Rabu, Mac 20

Surat

10 tahun dulu...aku pernah menulis sepucuk surat untuk seorang gadis. surat apa? itu tidak perlu aku cerita panjang lebar. cukup sekadar aku katakan surat itu adalah surat cinta.



tapi..bagi aku itu adalah surat risik.



mengapa risik? adekah aku ingin merisik khabar? merisik kerisik? entah. aku pun tidak ingat ape yang aku tulis dalam surat tu. yang aku ingat. aku cuma beri gadis tersebut dua pilihan. pilihan apekah itu?



pilihan pertama. sekiranya beliau bersetuju. cukup sekadar me'reply' kembali surat aku tu. tidak kesah sama ada menggunakan tulisan tangan, email, sms, telegram, mahupon isyarat asap. pilihan kedua. jika beliau tidak bersetuju. abaikan saja surat yang aku bagi tu. dan anggap macam aku tak pernah bagi surat tu.



jadi, apekah pilihan yang dibuat oleh gadis tersebut?



beliau reply! ya! beliau reply sebulan kemudian!! (ok. mungkin kurang sebulan..yang pasti ia mengambil masa yang lama)..dan seperti surat yang aku tulis..aku tidak mengingati apa yang dikirimkannya. cuma yang dapat aku ingat adelah..



memang aku ade menyimpan perasaan dekat kau, tapi..sori..kau terlambat. dah ada orang lebih dulu dari kau...



dan sejak dari hari itu. aku tak pernah terlewat menghantar kerja rumah yang diberikan cikgu sekolah.



p/s: selamat pengantin baru kepada orang yang satu ketika dahulu berjaya menarik hatiku. ku doakan kau bahagia hingga ke akhir hayat di samping suami tercinta. aminn.

Isnin, Mac 18

Otak

otak aku ni memang tak makan saman. benda dah lepas still jugak nak ingat. tak boleh ke kau lupakan benda yang aku tak nak? degil macm batu!



batu punya otak.















suka la tu. eee. kepala hotak la.

Sabtu, Mac 16

Random #3

Your dark side

 
Immature, detached, inflexible



k. fine!

Rabu, Mac 6

Tua

berikut merupakan tanda-tanda yang membuatkan aku rase seperti orang tua.



1. topik yang dibualkan oleh rakan sebaya adelah masalah negara, isu politik, isu semasa dan bermacam-macam lagi isu orang tua. hatta, berjumpa di bilik air kolej pon berbincang pasal politik.



2. menerima panggilan "pak cik" oleh seorang gadis ketika berada di kaunter bayaran kedai makan.



3. ditertawakan ketika sedang menonton rancangan anime, membaca komik dan bermain permainan komputer.



tapi aku rase..paling memberi impak adelah no.2! woi aku muda lagi laaaa!

Selasa, Mac 5

Go home barney, you're drunk

what if this whole thing it isn't the story how we both made a mistake and ruined our relationship, what if it's actually the story how we got back together..