Khamis, Disember 30

kau biar betik dok?

Malaysia menang piala aff suzuki kau tahu tak? terkejut? sekarang boleh dikatakan perasaan sayang dan chentakan sukan bola sepak para rakyat jelata malaysia telah meningkat naik dengan mendadak! sungguh murni! dari utara ke selatan, timur ke barat, tua ke muda. semua sedia memuji pasukan kebangsaan!



kaum gadis pula tak putus-putus memuji khairul fahmi che mat (tak kenal? gugle sendiri). oh. rupenye beliau sebaye dengan aku! dem. dan yang paling menarik. jumaat ni dapat cuti free.



cis.kenape la piala aff ni buat time cuti semester!



tahniah kepada pasukan malaysia. tanah tumpah darahku! kepada para rakyat jelata sekalian. jangan time menang je kau suke. bile kalah kau humban perasaan sayang kau ke laut.



p/s: if you're ashamed to stand by your colours, 
      you better see another. -dicedok dari ultras malaya

Jumaat, Disember 24

mari belajar mengurut. ah! jangan mengarut.

tak berapa lame dulu. ade orang menanyekan aku akan hal ini. "kau pandai mengurut?" dan sudah tentu aku jawab tidak. kalau aku pandai, dah lame aku bukak kedai urut untuk mendapatkan side income. tapi tadi aku jumpe bende alah ni. nampaknye aku sudah boleh menjana side income aku!


 


oh. mengurut dan mengarut adelah satu perbuatan yang berbeza. jadi kalian harus berhati-hati dengan istilah bahaya itu.



p/s:  you have to have good communication with the person that's doing the massage. massage is very personal - Brian Curran

Rabu, Disember 22

kejutan memang boleh membuatkan orang terkejut. tapi itu bagi orang yang tak bersedia.

oh. hari ini memang meriah. berjaye menghabiskan mase selame dua jam bernyanyi riang. tak lupa juga, menghabiskan mase hampir sejam mengurat gadis petronas. hidup memang penuh kejutan!



oh. aku baru je terkejut. sepupu pupu aku (mungkin boleh dikatakan dua pupu). selamat melangsungkan pertunangan nye. sungguh meriah jadi orang pompuan yek? muda-muda dah boleh orang masuk meminang. 



eh? bukan lelaki pon boleh ke?



oh. aku mahu uji kalian! mari kita bermula dengan ujian kejutan ini!

kronag bloeh bcae ape ynag aku tluis ke? klaau tak bleoh, mkaynana torei uinervtisy ni tak bloeh pkaai lah. tpai klaau kronag bloeh bcae. mmenag snugugh aiajb!! mmeubatakn aku rsae nak tluis sruat cnita kat gdias mcaam ni. bloeh tak?



sumber: Brain Stuff . .  From Cambridge University.

Olny srmat poelpe can raed tihs. I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty  uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig  to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rgh it pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs psas it on  !!




p/s: People like being lied to. They just don't like finding out they've 
       been lied to. - Barney Stinson

kadang-kadang cita-cita tidak melambangkan keperibadian seseorang.

" kat tadika tadi belajar ape? "

" cikgu ajar pasal cita-cita! "

" ooo..." (angguk kepala sambil bace paper)

" abang cid, nanti kalau abang cid dah besar nak jadik ape? "

" sekarang abang cid tak cukup besar ke? "

" nantila bile abang cid dah besar macam ayah. abang cid nak jadik ape? "

" hmm..abang cid nak jadik biskut la.."

" haa? "



p/s:  Squidward this is great. Just you, me, and this brick wall you built between us. -Spongebob

Isnin, November 8

Antara genting, exam, dan gunting!

ok. straight to the point. minggu ini sahaja aku dah 2 kali naik ke genting. bukan atap genting rumah! tolong betulkan pemikiran kau. genting kota keriangan ok! ajaib bukan? kadang-kadang kita tak sedar benda yang kita buat. ye. boleh di takrifkan sebagai, unplanned plan that you thought it was planted! ok. aku pon tak faham. kau terima je lah ayat itu.



mungkin aku patut kate. dalam sehari sahaja aku sudah 2 kali naik genting. baru lagi cool!



terime kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. korang memang membuat hari aku!



p/s: That was our first met, i hope we'll find the solution.

Rabu, Oktober 27

mari belajar bahasa inggeris.

cikgu murni : what word start with 'F' and end with 'K' that means a lot of heat and excitement?


abu:  firetruck!


cikgu murni : what word start with 'F' and if you don't get it, you have to use your hand?


abu: fork!


cikgu murni : what is all men have one of it. it's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they married?


abu: Surname!


cikgu murni : what part of the man has no bone but has muscles, lots of veins and loves pumping.


abu: heart!







p/s: i'm not as good as you'll think..



Selasa, Oktober 26

mari tenangkan fikiran.



p/s: please..i need a vacation..or may be with s


Rabu, Oktober 13

kisah ibu dan anak.

si ibu: rajin-rajin belajar. dah besar boleh bantu adik-adik.


si anak: baek ibuku.


si ibu: kalau tak de duet belanje mintak. jangan makan megi je.


si anak: baek ibuku.



*************************************************************************************



selang beberape purnama.


truut..trruut..


si anak: ibuku. anakmu kehabisan duet.


si ibu: aik? takkan dah habis duet? buat ape dengan duet biasiswa? blanje ape? pot pet pot
          beli ape? pot pet pot pet...pot pet...raya..pot pet pot..mega sale...pot pet pot pet...
          pot pet..jimat pot pet...........


si anak: *diam.. menangis dalam hati.*




p/s: kadang-kadang, naluri keibuan memang sukar di fahami.


Jumaat, Oktober 8

no hope, no love, no glory, no happy ending.



i told myself i won't miss you.
but i remember
what it feels like beside you. 
                                                     - hinder -

Rabu, Oktober 6

hidup perlukan hiburan untuk mengubati hati yang luka, kadang-kadang lah.



amacam? terhibur?



p/s: i'm better off dead.

kadang-kadang perut lapar boleh mempengaruhi kadar pendengaran.

tengahari tadi, lebih tepat kalau dikatakan pada waktu lunch. aku menemani kawan aku ke kafe berhampiran. suasane pada ketika itu memang sangat panas. di tambah pula dengan kepayahan mencari parkir kereta, memang boleh menambah kadar kelaparan seseorang!



tapi bukan itu yang nak aku highlight kan.



time aku turun dari kereta melangkah kaki ke kafe. dengan langkah penuh macho dan tertib, tiba-tiba aku di sape oleh seorang gadis dari belakang. walaupun aku tak nampak, tapi aku cukup pasti yang suara itu datang dari seorang gadis!



"bang-bang, nak ber*men?"



cibs. terkejut gile jantung aku. macam nak pitam pon ade bile di ajukan soalan macam tu. lagi-lagi ianya terpacul dari mulut seorang gadis. aku terkesima sebentar. tak berani menoleh. hampir 7 saat aku tidak bergerak. otak aku ligat berfikir bagaimana untuk menjawab persoalan tadi.



mengenangkan aku masih berada di kawasan kampus dan iman masih kuat di dada, aku toleh dengan yakin dengan harapan diberikan kekuatan untuk menolak pelawaan beliau. belum sempat aku menyusun ayat. gadis tersebut sudah bersedia dengan tindakan selanjutnya.




abaikan gambar 2 orang makhluk lelaki itu.



"beli lah bang, kami tengah promosi hebat sekarang ni", tambah gadis tu lagi.



dem. aku senyum tawar sambil meneruskan langkahan kakiku. gadis tadi tunduk hampa.



p/s: awek brukbeng. sile bertutur dengan jelas lain kali ye.


Isnin, Oktober 4

oh. sorry. my mistakes!






you know it's a mistake but there are certain things in life where you know it's a mistake but you don't really know it's a mistake, because the only way to really know it's a mistake is to make the mistake and look back and say, "yep, that was a mistake!". the bigger mistake would be not to make the mistake, because then you go your whole life not really knowing if something is a mistake or not.
Mrs. Lily



p/s: we learned from the mistake. are'nt we? 



Jumaat, Oktober 1

Your Guess Is As Good As Mine

Morris, an 82 year-old man, went to the doctor to get a physical. A few days later, the doctor saw Morris walking down the street with a gorgeous young woman on his arm. A couple of days later, the doctor spoke to Morris and said, 'You're really doing great, aren't you?' Morris replied, 'Just doing what you said, Doc: 'Get a hot mama and be cheerful.'' The doctor said, 'I didn't say that.. I said, 'You've got a heart murmur; be careful.' 


=============================================================



Two elderly gentlemen from a retirement center were sitting on a bench under a tree when one turns to the other and says: 'Slim, I'm 83 years old now and I'm just full of aches and pains. I know you're about my age. How do you feel?' Slim says, 'I feel just like a newborn baby.' 'Really!? Like a newborn baby!?' 'Yep. No hair, no teeth, and I think I just wet my pants.'




*********************************************************************









p/s: do i need to remember anything?


Khamis, September 30

can we pretend that airplane in the night sky like honey star??





...if i could really use a wish right now.



Rabu, September 29

zamri, jejaka kachak kampung pinang bercabang terlepas menaiki bas dikala matahari bersudut 45 darjah ke arah timur.

zamri ade 2 ekor kuda laut peliharaannya. seekor mempunyai tanda padi di belakang badannya. dan seekor lagi mempunyai tanda piramid di kepala. kedua-duanya same comel, same besar, dan same bulat. zamri sangat baek orangnya. setiap hari, kuda laut itu zamri jage, belai dan didik dengan same rate. dengan harapan. kedua-dua kuda laut itu boleh menjadi kuda laut yang berjaye satu mase kelak!



hari demi hari berlalu pergi.



kedua-dua kuda laut zamri semakin membesar. di pendekkan cerita. zamri mendapat tawaran untuk menghantar salah satu dari kuda lautnya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran menjadi seekor perenang kuda laut profesional. kedua-dua kuda lautnya sangat teruja dan masing-masing ingin menjadi pilihan supaya di hantar ke luar negara.



