Rabu, Ogos 10

doa malaikat jibrail.

ketika nabi muhammad s.a.w menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada para sehabat. baginda menyebut amin ketika menaiki anak tangga pertama. kemudian menyebut amin pada anak tangga kedua. dan menyebut amin pada anak tangga ketiga. apabila selesai bekhutbah dan turun dari mimbar, para sahabat pun bertanya kepada nabi.


ya rasulullah, kami mendengar engkau mengaminkan sesuatu ketika mana kau menaiki anak tangga. apekah yang  engkau aminkan ya rasulullah?


jawab baginda 


ketika mana aku hendak menaiki mimbar tadi, di anak tangga pertama malaikat jibrail datang dan berdoa kepadaku, celakalah ummat mu yang mempunyai kedua orang tua tetapi tidak berbakti kepada mereka. lalu aku aminkan doanya. ketika aku naik anak tangga kedua, jibrail berdoa celakalah ummatmu yang pabila mana mereka mendengar namamu disebut tetapi tidak berselawat kepadamu. lalu aku aminkan doanya. dan ketika aku naik anak tangga ketiga, jibrail berdoa lagi, celakalah ummatmu yang telah datang pada mereka bulan ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosa mereka. lalu aku aminkan doanya. 



ape yang aku tulis kat atas tu adelah tazkirah solat terawih malam tadi yang aku nak kongsi dengan korang.



sebenarnya sebelum ni aku ade terbace satu lagi hadis yang same macam kat atas orang dok post kat facebook. tapi part doa jibrail tu lain. jibrail doa kepada allah tidak akan diterima amalan puasa ummat muhammad jika tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya, tidak bermaafan antara suami isteri, dan tidak bermaafan dengan orang di sekitarnya.



bile aku search kat gugel, ade orang cakap yang hadis tak diterima amalan puase tu palsu.



so berhati-hati kalo nak share something. lebih elok kalo korang dengar sendiri baru share dari korang copy paste yang belum tentu sahih ke tak.



p/s: 10 hari rahmat dibulan puase dah berlalu.

8 ulasan:

syasya berkata...

iya2 betol...terima kasih.selamat berpuasa =)

Acid berkata...

sama sama kasih. selamat berpuasa juga~ XD

mikhaelahmad berkata...

jibrail=jibril+izrail?

ekekekeke.

begitu jua dengan dirimu acid. hadis kalau boleh kena ade perawi sekali, baru cantik. sanad takde, perawi takde, kurang molek aaaaa.

ekekekekeke.

Acid berkata...

jibrail = jibril

aku pakai bahase melayu klasik.

err..xingat la tok imam tu bg tawu sape perawi nye..kalo tok imam tu cakap hadis yang salah..maknanye salah jugak la ape yg aku tulis...


kalo rajin bleh gugel sape perawinye...ekekeke

mikhaelahmad berkata...

bagus juga la kau ingat. peh, ada ciri-ciri budak phd ni.

Acid berkata...

sickkkk..kalo ingat sume mmg aku sambung phd teruss

mikhaelahmad berkata...

ala, itu nasib baik tak bawak laptop. kalo bawak laptop, mesti full mark punyerrrrr.

Acid berkata...

xyah laptop..kalo dapat ipad 2 pon ok.