Khamis, September 29

Deer diary. err..i mean. dear

sebelum hari ini
planning macam nak rak. aktiviti di susun rapi. tempat-tempat menarik dicari. masa di atur. ok. tinggal nak tunggu esok je lagi.



hari ini
fine. transpot takde. sume aktiviti kensel.



eh. tibe-tibe ade transpot! naiss. lets the plan begin..



ok. mase pulak takde. sick.



p/s: i guess there must be something that curse us today. sorry is the only word that i can say.

Rabu, September 28

Ramli kecik tak puas hati dengan awang besar

hey. aku tak kisah kalau kau nak benci aku. tapi tak boleh ke kau tolong kawan aku? ape kau nak benci sume orang yang ade sangkut paut dengan aku ke?



p/s: bace dengan nada gaye marah. bukan pondan atau mak nyah.

Sabtu, September 24

Saat terakhir. deng!

 

dah nak abes dah bulan syawal. rasenye tak payah kot i nak tunggu ucapan raye dari you lagi. well, its not a big deal rite?


Isnin, September 19

Kisah marzuki pengapit berkaliber:part 1

Marzuki seorang pengapit yang berkaliber. beliau telah ditugaskan untuk menjadi pengapit pengantin lelaki pada hari sabtu yang lepas. walaupun orang cakap siapa yang jadik pengapit lambat kawen. marzuki tak amik kesah sangat. bagi beliau, pengalaman menjadik pengapit mak saudara beliau haruslah tidak dipersiakan.



selepas subuh lagi marzuki telah bersedia. baju pengapit digosok rapi. kain samping yang sepadan dan canggih dicari. songkok berwarne hitam digosok dan dikilat. cume kasut. ye. memandangkan marzuki tidak mempunyai kasut yang berkaliber. jadik beliau hanye mengenakan selipar ke majlis persandingan itu.



pukul 8.30 pagi



marzuki memecut laju. berbekalkan kereta bmw kancil buatan tempatan. ternyata menjadikan perjalan marzuki cukup gagah. dengan sekelip mata sahaja marzuki tiba di perkarangan rumah pengantin. marzuki melihat jam di tangan. jam menunjukkan 9.15 pagi.



marzuki mencari kad jemputan perkahwinan dan melihat atucara majlis.



"fine. bersanding pukul 12.30 tengahri! kejadah hape aku datang awal-awal ni?" marah marzuki kepada diri sendiri sambil menjerit OMG OMG!



p/s: serius jadik pengapit lambat kawen??