maka, berat lah hati zamri untuk memilih salah seekor daripadanya.



setiap hari zamri termenung di halaman rumahnya. kadang-kadang, zamri terlupa untuk menyidai kaen jemuran akibat terlalu serius memikirkan hal berkenaan kuda-kuda lautnya. keseriusan zamri semakin kritikal sehingga dia terlupa untuk menekan sius periuk elektrik setiap kali zamri ingin memasak nasik.



sehinggalah tarikh tutup tawaran hampir tiba.



zamri pasrah. dia memilih untuk menghantar kuda laut bertanda padi melanjutkan pelajaran. tersentak dengan pilihan zamri. kuda laut bertanda piramid berasa sedih dan hampa. lantas merajuk membawa diri ke sungai berhampiran.



zamri tidak tahu ape yang perlu dilakukannya. dibiarkan kuda laut bertanda piramid merajuk, kerana zamri tahu satu hari nanti kuda laut bertanda padi akan pulang ke pangkuannya. membawa segulung ijazah dari luar negara. dan setiap hari zamri menunggu. menunggu dan menunggu.



dan zamri masih terus menunggu.




p/s: orang kate, kadang-kadang pilihan yang kite buat tak selalu tepat... tapi itu kate orang.


...You love me but you don’t know who I am
I’m tore in between this life I lead and where I stand..




Selasa, September 21

fast review.

Minggu-minggu cuti yang berlalu memang penuh debaran. dari bunyik letupan mercun hingga ke bunyik letupan tayar! sungguh mengejutkan minda!



oh!



tidak lupa dengan bunyik tambakan pistol! dem. aku gian left4dead!



.....masa berlalu memang pantas!



tadi aku tanye dengan seorang pakar. bila agak nye aku buleh dapat time machine? pakar tadi just senyum sinis dan buat satu finger sign.



ok. fine. jawapan pakar memang menyusahkan!



p/s: aku suke kau! tapi....


Isnin, September 13

hari raye!

eh? rupenye hari ni dah masuk raye ke-3! nampaknye penulisan aku di blog ini semakin kurang produktif.



yosh!



besok hari konspirasi baraan raya! nampaknye perlu menyediakan baju yang bersesuaian! sebelum menggosok. mari lihat televisyen!



cibs.



stesen tv tempatan memang tidak kreatif. hari raye penuh dengan cerita-cerita hantu. ape mereka meraikan hari kebebasan setan kah?



p/s: selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin.


Selasa, Ogos 24

cerita hari ini.

ramli supartojo, seorang wartawan yang hensem bergaye telah datang ke sebuah kampung yang bernama kampung cendawan polkadot terbang. misi kedatangannya ke kampung itu cuma satu. untuk menemuramah seorang penternak kambing biri-biri yang berjaya, kaya dan raya!



alkisah,




penternak ini bernama rosli deraman. saudagar kambing biri-biri leher jinjang. lahir pada tahun kambing mengawan. yakni menjadi titik tolak kepada minatnya dalam memelihara kambing. bayangkan, sejak dari lahir beliau telah pandai bermaen dengan kambing. sungguh ajaib.




di pendekkan cerita,





maka, pergilah wartawan yang hensem bergaye tadi menemuramah saudagar kambing biri-biri leher jinjang tersebut.


*nota:
wk - wartawan kachak
sk - saudagar kambing


wk: hye! boleh saye menemuramah encik?

sk: boleh tiada masalah. ape yang boleh saye bantu?

wk: ade berape banyak kambing di ladang encik?

sk: cukup byk. lebih kurang 2 juta.

wk: ape 2 juta??

sk: ye! 2 juta!

wk: wow!! *sambil membulatkan mulut*

[terdiam]

wk: jadik encik, saya lihat ade 2 jenis kambing je kat sini.

sk: tepat sekali. cuma ade kambing itam dan putih.

wk: kambing encik ni agak-agak berapa kilo rumput die makan sebulan?

sk: yang mane satu? itam ke putih?

wk: yang putih.

sk: oh lebih kurang 1 tan.

wk: kalau yang itam?

sk: same jugak.

wk: jadik encik, berapa kilo daging seekor kambing kalau di sembelih?

sk: yang mane satu? itam ke putih?

wk: yang putih?

sk: lebih kurang 5 kilo.

wk: kalau yang itam?

sk: same jugak.



wartawan kachak dah mula hairan apesal la die nak bezakan kalau dah same.



wk: kalau di lihat soal bulu kambing ni encik. agak-agak berapa kilo bulu boleh dapat bagi seekor kambing?

sk: yang mane satu? itam ke putih?

wk: yang itam?

sk: lebih kurang 2 kilo seekor.

wk: kalau yang putih?

sk: same jugak.



wartawan kachak dah mula panas. motif encik saudagar mengasingkan jawapan beliau walaupun same menimbulkan kehairanan yang amat sangat.



lalu beliau bertanye..



wk: encik, timbul kehairanan di hati saya. adekah perlu mengasingkan jawapan untuk kambing itam dan putih walhal nilainya same?

sk: haish! mestilah! kambing yang itam tu saya punya!

wk: ooo, jadik kambing yang putih tu sape punya?

sk: yang putih pun same..

wk: ffffuuuuuuuuuuuuu

Jumaat, Ogos 20

entri setahun.

hepi bufday my blog!



setahun sudah. mesti kau dah tumbuh gigi kan?



lepas ni boleh gigit awek-awek cun! yosh!



p/s: dah setahun. tapi masih belum pandai berkawan.


Sabtu, Ogos 14

dani si peminat lady gaga terkejut jatuh lalu di tertawakan itik serama yang kebetulan berdansa di tepi katil.

dua orang sahabat sedang berborak riang di dalam sebuah kereta yang agak sporty. si A yang memandu memang macho. kelihatan gadis-gadis akan terkejut pabila mana kereta sporty itu melintas pergi. ade yang terkesima dan ade pula yang histeria dengan gaye pemanduan berhemah si A. al maklumlah, dulu masa test jpj si A dapat fullmark.



kau tahu maksud illuminati? tanya si A



tak. ape tu? balas si Z



freemason. balas si B



*sunyi*



A dan Z nyata terkejut dengan kehadiran si B.



p/s: kau peminat lady gaga? bace ini. kalau tak paham. baca ini. nak minat lagi? suke hati.


Jumaat, Ogos 13

heyri, the another story#2

jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.



waktu-waktu begini memang afdal untuk bergerak ke bazaar-bazaar yang berdekatan. awal sangat? oh tidak. bagi heyri. dia mahu ke bazaar melihat juadah-juadah makanan. bukan melihat lautan manusia yang berpusu-pusu menghalang pemandangannya untuk memilih juadah-juadah nanti.



bergerak!



heyri melangkah laju. memandangkan bazaar tidak jauh dari rumahnya. jalan kaki pon dah alrite. heyri menyusun langkah dengan kemas dan jitu. sedang heyri berjalan. tiba-tiba heyri ternampak something.



oh. kumpulan gadis-gadis pun turun awal nampaknye? biasela. tanak berebut-rebut. berhimpit-himpit dengan yang bukan muhrim. sedangkan ktm pun ade coach khas untuk gadis *tibajah. bebel heyri sendirian.




eh?




"gadis mahu ke bazaar atau ke pesta? pakaianye kok tidak cukup kain?" kata heyri dalam loghat jowo dengan tiba-tiba.




dan secara tiba-tiba juga. pahala puasa heyri berkurang dengan mendadak!






p/s: selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.


Selasa, Ogos 10

bagaimana untuk menjadi insan yang cemerlang?


walaupun lawak diorang kadang-kadang tak leh pakai. tapi ade seni-seni yang boleh di aplikasikan.


Isnin, Ogos 9

chick a reetow! chick it out!

semalam. aku berkesempatan melihat orang-orang ramai berboria. ye. boria. kau tidak percaye ke? bukan. aku bukan peminat boria tegar. cuma dapat invitation melihat kawan berboria.



oh. first time kot.



secara tepatnya. aku tak pernah pergi event-event sebegini. jangan cakap boria. zapin, mak yong, tarian kuda kepang pon aku tak pernah tengok. cume dulu aku pernah tengok jiran bilik aku menari zapin. tu pon tak into sangat. sebab die praktis dalam bilik jah. bukan aku pergi tengok die bertanding.



tinggalkan boria. mari berbola



seingat aku, 2 pertemuan terakhir man u dengan chelsea di akhiri dengan kegembiraan penyokong-penyokong chelsea. aku sebagai peminat tegar man u sekadar dapat menyumpah seranah kedua-dua team. (man u pun aku sumpah sebab maen cam sampah)



semalam, man u bantai chelsea 3 - 1. tu pon aku rase naseb baek la drogba tu maen lambat and out of form. kalo tak mahu kene tapau jugak man u. tapi, sumpah aku terhibur!



sebab ape?



penscore gol man u malam tadi...chicharito
ok..aku tipu





wajah penscore sebenar..



gaye kau memang terbaek!



oh. semalam juga pengalaman pertama aku melihat dan meminum air espresso. macam loser sangat kan? sumpah. lepas ni aku akan order air mahal-mahal kat tempat yang eksklusif.



p/s: lagi pengalaman semalam. makan sup ader taugeh. memang sehari yang menambah pengalaman.


Isnin, Ogos 2

heyri, the another story #1

"ape yang kau nak, ape yang kau tak puas hati dengan aku heyri.."


aku diam. sediam-diam yang boleh. tidak mengendahkan soalan yang diajukan. cume tangan-tangan ku saja yang ligat mengawal pergerakan stereng kereta.


oji memandang ke arah muka ku. mengharap respon terhadap soalannye tadi. aku buat-buat tak nampak. mataku memberi penumpuan 100% terhadap pemandangan jalan di hadapan.


hujan mulai turun.


demmit. asal suasana sedeyh ngan muram je hujan turun! tak leh ke hujan ni turun waktu nak tido ke, waktu tengah makan goreng pisang ke. ciss. sumpahku dalam hati.


"jawabla.."


pertanyaan oji memotong pemikiran ku terhadap ujan tadi.


aku terus mendiamkan diri. sekadar menjeling. dengan harapan oji dapat membace ape yang aku harapkan darinya.

Jumaat, Julai 30

bulan 8 sudah?

dah sebulan tak mengepost sabarang entri. takde idea plus malas mengarang. lebih suke membace entri-entri orang laen. stalk blog sane sini. download citer itu ini. tup tup sebulan sudah. world cup pon dah abes. belande pon dah kalah.



cilake punye paul.



oh. dah start masuk tahun akhir. dah boleh digelar super senior. wah? jadual aku. sungguh heaven. jumaat sampai isnin boleh di kategorikan hari menangkap penyu afrika ataupun hari berguling di bilik sambil mendengar lagu boney.m "horay! hooray! its a holi-holi day~!"



yosh! yosh! sile menjerit bersame!



ah. sekarang aku tinggal kat kolej hujung. ye! sungguh jauh dari kesibukan kota utm yang pesat membangun. jauh dari pandangan awek-awek comel berjogging dikale petang hari mahupon awek-awek separa comel menapau makanan di kafe. demm. tinggal di kolej yang full package lelaki memang boleh menjadikan perasaan berjumpe budak perempuan di perkarangan letak kereta satu pemandangan yang sungguh rare!



oh. sheet!




gaye penulisan aku semakin teruk. setelah 2 bulan. aku baru sedar yang aku masih perlu menggunakan pen untuk menulis nota-nota kuliah. tapi. graf pemahaman aku terhadap penulisan yang ditulis seperti tidak selari.




adekah?




gaye penulisan aku sudah sampai tahap tertinggi atau mata aku yang sakit?



p/s: hidup orang bujang memang perlu memasak untuk menjimatkan kos sara hidup yang tinggi. tapi aku tak pandai memasak? demm.


Isnin, Jun 14

Aku lelaki. kau siapa?

Balik dari kerja. aku on tv, dengan harapan dapat menonton perlawanan team pebret aku melawan denmark malam ni (rujuk sini). tapi sayang seribu kali sayang. sume stesen tv tempatan tak der siaran langsung. ciss. aku pun terus on laptop, layan lagu saleem, seribu kali sayang.



kan best kalo rumah aku ade astro b.yonce.



jadi, tengok live update je la jawabnye. haih. tengah-tengah syok berlayar tadi (surf tenet la kate omputeh), aku terbace bende ni.



Fakta pelik tapi benar orang-orang lelaki*sejati!
[rujuk sini ]



1. Lelaki tidak detail dalam percakapan.

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

komen aku: ah kemon. kumbang kan berekor-ekor ramainye? buat pe nak cakap detail-detail. lagi pun. style budak u sekarang sume tulis point form je. tak yah elaborate panjang-panjang.



2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

komen aku: jangan cakap sepanjang malam. 1001 malam pun boleh. janji ade tongkat ali, ali ginseng, guarana cappucino dan sebagainye.



3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

komen aku: ceyh. ngate dulang paku-pakis, bukan duet kitorang jugak nanti yang kene kikis? standard manusia la. orang pompuan pun habiskan duet beli barang pompuan jugak kan?



4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba-tiba di rumah lovernya dengan sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal-hal bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

komen aku: aku pun memang tak suke bunga-bunga ni. lagi-lagi kalo pinjaman berbunga. memang aku menyampah!



5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

komen aku: ang tak sedar ke banyak ruangan gosip kat dunia ni lelaki yang tulis? gossip girl pun lelaki yang arahkan taw.



6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa tentang ibunya.

komen aku: syurga di bawah tapak kaki ibu. ang nak kene sumpah jadi tanggang ke?



7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

komen aku: ade ke? aku tak pernah ade kot edisi-edisi terhad ni. ke ko terpengaruh tengok citer doremon? aku rase sinyu tu je yang suke barang-barang edisi terhad.



8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

komen aku: sape tak sayang bini woo!



p/s: korang lelaki? pikirlah sendiri.


Ahad, Jun 13

Verveeld

Aku terjage dari tido. aku tengok jam dah kul 6.30 pagi. cis! terlepas nak tengok match england lawan amerika. punye la aku bercadang nak stay malam tadi, rupenye tewas jugak dengan pujuk rayu tilam aku. tak pela. bukan end of the world pun. lagi pun, ape lah sangat amerika tu. stakat ade donovan dengan howard. aku yakin england dah tapau mereka dengan mudah. kenape?



sebab england ade Wayne "rudeboy" rooney.



aku bukak laptop. nak tengok match result. sebelum tengok rezut. aku bukak facebook jap. sume orang duk post shutout cakap Robert Green terbaik! wah? ni mesti semalam si Green jadik hero? mesti die seb lebih dari 8 neyh! aku pun bukak la the sun kot-kot ade review match.



a'ah. memang terbaik!



jurus kuak lentang helang peringkat ke lapan! hiyahh!



jadik hero amerika. bagusla tu. cis!



p/s: keputusan akhir. england 1 - 1 Robert Green

Sabtu, Jun 12

So far away



This is my life
It's not what it was before
All these feelings I've shared
And these are my dreams
That I'd never lived before
Somebody shake me
Cause I, I must be sleeping

Now that we're here,
It's so far away
All the struggle we thought was in vain
All the mistakes,
One life contained
They all finally start to go away
Now that we're here it's so far away
And I feel like I can face the day
I can forgive and I'm not ashamed
To be the person that I am today

These are my words
That I've never said before
I think I'm doing ok
And this is the smile
That I've never shown before
Somebody shake me
Cause I, I must be sleeping

Now that we're here,
It's so far away
All the struggle we thought was in vain
All the mistakes,
One life contained
They all finally start to go away
Now that we're here it's so far away
And I feel like I can face the day
I can forgive and I'm not ashamed
To be the person that I am today

I'm so afraid of waking
Please don't shake me
Afraid of waking
Please don't shake me


Artist : Staind

kenape?

Semalam. lebih tepat lagi. malam semalam. aku sempat menonton siaran langsung piala dunia antara afrika selatan dengan mexico. sebenarnye aku tak amik kisah pun match semalam. sebab bukan pasukan febret aku. itu pun aku bukak tv dah dekat 50 minit diorang maen.

aku tengok kat sudut atas kiri tv. still lagi 0-0. ceyh. ape barang tengok bola kalo takde gol. baru je aku nak tukar channel len tibe-tibe mamat afrika ni pegi buh gol pulak. gol lawa pulak tu. tah sape tah name scorer die. shamalala ke shalala tah. terus membantutkan hasrat aku untuk menukar channel len. dengan harapan lebih banyak lagi gol lawa boleh aku tengok.


10minit berlalu.


hampeyh. tengok match bola pun dah macam tengok cerita senetron la kejadahnye? sikit-sikit kamera fokus muka buat efek slowmotion. aku cukup benci melihat efek-efek sebigini.


lagi 10 minit.


siot la. tak der gol pon? malas aku nak tengok lagi. aku amik keputusan nak tukar channel. belum sempat aku nak tukar, tibe-tibe mamat mexico ni pulak buh gol.


sudah?


tiap kali aku nak tukar channel la baru korang nak buh gol kaedahnye?


p/s: harap-harap malam ni tak de efek-efek slowmotion tu!


Jumaat, Jun 11

Wêreldbeker

Sume orang dah tak sabar nak tengok pasukan-pasukan pilihan diorang beraksi. yela. 4 tahun sekali je kan? dari sebaby-baby budak sampai ke tua-tua bangka. sibuk mengenakan jersi pasukan kesayangan diorang.



Bile orang tanye kat aku siapa pasukan pilihan aku? aku jawab, Belanda! kenape?



Bukan sebab aku suke robben, van per sie, van der vaart , van der sar, mahupon vanilla. tetapi sebab aku suke air durian belanda. kalo korang tengok. mane ade name negare yang sesedap macam belanda? wujud ke air durian afrika? mahupon durian brazil? takdak kan?



Oh lagi satu. ayam belanda!



kat rumah aku. aku je kot layan bola. ayah aku tak berape layan sangat. pernah satu hari tu. aku tengok bola dengan dia, setiap kali keeper tepis die marah-marah kat keeper tu. kalo keeper pihak lawan aku faham la, tapi kalo dah dua-dua keeper pun kene marah, whats the point? aku pun tanye la kenape dia marah-marah kat keeper tu?



die pun jawab.



"yela. orang sume nak tengok bola masuk gol. dah kalo 90 minit keeper dok tepis je bola tu. bila nak gol?"



ah.sudah?



tadi aku dapat meset dari member aku. dia ajak betting sape menang malam ni. sorang 5rm. aku balas, judi kan haram. tapi dia cakap.



dia baru beli lesen judi. so halal la.



pulak? dunia-dunia.



patut la orang panggil piala dunia.



p/s: piala dunia dah nak berlangsung, piala akhirat agak-agak korang bile?

Khamis, Jun 10

terbang. oh terbang.

nampaknya aku sudah tidak diperlukan lagi.

mari.

kita terbang pergi...


p/s: harap kau tidak susah hati lagi.

