Khamis, Mac 29

Anak sulung.




Dulu..aku selalu compare layanan parents aku antara kami adik beradik. i mean, kalo dulu masa aku kecik.. ayah aku garang gile! serius weyh. aku penah kene hambat keliling kampung sebab merayau.



tapi sekarang, ayah aku macam cool je dengan adik-adik aku. ye la, orang kate..masa umur kita muda darah tengah panas, so senang nak marah. bile makin berumur, kite cepat sejuk. makin steady.



entah ye entah tidak.



kadang-kadang memang la ade rase tak puas hati tu. tambah-tambah lagi bile zaman aku dulu nak mintak something payah nak dapat. tapi sekarang adik aku dapat senang-senang je. tak mintak pon dapat. rase macam rugi je jadik anak sulung.



tapi bile bace artikel tu.



instead of menyesal, aku rase aku bertuah jadik anak sulung. walaupun tak dapat nak bermanja-manja macam adik-adik aku yang bongsu, tak dapat extra perhatian..atleast aku dapat merasa hidup susah dengan diorang.



kalo nak compare kesusahan aku dengan ayah aku. aku rase ayah aku lagi susah. dia terpaksa korban kan waktu remaja dia untuk adik-adik yang lain. serius. family ayah aku datang dari keluarga susah. dia terpaksa tolong atok dengan nenek aku carik duit.



bukan senang weyh. bukan keje opis.



bile aku dengar cerita dari nenek dengan atok aku. aku rase kecik sangat je pengorbanan aku ni sebagai anak sulung. sekarang apa yang boleh aku buat ialah untuk jadi satu penanda aras untuk adik-adik aku.



dan aku tak boleh nak meminta-minta sesuka hati.



i mean, if sekarang aku belajar biar lah aku tak mintak beli kereta ke, motor ke. at least adik aku tak leh nak bagi alasan  "ala..dulu abang belajar pakai kereta. adik pon nak ayah beli kereta untuk adik~"



see? bukan senang jadik anak sulung.



dan adik-adik aku sekarang haruslah lebih baik dari aku! kalo aku sekarang dah berjaya genggam segulung ijazah dalam negara. maybe adik-adik aku perlu dapatkan segulung phD? atau setidak-tidaknya segulung ijazah luar negara..tak gitu?

Ahad, Mac 25

Kata-kata nasihat #2

pain makes you stronger
tears make you braver
heartbreak makes you wiser
so thank the past for a better future.



fine.



terima kasih.

Sabtu, Mac 24

Lagu


Powered by mp3skull.com



dirimu menyalahkan sebuah erti
tapi diriku masih terhenti di sini..


Jumaat, Mac 23

Aku, dia dan sains agama

Beberapa bulan dahulu. aku ade terima meset dari seorang perempuan bernama rozie[bukan nama sebanar]. rozie ni dulu satu sekolah dengan aku tapi kami jarang bertegur sapa. err..i mean, tak pernah langsung. diulangi..kami tak pernah langsung bertegur secara formal atau informal.



kenapa?



sebab beliau merupakan budak aliran sains agama. oleh sebab itu, aku beranggapan kaum-kaum perempuan yang mengalir dalam aliran sains agama ni mempunyai pegangan agama yang superb! sains AGAMA beb, kompom-kompom la budak-budak aliran sains rock kapak macam aku ni tak berapa nak masuk dengan diorang.



and to be honest, aku memang takut nak tegur diorang. ye la, kang tersilap tegur mawu kene brainwash ke, tazkirah agama ke. tak gitu?



ok, back to the story.



dipendekkan cerita, si rozie ni ajak aku tengok wayang. ok. memang aku terkejut. gile babas gak la terkejut. tapi sebagai pemuda nerd yang kachak lagi bergaya aku berjaya mengawal tahap ke'kaget'an aku tu.



dan dipendekkan lagi cerita. masa kami berdua tu. aku tak kekok. dia pun tak kekok keluar dengan aku. rasa macam dua-dua dah lame kenal je (ok, padahal memang lama pun, cuma tak pernah tegur kan). macam kelakar, tapi itu la yang terjadik.



