Jumaat, Mac 9

Anak dara

seperti biasa, aku ke kelas hari ini. ya, menjalani rutin seharian sebagai seorang pelajar untuk duduk di dalam kelas dan tekun mendengar tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah yang hebat.



luar biasanya hari ini.



ade seorang minah ni duduk sebelah aku. ok, fine. bile hadir je seorang wanita yang cun lagi cantik kat sebelah dengan automatiknya kau akan bersemangat dan lebih mendapat fokus untuk menghadapi pembelajaran yang mencabar.



"betul ker you kawen bulan 5 ni?" tanye seorang kawan minah tu.



"a'ah, nanti jemputlah datang ye, i buat kat dewan xxx. jangan tak datang tau!" jawab minah tersebut dengan bangga dan sedikit kuat. [mungkin saje nak bagi aku dengar dengan jelas]



fine. aku rase dah tak de harapan lagi mencarik anak dara sepanjang pengajian aku ni.

Tiada ulasan: