Rabu, Mac 20

Surat

10 tahun dulu...aku pernah menulis sepucuk surat untuk seorang gadis. surat apa? itu tidak perlu aku cerita panjang lebar. cukup sekadar aku katakan surat itu adalah surat cinta.



tapi..bagi aku itu adalah surat risik.



mengapa risik? adekah aku ingin merisik khabar? merisik kerisik? entah. aku pun tidak ingat ape yang aku tulis dalam surat tu. yang aku ingat. aku cuma beri gadis tersebut dua pilihan. pilihan apekah itu?



pilihan pertama. sekiranya beliau bersetuju. cukup sekadar me'reply' kembali surat aku tu. tidak kesah sama ada menggunakan tulisan tangan, email, sms, telegram, mahupon isyarat asap. pilihan kedua. jika beliau tidak bersetuju. abaikan saja surat yang aku bagi tu. dan anggap macam aku tak pernah bagi surat tu.



jadi, apekah pilihan yang dibuat oleh gadis tersebut?



beliau reply! ya! beliau reply sebulan kemudian!! (ok. mungkin kurang sebulan..yang pasti ia mengambil masa yang lama)..dan seperti surat yang aku tulis..aku tidak mengingati apa yang dikirimkannya. cuma yang dapat aku ingat adelah..



memang aku ade menyimpan perasaan dekat kau, tapi..sori..kau terlambat. dah ada orang lebih dulu dari kau...



dan sejak dari hari itu. aku tak pernah terlewat menghantar kerja rumah yang diberikan cikgu sekolah.



p/s: selamat pengantin baru kepada orang yang satu ketika dahulu berjaya menarik hatiku. ku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat di samping suami tercinta. aminn.

7 ulasan:

mikhaelahmad berkata...

delay 2ms.

Alin Meli berkata...

Uiyoooo, acid ade prasaan kt spe tu.Ni yg aku nk list ni awek2 yg da kwen.Hahaha.Paling latest Naimah.Adakah???? :o

Acid berkata...

ahmad: tenet slow!

alin: nape pulak naimah? banyak lagi orang kawen kan? ko pun dah kawen gak..aiyok?? adekah kau? haha

Unknown berkata...

perempuan tu dah kawen ker ?

Acid berkata...

err..kalo ikut kabar berita yang diterima...rasanya dah kawen la kot.

4feet8 berkata...

takda jodohla tu. lepas ni kalau suka, terus masuk meminang.

Acid berkata...

masuk meminang tu kalo semudah membeli family bucket tu aku tak kesah.