fine.



mase tu aku rase macam dia macam leh masuk dengan aku. i mean, leh hangout together la sebab masing-masing ade je bende nak di borakkan. so, malam lepas kami keluar same-same tu aku bagi tawu la beliau ape yang aku rasa.



guess what?



that is the first and the last.



forever alone level imposibruuuuuuu

Khamis, Mac 22

Tudung

lately, aku selalu sangat terjumpe aweks yang pakai tudung hana-tajima. korang tawu tak tudung hana-tajima tu hape?



hai, saya hana. inilah tudung saya, tajima
sumber cedokan gugel


cun kan beliau? wokeyh. bukan nak komen tentang ke'cun'an beliau. tapi aku nak komen pasal tudung hana-tajima nih.



banyak gak la suara-suara masyarakat cakap yang tudung ni menyerupai tudung sister gereja? hmm. tak dinafikan la. sekali imbas memang sama. ade orang kate, ikut niat si pemakai. kalo niat die nak tutup aurat, then its good.



but, if niat die memang nak meniru sister tu, serupa tak yah bertudung la kot?



aku bukan la nak kondem.



tapi, sumpah. aku rimas giler tengok kaum hawa pakai tudung macam ni. korang tak rimas ke ha? serabut aku tengok kain terjuntai-juntai.



its ok la kalo korang nak gi function dinner ke, hari raya ke. tapi kalo untuk berjogging, pergi kafe, pergi online kat mcDee, pergi beriadah naik basikal. hatta pergi makan kat warung goreng pisang.



defuq.



memang aku menyampah gile kot. korang?

Writing

the awkward moment is when you realize everyone likes your writing except you.



true story.

Rabu, Mac 21

De gea

Disebabkan wifi kat bilik aku terlalu suke bergurau. aku ambil keputusan nekad.



tadaa!~
gambar ikhsan en.gugel



padan muke ko wifi. aku tak nak gune ko lagi!

Selasa, Mac 20

Library #2

student yang bijak adelah student yang pergi ke library. kenapa?



sebab kat library boleh online!



wifi kat bilik aku sekarang memang jahanam. signal full tapi takleh nak connect!



kalau ye pon nak bergurau dengan aku agak-agak la. deng you.

Isnin, Mac 12

Kreatif level 875

ketika aku tengah bosan-bosan duduk bilik sendirik, tiba-tiba aku dapat ilham untuk usha blog orang lain. dan tiba-tiba juga aku ter'usha blog uncle ni.



amacam? serius tak gua?


nampak macam serius je..garang pon ade gak kan? tapi sumpah, uncle ni kreatif gile. aku memang kagum gak la tengok seni-seni yang beliau hasilkan.



kenapa aku cakap uncle ni kreatif?



korang pergi la usha blog beliau sendirik. aku malas nak ulas panjang-panjang. banyak lagi journal yang aku kene carik nih. demmit.



sila klik sini kalo berminat tengok blog uncle

Jumaat, Mac 9

Anak dara

seperti biasa, aku ke kelas hari ini. ya, menjalani rutin seharian sebagai seorang pelajar untuk duduk di dalam kelas dan tekun mendengar tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah yang hebat.



luar biasanya hari ini.



ade seorang minah ni duduk sebelah aku. ok, fine. bile hadir je seorang wanita yang cun lagi cantik kat sebelah dengan automatiknya kau akan bersemangat dan lebih mendapat fokus untuk menghadapi pembelajaran yang mencabar.



"betul ker you kawen bulan 5 ni?" tanye seorang kawan minah tu.



"a'ah, nanti jemputlah datang ye, i buat kat dewan xxx. jangan tak datang tau!" jawab minah tersebut dengan bangga dan sedikit kuat. [mungkin saje nak bagi aku dengar dengan jelas]



fine. aku rase dah tak de harapan lagi mencarik anak dara sepanjang pengajian aku ni.

