Jumaat, Februari 22

Momen #5

i bet, the one who always remember when you were born is your mom.

Selasa, Februari 19

Mael

Mael gondrong. itulah nama yang digelarkan kepada pemuda kelahiran kampung karim kuala labu (kkkL) yang baru menjejakan kaki ke salah sebuah menara gading terkemuka di kedah. ketibaannya disambut penuh meriah dengan bunyi hiruk pikuk suasana pelajar-pelajar baru yang mendaftarkan diri sama seperti mael.


 
walaupun mael baru pertama kali keluar dari kepompong masyarakat kkkL, namun mael tidak mempunyai masalah untuk meng'adapt' suasana baru di situ. prinsip hidupnya mudah, 'simple itu senang, pimple itu jerawat'.



dipendekkan cerita, tatkala mael sedang leka duduk memerhatikan gelagat manusia di dewan kuliah beliau. mael terpandang satu susuk, bukan susuk yang dipakai di muka tapi susuk tubuh. ya. satu susuk tubuh yang mempunyai muka yang mael tidak gemar. mael tidak tahu mengapa. walhal empunya muka seorang gadis sunti. apekah mael sudah menjadi gay sehingga benci melihat perempuan? mengucap panjang mael memikirkan hal gay tersebut.



semakin lame mael memerhatikan gadis tersebut. semakin bertambah pulak perasaan meluat yang datang dalam diri mael. "takpelah. duk satu kuliah je. bukan satu kelas praktikum pun", ujar mael di dalam hati beliau. memang benar, kuliah mael besar. hampir boleh memuatkan 2 ribu orang, tetapi yang ada di dalam dewan pada hari itu cuma 96 orang.



tiba waktu kelas prektikum.



mael melangkah ke kelas dengan gaya bersahaja. sebaik sahaja melangkah masuk kaki kanan beliau ke dalam kelas, mael kaget pabila ternampak susuk itu lagi. "dalam berpuluh-puluh kelas praktikum lagi, kenapa perlu sama?!", sumpah mael di dalam hati sambil melanggar dinding.



sejak dari peristiwa itu. rakan-rakan mael memanggil beliau dengan panggilan baru. mael dinding dan mael hidop bahagia dengan panggilan barunya. tamat.

Jumaat, Februari 15

Momen #4

sometimes, our best decisions are the one that don't make any sense.

Sabtu, Februari 9

Random #1






Rabu, Februari 6

Faham

terdapat bermacam-macam fahaman kat dunia ni. fahaman kiri, fahaman kanan, fahaman depan dan juga belakang. jadi tak semestinya kau berfahaman kiri kau faham aku yang berfahaman kanan. dan mungkin juga yang berfahaman rock tidak memahami aku yang berfahaman skema ni.



jadi pa dia semua ini?



no point. just nak cakap. kau takkan faham aku. thats it.




p/s: aku suka cakap thats it sebagai that sit. nampak hebat. lolol