Isnin, Mac 5

Doktor Rozana

hari ni, aku bangun awal gila babas. ye. sangat awal dari ape yang korang pikirkan. tapi disebabkan terlalu awal. aku tidur balik dan bangun pada waktu normal bagi seorang pemalas bangun pagi.



selepas menyiapkan diri, yakni berpakaian hensem-hensem dan semacho yang mungkin. aku bergerak ke stesen bas yang berhampiran untuk menaiki bas [dah name pergi stesen bas, mestila tunggu bas. takkan tunggu kapal selam?].



tujuan aku pagi itu cuma satu, menuju ke bilik seorang lecturer. ya, lecturer yang bakal memberi impak kepada dunia pembelajaran aku. mane tak nye, kalo dia tak nak sign borang daftar subjek aku ni. mawu sem depan baru aku boleh amik subjek ni. sampai sahaja di depan pintu bilik beliau.



" saya tiada (^^)v "



ok.fine. aku tak berputus asa. sebagai seorang pelajar yang kachak lagi macho. aku harus pikir plan B. yaa, dengan hanye memetik jari sahaja, plan B sampai tanpa dipaksa.



salam Dr, saye pelajar hensem post graduate fakulti xxx nak mintak sign Dr. tapi Dr. tak ade. so saya tampal kat depan pintu Dr. je ye? sebab pagi ni saye ade kelas..petang kang saye amik.



send



tak dak respon. tak pe. aku assume, beliau tengah bizi. korang jangan main-main ngan lecturer-lecturer pangkat doktor kat sini. suma memang bizi gile ok? tanpa membuang masa, aku terus bergerak ke kelas.



apabila pintu kelas dibuka.



aku kaget.



fine, camne aku boleh tak tawu yang beliau lecturer kelas aku pagi ni!

4 ulasan:

hiedayahrosli berkata...

pemalas nak tengok jadual!

Acid berkata...

kat jadual mane ade bubuh name lecturer!

Alin Meli berkata...

fail!

Acid berkata...

totally! haha