...if i could really use a wish right now.
Khamis, September 30
Rabu, September 29
zamri, jejaka kachak kampung pinang bercabang terlepas menaiki bas dikala matahari bersudut 45 darjah ke arah timur.
zamri ade 2 ekor kuda laut peliharaannya. seekor mempunyai tanda padi di belakang badannya. dan seekor lagi mempunyai tanda piramid di kepala. kedua-duanya same comel, same besar, dan same bulat. zamri sangat baek orangnya. setiap hari, kuda laut itu zamri jage, belai dan didik dengan same rate. dengan harapan. kedua-dua kuda laut itu boleh menjadi kuda laut yang berjaye satu mase kelak!
hari demi hari berlalu pergi.
kedua-dua kuda laut zamri semakin membesar. di pendekkan cerita. zamri mendapat tawaran untuk menghantar salah satu dari kuda lautnya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran menjadi seekor perenang kuda laut profesional. kedua-dua kuda lautnya sangat teruja dan masing-masing ingin menjadi pilihan supaya di hantar ke luar negara.
maka, berat lah hati zamri untuk memilih salah seekor daripadanya.
setiap hari zamri termenung di halaman rumahnya. kadang-kadang, zamri terlupa untuk menyidai kaen jemuran akibat terlalu serius memikirkan hal berkenaan kuda-kuda lautnya. keseriusan zamri semakin kritikal sehingga dia terlupa untuk menekan sius periuk elektrik setiap kali zamri ingin memasak nasik.
sehinggalah tarikh tutup tawaran hampir tiba.
zamri pasrah. dia memilih untuk menghantar kuda laut bertanda padi melanjutkan pelajaran. tersentak dengan pilihan zamri. kuda laut bertanda piramid berasa sedih dan hampa. lantas merajuk membawa diri ke sungai berhampiran.
zamri tidak tahu ape yang perlu dilakukannya. dibiarkan kuda laut bertanda piramid merajuk, kerana zamri tahu satu hari nanti kuda laut bertanda padi akan pulang ke pangkuannya. membawa segulung ijazah dari luar negara. dan setiap hari zamri menunggu. menunggu dan menunggu.
dan zamri masih terus menunggu.
p/s: orang kate, kadang-kadang pilihan yang kite buat tak selalu tepat... tapi itu kate orang.
...You love me but you don’t know who I amI’m tore in between this life I lead and where I stand..
Selasa, September 21
fast review.
Minggu-minggu cuti yang berlalu memang penuh debaran. dari bunyik letupan mercun hingga ke bunyik letupan tayar! sungguh mengejutkan minda!
oh!
tidak lupa dengan bunyik tambakan pistol! dem. aku gian left4dead!
.....masa berlalu memang pantas!
tadi aku tanye dengan seorang pakar. bila agak nye aku buleh dapat time machine? pakar tadi just senyum sinis dan buat satu finger sign.
ok. fine. jawapan pakar memang menyusahkan!
p/s: aku suke kau! tapi....
Isnin, September 13
hari raye!
eh? rupenye hari ni dah masuk raye ke-3! nampaknye penulisan aku di blog ini semakin kurang produktif.
yosh!
besok hari konspirasi baraan raya! nampaknye perlu menyediakan baju yang bersesuaian! sebelum menggosok. mari lihat televisyen!
cibs.
stesen tv tempatan memang tidak kreatif. hari raye penuh dengan cerita-cerita hantu. ape mereka meraikan hari kebebasan setan kah?
p/s: selamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin.
Langgan:
Catatan (Atom)