Jumaat, Jun 11

Wêreldbeker

Sume orang dah tak sabar nak tengok pasukan-pasukan pilihan diorang beraksi. yela. 4 tahun sekali je kan? dari sebaby-baby budak sampai ke tua-tua bangka. sibuk mengenakan jersi pasukan kesayangan diorang.



Bile orang tanye kat aku siapa pasukan pilihan aku? aku jawab, Belanda! kenape?



Bukan sebab aku suke robben, van per sie, van der vaart , van der sar, mahupon vanilla. tetapi sebab aku suke air durian belanda. kalo korang tengok. mane ade name negare yang sesedap macam belanda? wujud ke air durian afrika? mahupon durian brazil? takdak kan?



Oh lagi satu. ayam belanda!



kat rumah aku. aku je kot layan bola. ayah aku tak berape layan sangat. pernah satu hari tu. aku tengok bola dengan dia, setiap kali keeper tepis die marah-marah kat keeper tu. kalo keeper pihak lawan aku faham la, tapi kalo dah dua-dua keeper pun kene marah, whats the point? aku pun tanye la kenape dia marah-marah kat keeper tu?



die pun jawab.



"yela. orang sume nak tengok bola masuk gol. dah kalo 90 minit keeper dok tepis je bola tu. bila nak gol?"



ah.sudah?



tadi aku dapat meset dari member aku. dia ajak betting sape menang malam ni. sorang 5rm. aku balas, judi kan haram. tapi dia cakap.



dia baru beli lesen judi. so halal la.



pulak? dunia-dunia.



patut la orang panggil piala dunia.



p/s: piala dunia dah nak berlangsung, piala akhirat agak-agak korang bile?

8 ulasan:

Unknown berkata...

bapak kau style!

Acid berkata...

die mmg style. mcm anak die jugak.

yoro okino berkata...

aku xsuke tgk aper2 sukan ngn mak aku..dier lebih2 plak..

Unknown berkata...

tapi mesti kurang sikit. mana leh lawan bapak ye dak?

Acid berkata...

yoro: lebih2 macammane? terlebih ulas?

paten: sikit la. tak banyak. haha

mikhaelahmad berkata...

ada satu benda yang acid up sikit dari ayah dia.

rambut!

Acid berkata...

hoi2. ang tk tgk taim ayah aku muda2 lagi.

mikhaelahmad berkata...

gua tak nak tengok. lu nak gua kena nightmare pelik-pelik lagi?