Khamis, Mac 29

Anak sulung.




Dulu..aku selalu compare layanan parents aku antara kami adik beradik. i mean, kalo dulu masa aku kecik.. ayah aku garang gile! serius weyh. aku penah kene hambat keliling kampung sebab merayau.



tapi sekarang, ayah aku macam cool je dengan adik-adik aku. ye la, orang kate..masa umur kita muda darah tengah panas, so senang nak marah. bile makin berumur, kite cepat sejuk. makin steady.



entah ye entah tidak.



kadang-kadang memang la ade rase tak puas hati tu. tambah-tambah lagi bile zaman aku dulu nak mintak something payah nak dapat. tapi sekarang adik aku dapat senang-senang je. tak mintak pon dapat. rase macam rugi je jadik anak sulung.



tapi bile bace artikel tu.



instead of menyesal, aku rase aku bertuah jadik anak sulung. walaupun tak dapat nak bermanja-manja macam adik-adik aku yang bongsu, tak dapat extra perhatian..atleast aku dapat merasa hidup susah dengan diorang.



kalo nak compare kesusahan aku dengan ayah aku. aku rase ayah aku lagi susah. dia terpaksa korban kan waktu remaja dia untuk adik-adik yang lain. serius. family ayah aku datang dari keluarga susah. dia terpaksa tolong atok dengan nenek aku carik duit.



bukan senang weyh. bukan keje opis.



bile aku dengar cerita dari nenek dengan atok aku. aku rase kecik sangat je pengorbanan aku ni sebagai anak sulung. sekarang apa yang boleh aku buat ialah untuk jadi satu penanda aras untuk adik-adik aku.



dan aku tak boleh nak meminta-minta sesuka hati.



i mean, if sekarang aku belajar biar lah aku tak mintak beli kereta ke, motor ke. at least adik aku tak leh nak bagi alasan  "ala..dulu abang belajar pakai kereta. adik pon nak ayah beli kereta untuk adik~"



see? bukan senang jadik anak sulung.



dan adik-adik aku sekarang haruslah lebih baik dari aku! kalo aku sekarang dah berjaya genggam segulung ijazah dalam negara. maybe adik-adik aku perlu dapatkan segulung phD? atau setidak-tidaknya segulung ijazah luar negara..tak gitu?

2 ulasan:

hiedayahrosli berkata...

wa menyokong entri ni! bukan sebab aku anak sulung, tapi relevan gila kot benda yang kau cakap tu.


hakikatnya, aku juga anak sulung. muahaha

Acid berkata...

kan? kan? hidup anak sulung!