Rabu, Jun 9

Pergilah Ayu

Kosong Hidupku Tanpa Mu
Cermin Ku Membayangkan Bayanganmu
Pameran Kasih Ku Layu
Tiada Dirimu Tiada Untukku

Tinggalkanku Dalam Anganmu
Sakitku Mencintaimu
Deritaku Merinduimu
Lemah Hati Menginginkanmu

Kau Hilang Terus Kau Menyepi
Tewasku Bila Ku Ketahui
Berita Kau Sudah Berpunya
Hancur Hatiku
Berkeping-Keping Jadinya

Hilangku Bukan Kerana Cinta
Hilangku Bukan Untuk Menyeksa
Bagiku Semua Tiada Berharga
Biarku Telan Semua Derita

Pergilah Kau Pergi Dariku
Biarkan Ku Jalani Hidup Tanpamu
Tiada Cinta Dan Kasihmu
Meski Hati Merelai

Mati Hariku Di Kotak Sepi
Di Situ Kau Mula Mahu Mengenalinya
Langkahku Songsang Mula Ku Sedari
Semula Ku Hias Kau Jauh Dah Pergi

Putus Komunikasi Kau Elakkan Diri
Ku Mencari Jalan Kembali Kau Mahu Terus Pergi
Ku Ingatkan Kau Memori Kau Tutupkan Telinga
Nyata Tiada Kita Nyata Tiada Jalan Penyambungnya

Ya ALLAH Maha Pemurah Dan Maha Pencipta
Terima Kasih Atas Pertemuan Antara Aku Dan Dia
Jika Nyata Bukan Dia Pemilik Tulang Rusukku
Kikiskanlah Pesonanya Dari Kedua Mata

Dengan Segala Kelebihan Dan Kekurangan Yang Ada
Bahagiakanlah Mereka Berdua Ku Doakannya
PadaMu Ku Pohon Sucikan Hatiku
Sehingga Dapat Melaksanakan Kehendak Dan RencanaMu
Amin

Pergilah Pergilah Ayu
Jangan Kau
Hiraukan Tentang Diriku
Pergi Kau Pergi Kau Ayu
Ku Anggapkan Ini Satu Tragedi

Kau Hapuskan Semua Yang Kita Bina
Kau Hancurkan Harapku
Untuk Hidup Bahagia Bersamamu

Berkali Kau Bersumpah Untuk Berubah
Tapi Janji Kosongmu
Tak Sudah Sudah
Entah Sampai Bila
Kau Lepaskan Saja Aku

Pergilah Pergilah Ayu
Jangan Kau
Hiraukan Tentang Diriku
Pergi Kau Pergi Kau Ayu
Ku Anggapkan Ini Satu Tragedi

Pergilah Kau Pergi Dariku
Biarkan Ku Jalani Hidup Tanpamu
Tiada Cinta Dan Kasihmu
Meski Hati Merelai

Pergilah Pergilah Ayu
Jangan Kau
Hiraukan Tentang Diriku
Pergilah Pergilah Sayang
Biarkan Ku Begini

Artist: The Fabulous Cat


p/s: kadang-kadang layan jugak lagu kucing ni. haha

Isnin, Mei 24

mari kenali acid

A--> You can be very quiet when you have something on your mind.

C--> You definitely have a partier side in you, dont be shy to show it.

I--> You are always smiling & making others smile.

D--> You have trouble trusting people.


p/s: so, don't you dare to friend with me.

Rabu, Mei 19

masa kadang-kadang memang pantas

sedar tak sedar. dah dekat sebulan aku praktikal kat Azman Lim. lagi 6 minggu untuk diteruskan. macam-macam jugak la aku belajar untuk tempoh 4 minggu ni.

dari seremeh-remeh tugas jadi tukang photostat, binding proposal, beli minum petang ke seberat-berat kerja menyiapkan plan construction, detailing struktur.

oh. tak lupe juge pembelajaran komunikasi tempat kerja. aku rase part ni paling mencabar sebab kene bergaul dengan macam-macam karenah manusia.

so far, ofis aku memang best. thanks la kat abang-abang dan kakak-kakak yang sporting kat sini. especially abang halim, kak kamisah, dan mr. pok. tanpa diorang, aku yakin ofis tu tak meriah. (terutama mr. pok. and abang halim).

memang kekok gak la first and second day bekerja, tapi keramahan diorang berjaya meredakan kekekokan aku tuh.

ah. tibe-tibe terase nak terus kerja kat sane. haha

p/s: eh? dah sebulan? mane gaji aku?

Ahad, Mei 16

aku.perlu.kamu.

there are so many difference between you and me.
but we shared the same dream..

no matter what happen.
i'll try to reach it.
just for you.


just.hang.in.there.honey.


Sabtu, Mei 8

ah sudah?

sejak dua tiga hari ini.
tibe-tibe aku bersemangat nak pegi keje.
ciss. hantu ape yang dah rasuk aku ni?

p/s: ofis itu sangat cool jika orang-orang didalamnya cool

Khamis, April 29

potong gaji.

" sehari you tak datang keje potong gaji taw. "

" yo david, jumaat ni kami maen itu badminton. mari join lah "

tidakkk..mengape david james pulee??? (=___=)

p/s: aku rase patutnye ade simpulan bahase baru - tangan bangku

Selasa, April 27

david james.

" yo, david james! you punye rumah dekat mane?"

secare tibe-tibe di cop peminat portsmouth. duh ( =__= )

p/s: please. I fan rooney ok?

