedahkan pula berkata, pada mulanya beliau sangat konfiden untuk menjawab sebab sume rumus beliau dah tulis dalam buku BS. malangnye ketika menjawab soklan-soklan tadi, beliau konfius di sebabkan terdapat banyak sangat rumus sehingga tidak tahu mane satu rumus yang patut dipilih.

pihak kami cuba untuk menghubungi pensyarah yang mencipta soklan-soklan membunuh tersebut tetapi gagal disebabkan kekurangan kredit. walaubagaimanapun, di harap semua pelajar mendapat iktibar dan tauladan dari kejadian tersebut.

Majulah sukan untuk Negara,

yang benar,

Karim Singa walia.

(ajk kampung pulau batu gajah melaka)
a.s.j, p.j.j, p.j.s.


p/s: jangan komen. aku tahu format ni tak penah wujud.

Selasa, Oktober 13

minggu yang sungguh serius.

aku sangat terkejut lepas tengok tarikh-tarikh yang terpampang indah kat kelender tadi. oh..assignment berduyun-duyun kene submit. test beratur menunggu giliran. design tak buat lagi. haduii..


nampaknye aku harus bertukar mood serius!


ye!


super serius!


.....


..kriuk..kriuk..

....


ah..perowt lapaq..jom pegi mkn..


p/s: aku harus memfokuskan diri ini! harap-harap impian mahu bersenang lenang dari belenggu assignment mase study week ni termakbul hendaknye..

Ahad, Oktober 4

kim, can we go slowly cuz i think we go too fast..

6 ways to manage a super duper nagging woman in your life.


1. Elimination
shoot her with elephant gun! (or may b shotgun!)



if u cant




2. Substitution
replaced her with another suitable substitute. (mute woman for example?)



if u cant




3. Isolation
send her back to your mother-in-law house. (anta je balik kampung..settle)



if u cant




4. Modification
salotip aje mulutnye, tak pon suruh die pakai mask h1n1. nak hardcore lagi. stapler mulut die




kalo tak sampai hati




5. Administration
give her a diamond ring! a rose! or any suitable gift that will make her stop immediately when she get it.



kalo tu pon tak jalan




6. Protection
go to the nearest gadget shop. buy a new ipod shuffle, mp3, mp4, mpv atau sewaktu dengannye. sumbat kat dalam telinge. habis cite.




p/s: langkah-langkah di atas ekceli untok kawal kebakaran. harap maklum.


Selasa, September 22

die kate cornflake coklat itu manis..saye kate tidak (entri bersikap hari raye)

KEPERCAYAAN

ah? kenape dengan tajuk ini? kok mahu cerita pasal rukun negara? haha..lol...macam tak sedap je bunyik nye..rase kalo sebut english kewl lagi kot..TRUST..okie la pendekkan sket..PERCAYE..okie?

kenape pulak la aku nak tulis entri boring camni? ntah..aku sendiri
no idea..tetibe gatal je tangan ni menaip dengan laju...ke aku tengah mamai ni? oi acid! bangun! bangun!



..... jari jemari ligat menaip ......



..............tap tap tap...................




Trust is both and emotional and logical act. Emotionally, it is where you expose your vulnerabilities to people, but believing they will not take advantage of your openness. Logically, it is where you have assessed the probabilities of gain and loss, calculating expected utility based on hard performance data, and concluded that the person in question will behave in a predictable manner. In practice, trust is a bit of both. I trust you because I have experienced your trustworthiness and because I have faith in human nature.

We feel trust. Emotions associated with trust include companionship, friendship, love, agreement, relaxation, comfort.


sumpah b.i aku terbaek..wakaka




apekah sume ini? tah..saje aku nak kongsi dengan korang semua..secare jujurnye..aku sangat susah percaye orang skang ni. bukan nak cakap aku tak percaye langsung. aku tak dapat nak trust seseorang tu 100%. (paling banyak pon 89.21% la..)

