Rabu, September 29

zamri, jejaka kachak kampung pinang bercabang terlepas menaiki bas dikala matahari bersudut 45 darjah ke arah timur.

zamri ade 2 ekor kuda laut peliharaannya. seekor mempunyai tanda padi di belakang badannya. dan seekor lagi mempunyai tanda piramid di kepala. kedua-duanya same comel, same besar, dan same bulat. zamri sangat baek orangnya. setiap hari, kuda laut itu zamri jage, belai dan didik dengan same rate. dengan harapan. kedua-dua kuda laut itu boleh menjadi kuda laut yang berjaye satu mase kelak!



hari demi hari berlalu pergi.



kedua-dua kuda laut zamri semakin membesar. di pendekkan cerita. zamri mendapat tawaran untuk menghantar salah satu dari kuda lautnya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran menjadi seekor perenang kuda laut profesional. kedua-dua kuda lautnya sangat teruja dan masing-masing ingin menjadi pilihan supaya di hantar ke luar negara.



maka, berat lah hati zamri untuk memilih salah seekor daripadanya.



setiap hari zamri termenung di halaman rumahnya. kadang-kadang, zamri terlupa untuk menyidai kaen jemuran akibat terlalu serius memikirkan hal berkenaan kuda-kuda lautnya. keseriusan zamri semakin kritikal sehingga dia terlupa untuk menekan sius periuk elektrik setiap kali zamri ingin memasak nasik.



sehinggalah tarikh tutup tawaran hampir tiba.



zamri pasrah. dia memilih untuk menghantar kuda laut bertanda padi melanjutkan pelajaran. tersentak dengan pilihan zamri. kuda laut bertanda piramid berasa sedih dan hampa. lantas merajuk membawa diri ke sungai berhampiran.



zamri tidak tahu ape yang perlu dilakukannya. dibiarkan kuda laut bertanda piramid merajuk, kerana zamri tahu satu hari nanti kuda laut bertanda padi akan pulang ke pangkuannya. membawa segulung ijazah dari luar negara. dan setiap hari zamri menunggu. menunggu dan menunggu.



dan zamri masih terus menunggu.




p/s: orang kate, kadang-kadang pilihan yang kite buat tak selalu tepat... tapi itu kate orang.


...You love me but you don’t know who I am
I’m tore in between this life I lead and where I stand..




6 ulasan:

::FAIZ FARISH:: berkata...

Nice Song

wann afzan berkata...

er...owhhhhh~~

mikhaelahmad berkata...

ap kaitan dengan cerita ni? jangan deep sangat doe. gua tensi baca deep-deep ni.

in this world there's real and make believe.
this; seem real to me

Acid berkata...

haha..jgn tensi2..gua biar lu orang membuat andaian2..interpretation masing2 berbeza bukan?

..and all these thoughts are never resting.

mikhaelahmad berkata...

jap, kuda laut bulat pulak.bukan bentuk S ke der?

Acid berkata...

itu lah. aku pon rase mcm tu gak. tapi. biarlah. haha