Isnin, April 26

hari pertama bekerjaya,

peristiwa mengikut urutan:

" you ade kete atau motor tak? tolong jadik wakil i untuk seminar iem neyh. "

" eh? you pun UTM jugak ke? "

" i'll put you under Mr. Shahrin. in infrastructure department. "

" name you sape? umur you? "

" awak bace la buku-buku ni "

" jangan kacau die study tuh "

" dik, skang dah kul 12.30. pegi la lunch "

" your face look familiar lah. you tak penah nampak i ke?"

" eh. what is your name again? acid? or ashid? "

" mule-mule masukkan kertas then tekan ni. simple~ "

" you know how to use acad rite? i want you to help me complete cheah's bungalow design "

" wah? continue at home? no need la. just continue tomorrow. go back and rest "


p/s: so far so good.

Isnin, April 19

last paper.

kenape tiada mood langsung untuk menstudykan diri ini?

mungkin kerana luse adalah last paper.

atau mungkin kerana tidak sabar nak balik?

atau mungkin kerana paper last terlampau lama gapnye?

ah.tinggal lagi 80 jam untuk aku berusehe!

cik mood kemarilah kau!

p/s: sile doakan aku dapat jawab dengan kachak dan bergaye!

Sabtu, April 10

malas.malas.malas.

saya sangat malas untuk mengupdate blog sejak kebelakangan ini.

wah! dah due minggu rupenye tak menulis. haha.

mintak maaf. minggu-minggu yang berlalu. saya sangat sibuk(alasan cliche).

urusan rumahtangga, kerja sekolah, anak-anak dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak logik.

harapan agar minggu yang sungguh hectic ini berakhir dengan super cepat!

kepada sesiapa yang mempunyai harapan yang same dengan aku. marilah kite same-same berdoa.


yosh!



p/s: aku berharap. sehari ade 27jam. kamu rase?


Isnin, Mac 22

mudahnye.

senang.

easy.

simple.

just cakap ape yang kau rase.

dan jangan fikir.

ape yang orang laen rase.

mudahkan?


p/s: tiada yang mahu aku.

Sabtu, Mac 20

oh. its me?

siott. tah nape rase tak tenteram hari ni.

haih. apehal?




p/s: still u dont get it, dont cha?


Isnin, Mac 15

berusehe!!


buat insan tersayang.


sile jangan tensiyun-tensiyun selalu.
kelak nanti aku sangat sukar untuk melihat senyumanmu
walau hakikatnye memang sangat sukar
di sebabkan jarak kite yang jauhnye berbatu.



aku tahu dirimu di bebani berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
tetapi aku harap kau tabah. cekal. dan tetap tersenyum.



aku akan cube untuk memahami dirimu.
walaupun kadang-kadang aku gagal.



tetapi sile jangan berputus ase dengan diriku.
kerna. aku ingin sentiase berada di sisimu.



insyaallah. aku percaye.
tuhan akan menunjukkan kite jalan
untuk menempuh semua halangan.



Chaiyok!


p/s: aku merindui mu. adekah kau pun begitu?


Isnin, Mac 8

aku tahu kau busan. tapi aku peduli ape.

haha. sekali lagi entri yang dihiasi gambar kasut. sem ni la aku rase paling banyak beli kasut (2 je pon). wakaka. terime kasih encik hazrul kerana berjaye menghasut aku untuk membeli kasut ini.



kachak? sori beliau dah berpunye.




pasangan bahagia.





p/s: lepas ini boleh kembali menemani cik rooney berfutsal setiap petang.


Sabtu, Mac 6

papan ajaib.

pernah tak korang terpikir.


bagaimana rasenye menjadik seorang pengemis.


ape? tidak?


itu sudah pasti. kemon, zaman sekarang sume orang berlomba-lomba menjadi kaya.

hatta, orang yang kaya-raya pon sibuk menambahkan kekayaan mereka. apetah lagi kite yang miskin, mesti mahu membayangkan kehidupan yang kaya, kan?


tapi.


serius. cube kau bayang kan.


duduk di kaki lima. bersama papan ajaib atau bahasa klasiknye kotak-kotak terbuang yang dijadikan alas untuk berehat.


melihat orang lalu lalang. dan dilihat orang yang lalu lalang.


tibe-tibe bersamamu datang. bagi beras faizah dan segala macam barang keperluan.


musti gumbira.



ah. baru tersedar.



tiada periuk elektrik. bagaimana mahu masak nasik?


damn.


p/s: kehidupan umpama roda. kita yang di atas perlu melihat orang yang di bawah.

Khamis, Mac 4

penat.

menjage hati orang laen.


hati sendiri tak terjage.


ah.


nampaknye perlu hantar hati ini ke jabatan kebajikan.


p/s: aku mahu hati yang fleksible! mudah dilentur. dan tahan lasak! kamu boleh beri?

Rabu, Mac 3

kenape?

kenape tibe-tibe kau ade?


tibe-tibe aku rase baek kau tiada.


ah.


kau ade membuatkan hati ku gundah-gulana.


ciss.


*dush*
tamatnye riwayat seekor nyamuk..


p/s: kadang-kadang benda kite tak suke, ade kebaikannye.