Selasa, Mac 26

Macho

dua, tiga hari yang lepas. junior aku (secara teknikalnya junior lah, tapi secara vokasionalnya umor kami sama je...ntah-ntah aku lagi muda) telah menulis sebiji entri khas untuk aku. rujuk sini.



jadi aku mengambil keputusan untuk membalas entri beliau.



disebabkan aku tak reti melukis. aku rasa adalah lebih baik aku taip sahaja. tips yang akan aku terangkan ni diberi nama MMS! jadi ini adelah penerangan tips mengorat secara macho aku, wahai anakanda deaday ku!



satu.... mata



mengorat secara macho adelah cukup dengan menggunakan renungan. ya! renungan yang tajam lagi berkaliber boleh  mencairkan hati gadis-gadis diluar sana. tapi harus di ingat, renungan berkaliber ni memang susah nak buat. terlebih tenung orang akan anggap ngko serial killer, serial raper atau mungkin serial number. jadi hanya yang berbakat sahaja memilikinya . contohnya, ehemm...macam aku.



dua....mulut


ini adelah tahap kedua dimana senyuman memainkan peranan yang penting. senyuman yang sumbang boleh menyebabkan gadis yang tertarik dengan renungan mata tadi hilang selera, mood atau mungkin pengsan. senyuman yang macho adelah lahir dari hati yang ikhlas lagi suci untuk mengorat. aksesori seperti lesung pipit juga boleh menambah 'umpphh' senyuman tadi. contohnya macam..eh? aku lagi? takde orang lain ke?



tiga....sabar.



kalau dua tahap tadi telah berjaya men'grab' hati gadis tersebut. jangan gelojoh! istighfar dan mengucap banyak-banyak. buat cool sehingga gadis tadi tak keruan. kemudian berlalu pergi dengan macho. bila dah yakin hilang dari pandangan gadis tersebut, berlari balik ke bilik dan buat solat hajat agar terserempak dengan gadis itu lagi.



so. kalo nasib baik terjumpa balik dengan gadis tadi. boleh la start mengayat dengan menggunakan tahap ke-kreatifan masing-masing. kalo tak jumpa, anggap je la jodoh takde dan berusaha mencari market lain.



nampak tak day?? macho kan?? kan?? kahkahkah

4 ulasan:

4feet8 berkata...

err.. acid. org takkan perasan kalau mcmtu. Apa kata kau tegur saja dia. Any topic. Wujudkan apa-apa saja topik. Kalau jwpn beliau pjg, maksudnya, dia berminat topik tu dan kau boleh study topik tu utk dibincangkan lagi dikemudian peluang.

Pada akulah, kalau org tu betul2 berminat, dia akan cari peluang utk berkomunikasi dgn aku. Selamat berjaya mendapatkan tempat di hati dia..

Regards;
4feet8.

Acid berkata...

ok. komen yang sangat membina dan panjang. adekah komen yang panjang ini bermakna ko pun berminat dengan topik aku? kih3.


orait. mungkin ade lelaki yang boleh buat macam ko sarankan ni. tapi aku rase, aku belum lagi sampai tahap tu kot. lainlah kalo muka aku seiras dengan mana-mana artis. berani la jugak aku nak direct tegur.


tapi rasenye aku pernah buat. tapi masa darjah satu! kah3

mikhaelahmad berkata...

Macam ni la cid.

Tips nak mengorat ni mudah. yang penting ko kena ade 'SWAG"

Acid berkata...

i got "SWAN"! close enough?