selame 2 dekad aku idop kat dunia ni. aku dah jumpe macam-macam ragam manusia. ade yang kat depan kite macam haram, belakang kite baek. (tapi yang ni bagus..at least die buat bende baek kat belakang kite). ade yang baek kat depan kat belakang macam haram, kutuk..tikam belakang..maki hamun..sumpah seranah..fitnah..ape lagi? bubuh-bubuh..haha..(haa..yang ni kite panggil
Dë Àrïo pisauåöģò Üñti ---bahasa uganda..korg tak paham kut?)


dulu aku terlampau percaye kat orang. sampai orang pijak kepale aku. bukan setakat pijak. die rembat kencang ke pintu gol menyebabkan man u menang 4-3 lwn man city. (tetibe rebiu match kelmarin pulak).



well, a heart that have been cheated will always have a scar on it.


fobia? hmm. ntah. lebih kepade
self-awareness kut? aku tak sure keyword die..bagi aku, kite tak leh nak lepas 100% je kat seseorang tu, at least ang kene ade gak 0.01% keraguan. bukan la pulak aku menghasut korang supaye tak percaye orang. just nak memastikan kite sentiase bersedia mental dan fizikal. beside, aku rase keraguan menunjukkan korang care kat seseorang tu.

contohnye kan. laki korang pergi kerje. haruskah korang percaye 100% laki korang betul-betul pergi kerja?
paling tidak pon, korang mesti ade niat nak tanye die kat mane, tengah buat ape. untok memastikan. die betol-betol ade kat tempat kerje.

contoh laen. laki korang kuar dengan pompuan laen. haruskah korang percaye die 100% suci dan tidak akan tergode dengan pompuan die kuar same-same tu? sudah tentu orang-orang yang dungu atau boleh di kategorikan senang kene tipu saja yang percaye 100%. bukan la pulak aku nak cakap sume laki ni tak leh pakai, cume kami ni golongan adam mudah terpedaye. korang bace sendiri la tafsir-tafsir al-quran macam mane
easy nye setan leh gode kitorg makan buah khuldi? tu baru buah khuldi..tumbuhan yang takde daye penarik langsung...ini kan pulak di gode dengan wanita yang cantik tertarik..kompom la sape tak kuat iman tu trus gol.. nasihat aku. at least korang kene tanye btul-betul dengan die untuk menunjukkan korang caring. ya caring is sharing!

ah sudah? ape yang aku melalut ni? apesal aku rase macam pro aktivis badan kebajikan wanita keluarge dan masyarakat pulak ni? sebelum aku mencarut lebih panjang. baek aku nokhtahkan saje kat sini.


p/s:aku cuba untuk mempercayai dia, harap-harap die mempercayai aku juge.


Isnin, September 21

this wat we called "toratora" and suddenly she asked me wat the fish is dat?

RAYE 2009/ 1430H

tetibe aku rase mcm nak mengulas momen-momen raye tahun ni.. bagi aku, raye tahun ni rase sedikit tak kene la..semacam kurang meriah. time berkumpul satu family kat umah tok wan, just ade dua family je yang hadir. 2 out of 7..bukan sikit ok? 5 family tak hadir! patutla rase macam kurang..ekceli, bukan la tak hadir, cume diorang tak dapat sambut first raye kat sini je. masing- masing ade satu lagi kampung. so next turn diorang sambut kat sini pulak.


ni gamba family aku, amacam? kachak x aku berbaju melayu? wahaha



ni plak pic family mak ngah aku ngan atuk and nenek. atuk aku sangat kewl kan? kaen plekat saja di hari lebaran ini..



atuk and nenek aku. aku panggil diorang embah n uwe (name panggilan jawe untok atuk and nenek kut..aku pon tak tau, sebab dari kecik memang dah biase panggil)




mesti korg tertanye-tanye sape ni kan? hoho..ni la unyang aku (aku panggil die "yot" singkatan untuk buyut kut). masih lagi sehat dan kuat. tengok tu, siap posing maut lagi. hehe.

