Khamis, Jun 20

Habis

ok. hari ni barulah aku dapat rasa udara kebebasan. ye! bebas dari memikirkan thesis yang nak kena submit ujung minggu ni



Alhamdulillah.



sujud syukur aku bila supervisa aku tak suruh tukar lagi ape yang aku dah edit dan menerima dengan hati yang terbuka luas.dan seperti beberapa tahun lepas. aku dilanda sindrom yang sama. 



sindrom tak tahu halatuju selepas grad.



nak kerja ke nak sambung? ade tak universiti yang offer sambung pengajian tanpa exam/viva atau apa-apa yang seangkatan dengannya? just attend class, coursework and boom! this is your certificate.



kalau ada. memang aku sambung..

Isnin, Jun 10

Senang

sebenarnye. momen-momen awkward itu adalah bilamana soklan final terlampau senang mengalahkan soklan test. 
dah la senang, true-false punya format pulak tu.
kenapa lah takde 10 lecturer macam ni sepanjang pembelajaran aku. kan senang sikit.

Selasa, Jun 4

Bizi bizi bizi

kehidupan sebagai seorang pelajar ni memang bizi. ye. bizi mengalahkan perdana menteri.



ah!



esok nak kene submit full draft, lusa ada paper. dan lusa juga kawan baik aku kawen. nampaknya terpaksalah aku skip kenduri beliau.



kepada ahmad bukhari jika beliau baca entri ini. selamat pengantin baru, kenang daku dalam nasik minyak mu...



ok, layan men fifa kejak..

Isnin, April 15

Konspirasi

aku rase sejak akhir-akhir ni aku terlampau paranoid dengan teori konspirasi. sampai aku rase orang yang lukis kek dengan tiga batang lilin masa besday aku adelah konspirasi terancang!



ok. ade sape-sape boleh suggest nak makan ubat hape untuk hilangkan paranoid ni? makan paracetamol ok?

Selasa, Mac 26

Macho

dua, tiga hari yang lepas. junior aku (secara teknikalnya junior lah, tapi secara vokasionalnya umor kami sama je...ntah-ntah aku lagi muda) telah menulis sebiji entri khas untuk aku. rujuk sini.



jadi aku mengambil keputusan untuk membalas entri beliau.



disebabkan aku tak reti melukis. aku rasa adalah lebih baik aku taip sahaja. tips yang akan aku terangkan ni diberi nama MMS! jadi ini adelah penerangan tips mengorat secara macho aku, wahai anakanda deaday ku!



satu.... mata



mengorat secara macho adelah cukup dengan menggunakan renungan. ya! renungan yang tajam lagi berkaliber boleh  mencairkan hati gadis-gadis diluar sana. tapi harus di ingat, renungan berkaliber ni memang susah nak buat. terlebih tenung orang akan anggap ngko serial killer, serial raper atau mungkin serial number. jadi hanya yang berbakat sahaja memilikinya . contohnya, ehemm...macam aku.



dua....mulut


ini adelah tahap kedua dimana senyuman memainkan peranan yang penting. senyuman yang sumbang boleh menyebabkan gadis yang tertarik dengan renungan mata tadi hilang selera, mood atau mungkin pengsan. senyuman yang macho adelah lahir dari hati yang ikhlas lagi suci untuk mengorat. aksesori seperti lesung pipit juga boleh menambah 'umpphh' senyuman tadi. contohnya macam..eh? aku lagi? takde orang lain ke?



tiga....sabar.



kalau dua tahap tadi telah berjaya men'grab' hati gadis tersebut. jangan gelojoh! istighfar dan mengucap banyak-banyak. buat cool sehingga gadis tadi tak keruan. kemudian berlalu pergi dengan macho. bila dah yakin hilang dari pandangan gadis tersebut, berlari balik ke bilik dan buat solat hajat agar terserempak dengan gadis itu lagi.



so. kalo nasib baik terjumpa balik dengan gadis tadi. boleh la start mengayat dengan menggunakan tahap ke-kreatifan masing-masing. kalo tak jumpa, anggap je la jodoh takde dan berusaha mencari market lain.



nampak tak day?? macho kan?? kan?? kahkahkah