Rabu, Februari 23

self-titled

Kronologi yang berlaku pada 21 februari.

  362 - Athanasius menjumpai jalan kembali ke Alexandria.
1543 - Kekalahan tentera islam dengan gabungan tentera Euthopia dan Portugal dalam perang Wayna Daga.
1613 - Mikhail 1 terpilih secara mutlak oleh parlimen Rusia menjadi Tsar.
1804 - Keretapi wap pertama buatan Richard Trevithick digunakan buat pertama kali di Wales.
1848 - Manifesto komunis karya Karl Marx dan Friedrich Engels pertama kali diterbitkan.
1916 - Perang Dunia I - Peperangan Verdun bermula di Perancis.
1945 - Perang Dunia II - Pesawat kamikaze Jepun berjaya menenggelamkan kapal induk USS Bismarck Sea
1965 - Malcolm X di bunuh dan tiada sangkut paut dengan Malcolm Glazer.
1972 - Luna 20 selamat mendarat di bulan tanpa membawa pensel kaler luna.
1979 - Jennifer 'cinta' Hewitt pertama kali mendarat di bumi. ok. ekceli lahir.
1987 - Maktab Perguruan Sultan Idris dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Sultan Idris
2011 - Acid meraikan hari lahir beliau.

oh. hari ini juga dikatakan hari bahasa ibu sedunia. eh? ape tu bahasa ibu?


p/s: How do you expect me remember your birthday?



Isnin, Februari 14

hari kekasih dari sudut berbeza.

aku on facebook. beduyun duyun manusia post shutout.


"benci hari kekasih!" , "kami belia benci valentine day!!", "hari kekasih hari maksiat!" tapi, orang-orang yang same jugak sambut hari ibu, hari ayah, hari guru..


tak ke diorang rase. itu semua agenda illuminati?

Selasa, Februari 8

bagaimana kau mahu jadi popular?

aku usha youtube. itu pon setelah di hasut oleh satu slot rancangan malaysia hari ini. serius. aku rase kalau nak jadi popular di alam melayu sungguh senang. setakat nak menekel awek-awek melayu ni tiada hal lah. itu semua piss  piece of cake!



mudah sahaja!



pertama! kau harus tukar penampilan kau! tak kesah la. janji kau boleh nampak macam ala-ala mat-mat salleh mahupon mat-mat arab. bukan berpenampilan seperti mat sentul ataupon mat karung guni! sekiranya kau mempunyai duet yang terlampau banyak. buat je pembedahan plastik. jadik penampilan kau seperti mat-mat yang di sebutkan tadi akan nampak lebih real dan asli!



seterusnya!



rakam video kau tangah bercakap seperti orang melayu slang omputeh. lebih bagus kalo kau boleh berdialek sek-sek klate mahupon orang nogori. video tersebut perlulah bersifat kelakar. yang boleh mencuit hati penonton melayu atau mempunyai jalan cerita menarik. jangan rakam video yang tiada jalan cerita atau video 3gp! nescaya kau akan dicemuh masyarakat setempat.



kemudian!



uploadkan video korang tadi dimana-mana laman web popular. sebagai contoh, youtube merupakan salah satu medium yang dialu-alukan. tunggu para penonton mengomen video anda tadi. ungkapan-ungkapan seperti "eee...kiutt nye die!" atau "comelnyeee die cakap bahasa melayu!!" adalah penanda aras keberkesanan video yang kau hasilkan.



dibawah adalah contoh video yang berjaya menambah hati gadis-gadis melayu!







dan ini pula contoh video gadis melayu yang berjaye kau tekel!







selamat mencuba!