Jumaat, Mac 23

Aku, dia dan sains agama

Beberapa bulan dahulu. aku ade terima meset dari seorang perempuan bernama rozie[bukan nama sebanar]. rozie ni dulu satu sekolah dengan aku tapi kami jarang bertegur sapa. err..i mean, tak pernah langsung. diulangi..kami tak pernah langsung bertegur secara formal atau informal.



kenapa?



sebab beliau merupakan budak aliran sains agama. oleh sebab itu, aku beranggapan kaum-kaum perempuan yang mengalir dalam aliran sains agama ni mempunyai pegangan agama yang superb! sains AGAMA beb, kompom-kompom la budak-budak aliran sains rock kapak macam aku ni tak berapa nak masuk dengan diorang.



and to be honest, aku memang takut nak tegur diorang. ye la, kang tersilap tegur mawu kene brainwash ke, tazkirah agama ke. tak gitu?



ok, back to the story.



dipendekkan cerita, si rozie ni ajak aku tengok wayang. ok. memang aku terkejut. gile babas gak la terkejut. tapi sebagai pemuda nerd yang kachak lagi bergaya aku berjaya mengawal tahap ke'kaget'an aku tu.



dan dipendekkan lagi cerita. masa kami berdua tu. aku tak kekok. dia pun tak kekok keluar dengan aku. rasa macam dua-dua dah lame kenal je (ok, padahal memang lama pun, cuma tak pernah tegur kan). macam kelakar, tapi itu la yang terjadik.



fine.



mase tu aku rase macam dia macam leh masuk dengan aku. i mean, leh hangout together la sebab masing-masing ade je bende nak di borakkan. so, malam lepas kami keluar same-same tu aku bagi tawu la beliau ape yang aku rasa.



guess what?



that is the first and the last.



forever alone level imposibruuuuuuu

Tiada ulasan: