Sabtu, September 8

Twitter

Manusia di Malaysia semakin ramai yang mempunyai akaun twitter. termasuklah rakan-rakan aku. tidak kira dari bandar mahu luar bandar. dekat mahupon jauh. semuanya mempunyai akaun twitter. dan mereka akan twitt sesuatu dengan angkuh sambil memandangku.



challenge accepted!



aku bukak laptop. dan menaip laman web twitter dengan pantas! dengan hasrat ingin menubuhkan satu akaun twitter aku sendiri!



selang beberapa milisaat.








aku ambil keputusan untuk tutup laptop dan tido di atas katil. padan muka kau wahai twitter!



Rabu, Julai 25

Lima

gambar hiasan untuk menggugat iman dibulan puase




hari ni dah masuk hari ke-5 umat islam di seluruh malaysia menunaikan ibadah puasa. dan hari ke-5 jugak aku dah berpuase. i tak ngelat pose ok??



pose tahun ni boleh dikatakan fully home made. atau dengan kate yang mudah difahami, bulan pose tahun ini aku leh berpose full di kampung halaman di sebabkan cuti sem yang kebetulan ngam-ngam sampai raya. tak macam tahun-tahun lepas, dah nak ujung-ujung baru aku merase bukak pose ngan family.



ntah kenapa



hari ini aku mengidam gile makan mee magie. ni semua gara-gara menonton matluthfi punye video ni.




selamat berpuase dan jangan cuba-cuba makan magie di pagi hari.

Isnin, Julai 2

25 June 2012

terima kasih. itu saja yang mampu aku ucapkan sekarang.



mungkin lepas ini aku tak perlu lagi mengenang kisah-kisah silam yang pedih itu.