------------------------------------------------------------------------
dah puas beraye ngan atuk belah ayah, kitorang beraye belah mak aku pulak. tak de la jauh mane pon, jalan kaki sampai. seyes! sebab dua-dua belah atuk aku tinggal satu kampung. wakaka. so, ayah ngan mak aku tak berebut nak balik kampung sape dulu tiap kali raye.

sampai kat umah nenek aku tu, memang dah agak riuh dah. haa, yang belah mak aku ni. anak-anak die sume turun padang. kire kehadiran penoh la. 6 out of 6. hoho



tengok-tengok..betape riuh rendahnye suasane. ni baru tunjuk separuh je (lagi separuh belakang kamera)



ni pic nenek aku bersame cucu-cucunye. (aku tak der plak time tu pasal ade orang kol)



haa..ni paling mahal. gamba sume orang posing kenang-kenangan kat depan umah nenek. (oh, ade sorang missing, sepupu aku yang kecik. beliau sangat anti dengan kamera)


raye tahun ni. boleh kate agak sederhane la. family aku tak de belanje besar-besar sangat. kueh raye pon biase-biase je. oh. sedikit special raye kali ni, member baek aku kembali berhubung! hoho..agak terkejut sikit. (sikit je la, sebab aku dah dapat hidu bau-bau die nak buat suprise..wakaka...so try next time la ang nak terkejutkan aku lagi yekk??? hoho)

Ahad, September 20

jangan tanya mengapa dan kenapa.

ekceli, banyak yang aku nak kongsikan ngan kamu-kamu semue. macam-macam cerita yang berlegar-legar dalam otak aku ni. akan tetapi tangan ni terase berat sangat nak menaipnye. penat duh menghias rumah ntok raye ni. len kali la aku update cite kat korang yek.


kemungkinan, aku menyepi untok seminggu. di ulangi. kemungkinan ye.


ape-ape pon, aku ucapkan Selamat Hari Raye.Maaf Zahir dan Batin.


p/s: jemput la datang rumah. mak aku masak kuah kacang spesel~


Khamis, September 17

yo betty! why you so ugly? oops..thats the truth!

muvie yang aku baru je tengok semalam dengan mat bersame-same kawan-kawan nye. seat kami sangat best! depan sekali! di ulangi depan sekali. ye! punye la ramai orang pakat tak pegi terawih malam tadi (termasuk aku la tu! adehh). kalau la masjid penuh macam tu kan bagus (ok. insap sekejap)..huh



aku tak la pandai sangat nak komen cite. tapi bagi aku. agak menarik la. jauh lebih bagus kalo nak di bandingkan dengan i love you beth cooper. cite die pasal sorang pompuan yang agak desperate nak berboipren yang percaye sangat-sangat adenye 'lelaki betul' (mr right kate omputeh) berkawan plak ngan sorang laki yang berprinsip sume laki same! gatai n miang.haha. cite yang memang fun! and sangat best kalo tengok ngan awek-awek korang. (ye ke?) haha..agaknye kot. walaupon ending die agak tipikal (biase la..last-last mesti la heroin terpikat ngan hero..ye tak?) tapi. kalo korang hayati betul-betul. ade kot sikit meset yang di sampaikan. (sikitt laa..haha).

trimas buat zati and the geng. korang memang terbaek! saket leher aku malam tu! naseb bek cite best. kalo tak, mau aku mintak ganti rugi kecederaan leher yang ku alami. wakaka.


p/s: aku sangat teruje dengan ending die. tak tau kenape.

Rabu, September 16

aku lihat jam di laptop hatta menjerit. oh! 210minit shj tinggal!

ciss. kenape mase berlalu begitu pantas? sehingga aku tidak sedar skarang sudah pukul 4.30 pag?

sario!

kau jahat!

kau menyebabkan aku terlupa waktu!

sario!

kau jangan berdiam diri! sila bagi respond sikit!

..

...

...

cilaka, sedikit pon kau tidak mahu beri respond

ah, sudah la. malas aku melayan kau. assignment2 aku sedang ternanti-nanti bilekah agaknye aku mahu menyentuh mereka.

maafkan aku kerana bersikap tidak adil wahai assignment-assignment ku..

cukup sario! cukup!

jangan kau hidangkan aku dengan facebook dan blog2 ini

ah demn!

aku seperti give up lalu menaip dengan laju...



p/s: sario adelah name manje laptop ku..

