Selasa, Mac 6

Umur

 


kalo ini adelah benar. 


40/2 + 7 = 27. 


27


ok fine muda jugak calon isteri aku nanti!

Isnin, Mac 5

Doktor Rozana

hari ni, aku bangun awal gila babas. ye. sangat awal dari ape yang korang pikirkan. tapi disebabkan terlalu awal. aku tidur balik dan bangun pada waktu normal bagi seorang pemalas bangun pagi.



selepas menyiapkan diri, yakni berpakaian hensem-hensem dan semacho yang mungkin. aku bergerak ke stesen bas yang berhampiran untuk menaiki bas [dah name pergi stesen bas, mestila tunggu bas. takkan tunggu kapal selam?].



tujuan aku pagi itu cuma satu, menuju ke bilik seorang lecturer. ya, lecturer yang bakal memberi impak kepada dunia pembelajaran aku. mane tak nye, kalo dia tak nak sign borang daftar subjek aku ni. mawu sem depan baru aku boleh amik subjek ni. sampai sahaja di depan pintu bilik beliau.



" saya tiada (^^)v "



ok.fine. aku tak berputus asa. sebagai seorang pelajar yang kachak lagi macho. aku harus pikir plan B. yaa, dengan hanye memetik jari sahaja, plan B sampai tanpa dipaksa.



salam Dr, saye pelajar hensem post graduate fakulti xxx nak mintak sign Dr. tapi Dr. tak ade. so saya tampal kat depan pintu Dr. je ye? sebab pagi ni saye ade kelas..petang kang saye amik.



send



tak dak respon. tak pe. aku assume, beliau tengah bizi. korang jangan main-main ngan lecturer-lecturer pangkat doktor kat sini. suma memang bizi gile ok? tanpa membuang masa, aku terus bergerak ke kelas.



apabila pintu kelas dibuka.



aku kaget.



fine, camne aku boleh tak tawu yang beliau lecturer kelas aku pagi ni!

Ahad, Mac 4

Library

Dalam sejarah kehidupan aku sebagai under-graduate student. library merupakan tempat yang paling rare dan sangat-sangat jarang aku lawati.



walaupon pada awal kemasukan aku di tahun satu dulu aku cube untuk menanamkan benih-benih cinta bersama library, yakni dengan sangat yakin pergi ke library pada hari pertama aku start kelas. tapi ternyata aku gagal.



end up, itu lah hari terakhir aku study di library.



dan hari ini. aku mencuba sekali lagi menanam benih-benih cinta tersebut. semoga aku akan menjadi seorang nerd yang kachak lagi bergaye di mata masyarakat nerd-nerd yang lain.

Sabtu, Mac 3

Sagna!

selepas makan malam disalah sebuah restoran terkenal di sekitar daerah skudai. aku sempat menghabiskan masa dengan menonton perlawanan bersejarah antara live-pool dan art-senal.



kedua-dua pasukan ni memang nampak garang. tapi segarang-garang mereka. dua-dua dijinakkan oleh pasukan kesayangan aku [tak perlu dinyatakan].



tiba-tiba berlaku babak pemain di bawah menggelecek bola dengan bersemangat



*gua gelecek bola memang penuh semangat!*



"eh? apesal rambut drogba macam tu??" tanye seorang rakanku dengan penuh bergaye.



dan aku hanye mampu tersenyum mengenangkan soklan beliau yang sungguh rare itu.

Khamis, Mac 1

Master

Aku kadang-kadang berangan nak merantau ke negara orang. i mean, pergi belajar kat obersea sana. tak kesah la, united kingdom ka, united state ka, united arab emeriah ka, mahupon menchester united. kalo ade peluang memang aku nak pergi.



tapi bile aku masuk utm ni.



aku rase macam kat obersea je. kiri kanan mat salleh.depan belakang mat-mat iran. kelas pon dua tiga kerat je melayu. memang mencabar sungguh.