Rabu, Mac 7

Hilang

Semangat belajar semakin pudar. deng la. baru dua minggu kot. semangat rajin sume hilang entah ke mana..



haish.



kat mane la semangat rajin ni pergi. harap-harap die balik cepat la. kerja dah menimbun dah ni. demmit.

Selasa, Mac 6

Umur

 


kalo ini adelah benar. 


40/2 + 7 = 27. 


27


ok fine muda jugak calon isteri aku nanti!

Isnin, Mac 5

Doktor Rozana

hari ni, aku bangun awal gila babas. ye. sangat awal dari ape yang korang pikirkan. tapi disebabkan terlalu awal. aku tidur balik dan bangun pada waktu normal bagi seorang pemalas bangun pagi.



selepas menyiapkan diri, yakni berpakaian hensem-hensem dan semacho yang mungkin. aku bergerak ke stesen bas yang berhampiran untuk menaiki bas [dah name pergi stesen bas, mestila tunggu bas. takkan tunggu kapal selam?].



tujuan aku pagi itu cuma satu, menuju ke bilik seorang lecturer. ya, lecturer yang bakal memberi impak kepada dunia pembelajaran aku. mane tak nye, kalo dia tak nak sign borang daftar subjek aku ni. mawu sem depan baru aku boleh amik subjek ni. sampai sahaja di depan pintu bilik beliau.



" saya tiada (^^)v "



ok.fine. aku tak berputus asa. sebagai seorang pelajar yang kachak lagi macho. aku harus pikir plan B. yaa, dengan hanye memetik jari sahaja, plan B sampai tanpa dipaksa.



salam Dr, saye pelajar hensem post graduate fakulti xxx nak mintak sign Dr. tapi Dr. tak ade. so saya tampal kat depan pintu Dr. je ye? sebab pagi ni saye ade kelas..petang kang saye amik.



send



tak dak respon. tak pe. aku assume, beliau tengah bizi. korang jangan main-main ngan lecturer-lecturer pangkat doktor kat sini. suma memang bizi gile ok? tanpa membuang masa, aku terus bergerak ke kelas.



apabila pintu kelas dibuka.



aku kaget.



fine, camne aku boleh tak tawu yang beliau lecturer kelas aku pagi ni!

Ahad, Mac 4

Library

Dalam sejarah kehidupan aku sebagai under-graduate student. library merupakan tempat yang paling rare dan sangat-sangat jarang aku lawati.



walaupon pada awal kemasukan aku di tahun satu dulu aku cube untuk menanamkan benih-benih cinta bersama library, yakni dengan sangat yakin pergi ke library pada hari pertama aku start kelas. tapi ternyata aku gagal.



end up, itu lah hari terakhir aku study di library.



dan hari ini. aku mencuba sekali lagi menanam benih-benih cinta tersebut. semoga aku akan menjadi seorang nerd yang kachak lagi bergaye di mata masyarakat nerd-nerd yang lain.

Sabtu, Mac 3

Sagna!

selepas makan malam disalah sebuah restoran terkenal di sekitar daerah skudai. aku sempat menghabiskan masa dengan menonton perlawanan bersejarah antara live-pool dan art-senal.



kedua-dua pasukan ni memang nampak garang. tapi segarang-garang mereka. dua-dua dijinakkan oleh pasukan kesayangan aku [tak perlu dinyatakan].



tiba-tiba berlaku babak pemain di bawah menggelecek bola dengan bersemangat



*gua gelecek bola memang penuh semangat!*



"eh? apesal rambut drogba macam tu??" tanye seorang rakanku dengan penuh bergaye.



dan aku hanye mampu tersenyum mengenangkan soklan beliau yang sungguh rare itu.

Khamis, Mac 1

Master

Aku kadang-kadang berangan nak merantau ke negara orang. i mean, pergi belajar kat obersea sana. tak kesah la, united kingdom ka, united state ka, united arab emeriah ka, mahupon menchester united. kalo ade peluang memang aku nak pergi.



tapi bile aku masuk utm ni.



aku rase macam kat obersea je. kiri kanan mat salleh.depan belakang mat-mat iran. kelas pon dua tiga kerat je melayu. memang mencabar sungguh.