ketika nabi muhammad s.a.w menaiki mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada para sehabat. baginda menyebut amin ketika menaiki anak tangga pertama. kemudian menyebut amin pada anak tangga kedua. dan menyebut amin pada anak tangga ketiga. apabila selesai bekhutbah dan turun dari mimbar, para sahabat pun bertanya kepada nabi.
ya rasulullah, kami mendengar engkau mengaminkan sesuatu ketika mana kau menaiki anak tangga. apekah yang engkau aminkan ya rasulullah?
jawab baginda
ketika mana aku hendak menaiki mimbar tadi, di anak tangga pertama malaikat jibrail datang dan berdoa kepadaku, celakalah ummat mu yang mempunyai kedua orang tua tetapi tidak berbakti kepada mereka. lalu aku aminkan doanya. ketika aku naik anak tangga kedua, jibrail berdoa celakalah ummatmu yang pabila mana mereka mendengar namamu disebut tetapi tidak berselawat kepadamu. lalu aku aminkan doanya. dan ketika aku naik anak tangga ketiga, jibrail berdoa lagi, celakalah ummatmu yang telah datang pada mereka bulan ramadhan, tetapi tidak diampunkan dosa mereka. lalu aku aminkan doanya.
ape yang aku tulis kat atas tu adelah tazkirah solat terawih malam tadi yang aku nak kongsi dengan korang.
sebenarnya sebelum ni aku ade terbace satu lagi hadis yang same macam kat atas orang dok post kat facebook. tapi part doa jibrail tu lain. jibrail doa kepada allah tidak akan diterima amalan puasa ummat muhammad jika tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya, tidak bermaafan antara suami isteri, dan tidak bermaafan dengan orang di sekitarnya.
bile aku search kat gugel, ade orang cakap yang hadis tak diterima amalan puase tu palsu.
so berhati-hati kalo nak share something. lebih elok kalo korang dengar sendiri baru share dari korang copy paste yang belum tentu sahih ke tak.
p/s: 10 hari rahmat dibulan puase dah berlalu.
Rabu, Ogos 10
Selasa, Ogos 9
macam mane?
ini adalah potret mona lisa.
ini pula gambar seorang remaje yang bermuke itik setelah mengambil gambar menggunakan henset beliau.
ape yang berlaku jika mona lisa juga berhadapan dengan kamera henset??
jeng jeng jeng
monalisa bermuke itik! tada~
p/s: amacam? ade berani nak amik gambar gune henset tak?
p/s/s: kredit untuk an najjah tanmami kerana sumber idea beliau. (tipuuu)
p/s/s: kredit untuk an najjah tanmami kerana sumber idea beliau. (tipuuu)
Isnin, Ogos 8
5 nikmat khusus bulan ramadan
sabda rasulullah s.a.w:
telah diberikan kepada umatku di bulan ramadhan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu:
dipermulaan ramadhan allah akan melihat umatku, sesiapa allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan di azab selamanya
bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi allah dari bau kasturi
malaikat akan memohon ampun untuk orang yang berpuasa sepanjang bulan ramadhan
allah akan menyuruh syurga berhias untuk orang-orang yang berpuasa
pada akhir ramadhan allah akan mengampunkan semua dosa mereka. seorang sahabat bertanya, adakah itu lailatul qadar? jawab rasulullah, seperti orang yang bekerja, perlulah diberi upah selayaknya setelah menyempurnakan pekerjaannya.

ok. aku cuma nak kongsi tazkirah yang aku dengar mase solat terawih malam tadi. tak best la kalo aku dengar tapi tak share kan.
ape pandangan korang tentang bulan ramdhan?
bulan untuk korang jadik baik sekejap selama sebulan? bulan untuk korang terpakse tak makan dari awal ayam berkokok sampai ayam tido? bulan yang korang rase same je cam bulan-bulan yang lain? bulan korang dapat keberanian yang luar biase sebab sume setan kene ikat?
jujur cakap, aku tak percaye pon setan kene ikat sebelum ni. sebab takde bukti kot? ade je manusia yang merompak, membunuh taim-taim bulan pose ni. kalo setan kene ikat, mesti sume manusia jadik baik kan? tapi ade member aku cakap manusia jadik jahat bulan pose ni sebab didikan setan. mane taknye, sebulan je setan cuti. lagi 11 bulan diorang dah kaw-kaw train kite. mestila kesan tu ade kan?
bile aku dengar tazkirah semalam. aku pon tak tawu perspektif aku tentang bulan ramadhan camne. yah. memang patutnye bulan ni bulan meningkatkan amal ibadah. tapi aku terfikir. takkan bulan ni je aku nak buat amal ibadah? bulan lain harem tak buat. bulan ni je nak kurangkan mencarut. bulan lain mencarut 24jam?
nak jadik baik pon hati dah was-was kan. ni setan la punye keje ni.
tapi semalam tok imam tu cakap. amalan puase kite ni allah sendiri yang nilai. jadi, aku rase tak salah kalo nak jadik baik sekejap. hanye kite dengan allah je tawu macam mane kan? just jage hubungan kita dengan-Nya dah la. lantak la orang nak cakap. bukan diorang yang tentukan pahala kat kite.
tapi agak-agak korang. kalo kita tak solat. allah nak ke pandang? ok. fine. aku surrender.
p/s: pahala puase umpama markah kertas peperiksaan, makin banyak kau buat salah. makin kurang la markah kau dapat.
Sabtu, Ogos 6
#entri pendek: bertuah?
kenape eh? dulu aku slalu dengar orang-orang tua marah anak diorang yang nakal. mesti die cakap camni.
"bertuah punye budak, aku suruh pergi mengaji kau pergi main guli ye!"
serius! apekah signifikasi bertuah dengan menjadi budak yang nakal?
p/s: wish that i can run from the past.
"bertuah punye budak, aku suruh pergi mengaji kau pergi main guli ye!"
serius! apekah signifikasi bertuah dengan menjadi budak yang nakal?
p/s: wish that i can run from the past.
Langgan:
Catatan (Atom)