Selasa, September 15

baju kotak-kotak belang kuning separa jingga. ah sudah silap. patutnya baju belang-belang kotak jingga separa kuning.

hari ni aku rase tenang sedikit, ye. setenang angin sepoi-sepoi bahasa klasik di luar bilik ku, di temani siulan-siulan manje burung kelicap di atas pokok kelape seperti meminta-minta di lastik oleh ku. kau beruntung wahai burung kelicap, aku tiada lastik untuk melastik dirimu itu.

walaupon tenang, aku sedikit keciwa. ye, keciwa sebab terlajak bangun hari ini. menyebabkan diriku miss kelas hydrology dan teori struktur ku. ah, tidak mengapa. kerna minggu ini merupakan minggu budak-budak berada di dalam mood atau suasana hari raya. aku saspek lecturer pon sebenarnye tidak mahu mengajar. kalo mengajar pon, ape yg di ajar adelah subjek-subjek kueh yang perlu di buat, tak pon ajar cara-cara kacau kueh dodol. paling kuat pon die ajar teknik-teknik solat hari raye.

dan, ye. pagi ini aku rase pikiran ku bebas dari objek-objek tajam mahupon wayar-wayar yang berselit selirat di benak otak ku, yang memberikan kebebasan mutlak untuk gas-gas oxygen menari-nari di dalam rongga-ronga kepala ku. hatta menyebabkn sistem saraf ku pantas memberi impulse ke anggota-anggota badan ku supaya membuke laptop kesayangan ku ini.

ku lihat jam di laptop menunjukkan 12 tengah hari. Oh! dota seround dulu!

p/s: terima kasih kerana menenangkan aku.

Ahad, September 13

muram..

hari ni adelah hari muram aku, ntah nape ntah. start dari malam tadi lagi. tak tau ape yang tak kene. men futsal tak kene, maen dota tak kene, maen cs pon tak kene. pendek kate, sume serba serbi tak kene. pasai pa tah? (haa kan dah kuar bahasa kedah..cett). hmm, bangun pagi sahur pon serba tak kene. ye la, bangun-bangun ingat ade bende nk makan, tengok-tengok ader air kosong je. (kes lupe beli makanan sahur..wakaka) terpakse la bersahur dengan air kosong dengan kurma. jadi la tuh. kire cukup syarat la.

pagi meneman jiran membeli baju raye. agak teruja gak la. teruja bukan ape. saje nak kuar pegi town JB carik hadiah untuk si die..haha..sampai-sampai dekat cs ( bukan Counter Strike..City Square ok?) punye la ramai manusie..ingat kan orang melayu yang ramai (al-maklumlah minggu-minggu akhir tok blanje raye) ghupenye apek-apek ngan amoi-amoi cine yg berkeliaran..duh...kalo berkeliaran je tak pe..ni sume stok pegang air pepsi, airskrem McD..memang menggugat iman betul..naseb baek la puase..kalo tak..dah lame aku sebat satu..panas beb pagi tu!

jalan punye jalan tambah pusing punye pusing..jiran aku tu dapat la sumua benda yang die carik, jaket kulit + kadigen + v-neck tshirt = rm 200 gak la die belanje, aku cume mampu melihat je la. nak beli takut lari bajet pulak.. kat bank tinggal berape je... kalo sebab bukan bulan pose, aku rase dah tinggal habuk kot akaun tu..haha..

aku plak tak tau nak beli hape..tujuan sebenar kuar nak beli ubat gigi je..tapi rase macam lawak la pulak pegi jauhjauh lepas tu beli ubat gigi..macam la kat minimart utm tak der jual..pusing- pusing sekali ternampak la kedai souvenir..ade gak la bende aku berkenan..memandangkan aku sangat la jarang membeli souvenir..aku pon rembat la satu..(oit-oit aku bayo..bukan curik ok)..

dlm pukul 5 selamat la sampai kat kolej..hoho..


eh? tapi ape yang muramnye?


hmm..ntah..aku dah lupe..len kali la sambung..


p/s: mengharap pelangi kembali berseri..

