Isnin, Jun 14

Aku lelaki. kau siapa?

Balik dari kerja. aku on tv, dengan harapan dapat menonton perlawanan team pebret aku melawan denmark malam ni (rujuk sini). tapi sayang seribu kali sayang. sume stesen tv tempatan tak der siaran langsung. ciss. aku pun terus on laptop, layan lagu saleem, seribu kali sayang.



kan best kalo rumah aku ade astro b.yonce.



jadi, tengok live update je la jawabnye. haih. tengah-tengah syok berlayar tadi (surf tenet la kate omputeh), aku terbace bende ni.



Fakta pelik tapi benar orang-orang lelaki*sejati!
[rujuk sini ]



1. Lelaki tidak detail dalam percakapan.

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

komen aku: ah kemon. kumbang kan berekor-ekor ramainye? buat pe nak cakap detail-detail. lagi pun. style budak u sekarang sume tulis point form je. tak yah elaborate panjang-panjang.



2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

komen aku: jangan cakap sepanjang malam. 1001 malam pun boleh. janji ade tongkat ali, ali ginseng, guarana cappucino dan sebagainye.



3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

komen aku: ceyh. ngate dulang paku-pakis, bukan duet kitorang jugak nanti yang kene kikis? standard manusia la. orang pompuan pun habiskan duet beli barang pompuan jugak kan?



4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba-tiba di rumah lovernya dengan sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal-hal bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

komen aku: aku pun memang tak suke bunga-bunga ni. lagi-lagi kalo pinjaman berbunga. memang aku menyampah!



5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

komen aku: ang tak sedar ke banyak ruangan gosip kat dunia ni lelaki yang tulis? gossip girl pun lelaki yang arahkan taw.



6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa tentang ibunya.

komen aku: syurga di bawah tapak kaki ibu. ang nak kene sumpah jadi tanggang ke?



7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

komen aku: ade ke? aku tak pernah ade kot edisi-edisi terhad ni. ke ko terpengaruh tengok citer doremon? aku rase sinyu tu je yang suke barang-barang edisi terhad.



8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

komen aku: sape tak sayang bini woo!



p/s: korang lelaki? pikirlah sendiri.


Ahad, Jun 13

Verveeld

Aku terjage dari tido. aku tengok jam dah kul 6.30 pagi. cis! terlepas nak tengok match england lawan amerika. punye la aku bercadang nak stay malam tadi, rupenye tewas jugak dengan pujuk rayu tilam aku. tak pela. bukan end of the world pun. lagi pun, ape lah sangat amerika tu. stakat ade donovan dengan howard. aku yakin england dah tapau mereka dengan mudah. kenape?



sebab england ade Wayne "rudeboy" rooney.



aku bukak laptop. nak tengok match result. sebelum tengok rezut. aku bukak facebook jap. sume orang duk post shutout cakap Robert Green terbaik! wah? ni mesti semalam si Green jadik hero? mesti die seb lebih dari 8 neyh! aku pun bukak la the sun kot-kot ade review match.



a'ah. memang terbaik!



jurus kuak lentang helang peringkat ke lapan! hiyahh!



jadik hero amerika. bagusla tu. cis!



p/s: keputusan akhir. england 1 - 1 Robert Green

Sabtu, Jun 12

So far away



This is my life
It's not what it was before
All these feelings I've shared
And these are my dreams
That I'd never lived before
Somebody shake me
Cause I, I must be sleeping

Now that we're here,
It's so far away
All the struggle we thought was in vain
All the mistakes,
One life contained
They all finally start to go away
Now that we're here it's so far away
And I feel like I can face the day
I can forgive and I'm not ashamed
To be the person that I am today

These are my words
That I've never said before
I think I'm doing ok
And this is the smile
That I've never shown before
Somebody shake me
Cause I, I must be sleeping

Now that we're here,
It's so far away
All the struggle we thought was in vain
All the mistakes,
One life contained
They all finally start to go away
Now that we're here it's so far away
And I feel like I can face the day
I can forgive and I'm not ashamed
To be the person that I am today

I'm so afraid of waking
Please don't shake me
Afraid of waking
Please don't shake me


Artist : Staind

kenape?

Semalam. lebih tepat lagi. malam semalam. aku sempat menonton siaran langsung piala dunia antara afrika selatan dengan mexico. sebenarnye aku tak amik kisah pun match semalam. sebab bukan pasukan febret aku. itu pun aku bukak tv dah dekat 50 minit diorang maen.

aku tengok kat sudut atas kiri tv. still lagi 0-0. ceyh. ape barang tengok bola kalo takde gol. baru je aku nak tukar channel len tibe-tibe mamat afrika ni pegi buh gol pulak. gol lawa pulak tu. tah sape tah name scorer die. shamalala ke shalala tah. terus membantutkan hasrat aku untuk menukar channel len. dengan harapan lebih banyak lagi gol lawa boleh aku tengok.


10minit berlalu.


hampeyh. tengok match bola pun dah macam tengok cerita senetron la kejadahnye? sikit-sikit kamera fokus muka buat efek slowmotion. aku cukup benci melihat efek-efek sebigini.


lagi 10 minit.


siot la. tak der gol pon? malas aku nak tengok lagi. aku amik keputusan nak tukar channel. belum sempat aku nak tukar, tibe-tibe mamat mexico ni pulak buh gol.


sudah?


tiap kali aku nak tukar channel la baru korang nak buh gol kaedahnye?


p/s: harap-harap malam ni tak de efek-efek slowmotion tu!


Jumaat, Jun 11

Wêreldbeker

Sume orang dah tak sabar nak tengok pasukan-pasukan pilihan diorang beraksi. yela. 4 tahun sekali je kan? dari sebaby-baby budak sampai ke tua-tua bangka. sibuk mengenakan jersi pasukan kesayangan diorang.



Bile orang tanye kat aku siapa pasukan pilihan aku? aku jawab, Belanda! kenape?



Bukan sebab aku suke robben, van per sie, van der vaart , van der sar, mahupon vanilla. tetapi sebab aku suke air durian belanda. kalo korang tengok. mane ade name negare yang sesedap macam belanda? wujud ke air durian afrika? mahupon durian brazil? takdak kan?



Oh lagi satu. ayam belanda!



kat rumah aku. aku je kot layan bola. ayah aku tak berape layan sangat. pernah satu hari tu. aku tengok bola dengan dia, setiap kali keeper tepis die marah-marah kat keeper tu. kalo keeper pihak lawan aku faham la, tapi kalo dah dua-dua keeper pun kene marah, whats the point? aku pun tanye la kenape dia marah-marah kat keeper tu?



die pun jawab.



"yela. orang sume nak tengok bola masuk gol. dah kalo 90 minit keeper dok tepis je bola tu. bila nak gol?"



ah.sudah?



tadi aku dapat meset dari member aku. dia ajak betting sape menang malam ni. sorang 5rm. aku balas, judi kan haram. tapi dia cakap.



dia baru beli lesen judi. so halal la.



pulak? dunia-dunia.



patut la orang panggil piala dunia.



p/s: piala dunia dah nak berlangsung, piala akhirat agak-agak korang bile?