Rabu, Jun 13

Dream

Its almost a year. but why, i still hear your voice. i still remember your smell, the way you laugh.



oh god. why i'm being so pathetic.

Isnin, Jun 11

Tunang

suatu ketika dahulu, lebih tepat lagi semasa aku di matrikulasi.



"weyh cid, hang tak dak ka sapa-sapa kawan pompuan yang comel-comel?"

"ada tu memang la ada, tapi awatnya?"

"hang tak nak rekomen kat aku sapa-sapa ka, sunyi la hidup membujang ni.."
 
"haha, aku ada sorang budak ni, dia satu mentee dengan aku. tapi tak sure la dia tu dah ada balak ka belum..hang nak try kah"

"hang bak mai no dia aku try tengok camna.."



........



6 tahun berselang.



aku bukak fesbuk. tiba-tiba ternampak status update seorang minah. 

syukur, majlis pertunangan berjalan lancar.



Alhamdulillah, tak sia-sia aku rekomenkan budak tu kat dia. sampai dah bertunang dah. aku doakan diorang cepat-cepat naik pelamin pulak.

Khamis, Jun 7

Momen #3

sometimes, things have to fall apart to make way for a better things.
ted mosby




may be you're right or. may be not. we'll see.

Isnin, Mei 14

Game

pejam celik. dah pun masuk bulan mei. dan seperti biase lah rutin aku sebagai seorang pelajar. bangun pegi kelas, buat assignment, maen game, makan, tido. yes. maen game. kenapa? macam budak kecik? oh. dulu ade orang cakap kat aku maen game ni hanya untuk orang tak matang.



defuq.



aku yakin dia mesti tak tawu maen game tu boleh dijadikan hobi. and aku rase die mesti tak tawu yang men game sebenarnye boleh menajamkan fikiran kau.in facts, gamers pon merupakan salah satu profesyen yang sangat-sangat masyuk. tak percaye? hadiah RM300k beb.



korang tak perlu risau pasal rupa paras korang macam hantu ke, suara bunyi macam enjin motokar ke, just datang bawak diri. duduk depan pc and tunjukkan kemahiran kau. yuran pendaftaran pon korang tak yah fikir. ofkos lah korang kene daftar dulu sebelum masuk. ni pertandingan bukan open house.



tapi kompom-kompom la tak sesenang yang kau pikir.



to be frank, aku pon dah dua kali try masuk. 300k oi. sape nak bagi duet banyak-banyak camtu. betape dasyatnye sukan gaming ni, hadiah pon dah taraf-taraf sukan elit. but, macam aku cakap tadi. bukannye senang kau nak menang. setakat ni dua-dua yang aku masuk tu kalah second round.



score masa kalah tu jangan cakap la. macam langit dengan bumi.



second round pun dah kene tapau kaw-kaw. kalo layak pergi final tak tawu kene tapau macam mane.

Isnin, April 16

Love?