Jumaat, September 11

entri tidak ber title

konfius..


keliru..


celaru..



buntu...



what shoud i do?



smile and pretend like im hepi? its ok?



oh....(apehal tetibe Bi pulak?)
*terkesima



i guess i should...



minggu yg pnuh dgn dugaan dn cabaran

Rabu, September 9

how could you?

the step im taking..



the move you showing..



make my faith shaking..



lost without tracking..



but i gotta trying..




keep me flying..




*damn..checkmate

Sabtu, September 5

kisah kueh keria dan air kelapa..

maaf jika tajuk post ini membuatkan korang tergugat iman di bulan pose ni. aku sekadar mahu berkongsi cerita yang aku dengar dari member aku balik dari bazaar petang tadi. kisah nye macam ni..

aku baru balik dari bazaar kire-kire dalam kul 7 la..(hasil tangkapan: nasik ayam penyet dengan air kelape..dah tak tau nak beli ape..tu je la yang aku sebat.)..mase on the way balik bilik aku nampak la member aku ni johny deep (bukan name sebenar) tengah termenung kat ruang rehat blok aku..aku pon saje-saje la tegur die...

p/s: sume perbualan dalam bahasa omputeh

"hoi, johny! tak pegi bazaar ke?"

"hmm..takla.. takde mood..."

"hekeleh..takder mood kunun...ang nak pegi bazaar buat pe? ang bukannye pose pown!..wakaka"

"ciss..tak gune ko acid..aku serius ni"

"loh..apehal ang ni? anak kucing ang mati ke?"

"tak der la...baru lepas gadoh ngan awek aku..."

"hekeleh...biase la tu gado...tu pon nak moody-moody ke...ang gado pasai pa?"

"tak der la...awek aku tu..die nak pegi keluar dengan laki laen.."
p/s: awek johny deep ni ader kat luar negare, johny deep tak layan awek melaysia.

"kuar pegi mane? berdue je ke?"

"mane la aku tau..."

"sape suh ang tak tanye die bongok! hah amik ang satu..kih3...lek la..die kuar dengan laki len...ang pon kuar la dengan laki len gak"

"kepale hot anda! aku straight beb!"

"tak der la bahalul..pegi la enjoykan diri ang gak..tak yah la nk moody-moody macam ni"

"mane aku bukannye moody...aku risau duh"

"risau nape? risau awek ang toh curang ka? ang tak pecaye kat die ka?"

"bukan aku tak pecaye kat die, aku tak pecaye kat laki yang die kuar toh..plus-plus laki tu bukan aku kenai...zaman sekarang dasyat beb.."

"heh..rilek..kalo awek ang pandai jage diri, insyaallah sume selamat"

"ko ni cakap camtu kat aku..macam la aku ni islam.."

"tak der la..bunguk la ang ni..point aku kat sini..kalo awek ang tu dah memang hati die kat ang and takde ngade-ngade ngan laki tu..nothing will happen"

"hmm...memang la...aku macam serbe salah sebenarnye..ye la..kalo aku tak bagi die keluar..aku bukan nye leh balik teman die keluar...tiket flight balik US mahal beb.."

"aku dah tak paham dah...apehal pulak ang cakap pasal serbe salah pulak ni? sah-sah la ang ni tak paham ape yang aku cakap tadi..adoi"

"eh bukan ye? haha..sori la...aku sebenarnye just cakap pe yang terbuku di hati"

"pe pe je la labu...ader je alasan ang..cess..."

"haha..jangan la mara acid...heh..ko beli ape tu?"

"nasik ayam penyet dengan air kelape"

"ooo..tak beli kueh kera ke?"

"kueh kera? kueh ape pulak tu? tak pernah aku dengar pulak?"

"ala..kueh yang macam tayar tu..lepas tu ader gule atas die.."

"kueh keria la dol! bukan kera..adoi"

"aha..kueh tu la aku nak cakap tadi...hehe...ang tak beli ke?"

"tak beli la...semalam aku dah beli..lagi pon ari ni macam tak bernafsu pulak nak beli kueh"

"ooo...tak pela...eh? tu macam bunyik azan tu...pegi la buke cepat..sunnah kan buke awal-awal?"

"hekeleh..tawu pulak ang yer?..haha...ok la..aku gerak dulu..."

Jumaat, September 4

hidup..

heh? apekah?

tetibe aku terpikir pasal hidup aku ni..

ape tujuan hidup aku? arah tuju? hala tuju?

ape aku nak jadik pas abes degree ni?



keje?



ke sambung master?



orang kate, 'live life to the fullest (not foolest..ok)"



sejauh mane aku dah menghidupkan hidup aku ni?



ntah



oh....jawapan yang senang skali ek?



hmmm...


nantila aku pikirkan....






p/s: adoi..ni sume lecturer psychology punye angkara






Isnin, Ogos 31

jiwe jiwe

(29/8)

18PL+SX+SP+EPL
warning: this post may contain explicit, strong and sensitive language that will make you puke untill you die, i advice to stop reading before its too late..or else.




dear hani,

dunno what word to say, but i felt very-very happy this past two days (except sunday, my feeling bercampur baur). thanks to you because all this feeling came from you..hee~

first, we went out to the bazar...

i think..its our first time going to bazar together-gether kan? eh? ke penah pegi same-same eh dulu? oh hilang ingatan pule...ape-ape pon...its quite happening because i can see how excited you are to break fast with me...hee~ (jiwang*)..

lets recall what we have bought eh?
  • nasik kukus + ayam goreng..[i heard the mak cik said.."yang abangnye tak nak kongsi..yang adiknye nak makan same.." kih3..]
  • nasik puteh + shup cendawan
  • ayam percik liat
  • murtabak bawang ...oops silap..actually murtabak ayam..hee
  • kueh melaka
  • soya cincau
  • hanidue a.k.a honeydew (ni semate-mate pasal straw)
  • popia kubis..wakaka
then we go cuci-cuci oghen at warta..heh..i cant forget what you said when oghen in the cucian progress..hehe...after that, round-round carik baju raye....macam-macam la awak nye komen pasal baju kte dengar....banyak jugak la kedai kite masuk...but end up keciwa sebab tak dak yang berkenan di hati..( ok, ade yang berkenan tapi mahal sangat...huu)


then, we break fast at your fac..oh..kite rase kite ingat..bukan dulu kite pernah bukak pose same-same ke kat kajai? hurmm..entahla...ilang ingatan lagi..adehhh

at nite, you pakse kite mandi kat kajai...what i wanna mentioned here..the plastic bag you gave me tu lengkap dengan macam-macam..dari sikat sampai ke bedak...kihkihkih...thanks dear,its seem like you've prepare it all for me...(*terharu2)

then accompany you doing your design, huhu..kite sangat risau tengok awak tiade semangat..whats wrong dear...are you give up with all your task? is it your design was very-very tough?...bile kite bawak buku-buku awak tu..what i thought is.. susahnye subjek awak ni sampai sume buku pon berat-berat...and ive been thinking how susah you bawak buku-buku ni ke hulu ke hilir...pesan kite untuk awak..be strong dear and i hope you can settle it succesfully..no matter how hard your job is, with usehe and tawakal..insyaAllah, god will help you...


noticed that you were out of mood, so we decided to go to mcD... (sori mat, tak dapat nak follo ang pegi tengok Man U lawan arsenal)..one set of chicken McDulaxe (ye ke eje camni?) and one cup of coffee menjadi pilihan hati (apekah?)...we sat at the same place we sit before.....at last i can see you smile..(oh..ni sume di sebabkan perbincangan menggunekn hp tu...bukan pasal mcD..kih3)...


then we go back to your fac continue to finish up your work...


-----------------------------------------------------------------------------


the next day

we started to go sahur with mat at azura, ordering tomyam pedas (bukan pedas sangat pon..) plus telor dadar (once again you don't like it because of the bawang..wakaka)...at that time, i noticed that you are quite unhappy..whats wrong babe...is it i ignored you that time? hmm..

the black cloudy moody started...


then we go back to rest...i went to kdo and you to kajai...step out from oghen then i asked how your feel.. i tought you were ok because i see you smiling then i just pass away to mat room..but, i was wrong..huhu..im sorry sayang..serius, kte tak sedar awk buat tande tak ok and when you blink oghen light...i was so suprise when i received your text..huhu...


that morning became more tragic..kite tak tau camne kite bleh tetido kul 9 tu...huhu..when i wake up..i so so terkejut when the clock show it is 12 p.m..serius..rase nak jerit-jerit mnyumpah nyumpah diri sendiri...and it became worst when i called you..i cant think anything, just pack up my bag and run to your kolej...huhu....


bile awak sampai ngan oghen, kite tak tau nak cakap ape...takut nak tengok muke awak...huhu..i believed i made you feel very very very sad...(T T)


......
a moody situation in the car........


then we sampai at alamanda...still moody but not truk as before....dunno what to do..then we decided to watch i love u beth cooper..in the time waiting the show start..we pusing-pusing carik baju raye lagi..then sumthing happened..huhu..i dunno why i so emo that time...mesti klaka kan muke kite time tu...huhu i think awak la pompuan pertame dapat tengok muke kite macamtu...waa...memalukan..uhh


tak larat dah tulis...nanti la sambung...




Selasa, Ogos 25

third day pose...

huaa...hari ni lagi kelakar...

nak pegi bazaar kat luar la kunun-kununnye....

dah setengah jam pusing-pusing...

sekali sesat....wakaka...

tak jumpe langsung bazaar...yang jumpe pasar malam...

apekehey pasar malam time-time bulan pose ni?

ingatkn ader la jual makanan kat situ...

malangnye penuh dengan gerai baju je...hadui...

last-last.....singgah kat pondok pizza....huhu




kurma di taje khas oleh pondok pizza




appetizer kate omputeh




itu bukan bubur...




ini bukan pizza..serius..



Sabtu, Ogos 22

First day pose

aduhai...nape la ari ni lambat sangat pegi bazaar..kan dah abess...
tu laa...sape suruh tido...wakaka..(padan muke aku...adeh)
so, buke hari ini amat la simple...kurma dengan air kiwi je..huhu..
okie la tu..dari takde langsung...oh lupe..sedikit kueh ditaje oleh nas..
haha..kesian kat nas..same-same macam aku tak dapat nak beli makanan kat bazaar..

so pengajaran hari ni...jangan lewat pegi bazaar..and jangan tido petang! (adeyh...)



.

Jumaat, Ogos 21

menghitung detik..

Tak sampai lagi berape jam je..bulan syaaban akan berlalu pergi..dan bulan ramadhan akan menjelma kembali..

wah...pejam celik pejam celik...dah masuk bulan pose yang baru... macam tu la pantas nye mase berlalu meninggalkan sape-sape yang tak pantas macam die...heh..aku la tu..

hwaa...macam mane ek nak buat persiapan sambut bulan pose ni? orang-orang kite asik sibuk sambut raye je..bulan pose baru nak start..dah sibuk pasang lagu raye...nampak sangat takde kesedaran tentang bulan ramadhan..(cehh aku cakap macam la aku ade kesedaran sangat?)..

yang pasti..tekad bulan pose tahun ni nak tambah la pahale-pahale yang tak dapat buat time bulan pose lepas..(harap-harap berjaye la).. balik dari solat jumaat tadi..umi call..huaa...best nye kalo ader kat rumah sekarang..bleh sambut first day pose dengan family...tapi apekan daye..encik-encik test yang sedang menunggu aku membuatkan hajat untuk pulang terpakse ditangguhkan...huhu..

ape ape pon...ingatlah, bulan ramadhan ni merupakan satu rahmat kepada kita semua..ambil lah segala peluang yang ade supaye tak menyesal dikemudian hari.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Bila ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka jahannam, dan dirantai semua syaitan."



Khamis, Ogos 20

coretan pertama

wah... aku dah ader blog sendiri? hoho...adekah ini di sebabkan arus pemodenan?

atau saje suke-suke mengisi waktu lapang?

entah...aku pon tak tau pehal aku leh tergerak hati nak buat...

mungkin di sebabkan dorongan rakan (ang la ni mat! hasut aku buat skali..haha)

dan pembelian broadband (trimas buat ayah lang) kut...

aku sendiri pon tak tau aku rajin ke nak update bende alah ni..


..kite tunggu dan lihat je la ek?...