Selasa, Ogos 10

bagaimana untuk menjadi insan yang cemerlang?


walaupun lawak diorang kadang-kadang tak leh pakai. tapi ade seni-seni yang boleh di aplikasikan.


Isnin, Ogos 9

chick a reetow! chick it out!

semalam. aku berkesempatan melihat orang-orang ramai berboria. ye. boria. kau tidak percaye ke? bukan. aku bukan peminat boria tegar. cuma dapat invitation melihat kawan berboria.



oh. first time kot.



secara tepatnya. aku tak pernah pergi event-event sebegini. jangan cakap boria. zapin, mak yong, tarian kuda kepang pon aku tak pernah tengok. cume dulu aku pernah tengok jiran bilik aku menari zapin. tu pon tak into sangat. sebab die praktis dalam bilik jah. bukan aku pergi tengok die bertanding.



tinggalkan boria. mari berbola



seingat aku, 2 pertemuan terakhir man u dengan chelsea di akhiri dengan kegembiraan penyokong-penyokong chelsea. aku sebagai peminat tegar man u sekadar dapat menyumpah seranah kedua-dua team. (man u pun aku sumpah sebab maen cam sampah)



semalam, man u bantai chelsea 3 - 1. tu pon aku rase naseb baek la drogba tu maen lambat and out of form. kalo tak mahu kene tapau jugak man u. tapi, sumpah aku terhibur!



sebab ape?



penscore gol man u malam tadi...chicharito
ok..aku tipu





wajah penscore sebenar..



gaye kau memang terbaek!



oh. semalam juga pengalaman pertama aku melihat dan meminum air espresso. macam loser sangat kan? sumpah. lepas ni aku akan order air mahal-mahal kat tempat yang eksklusif.



p/s: lagi pengalaman semalam. makan sup ader taugeh. memang sehari yang menambah pengalaman.


Isnin, Ogos 2

heyri, the another story #1

"ape yang kau nak, ape yang kau tak puas hati dengan aku heyri.."


aku diam. sediam-diam yang boleh. tidak mengendahkan soalan yang diajukan. cume tangan-tangan ku saja yang ligat mengawal pergerakan stereng kereta.


oji memandang ke arah muka ku. mengharap respon terhadap soalannye tadi. aku buat-buat tak nampak. mataku memberi penumpuan 100% terhadap pemandangan jalan di hadapan.


hujan mulai turun.


demmit. asal suasana sedeyh ngan muram je hujan turun! tak leh ke hujan ni turun waktu nak tido ke, waktu tengah makan goreng pisang ke. ciss. sumpahku dalam hati.


"jawabla.."


pertanyaan oji memotong pemikiran ku terhadap ujan tadi.


aku terus mendiamkan diri. sekadar menjeling. dengan harapan oji dapat membace ape yang aku harapkan darinya.

Jumaat, Julai 30

bulan 8 sudah?

dah sebulan tak mengepost sabarang entri. takde idea plus malas mengarang. lebih suke membace entri-entri orang laen. stalk blog sane sini. download citer itu ini. tup tup sebulan sudah. world cup pon dah abes. belande pon dah kalah.



cilake punye paul.



oh. dah start masuk tahun akhir. dah boleh digelar super senior. wah? jadual aku. sungguh heaven. jumaat sampai isnin boleh di kategorikan hari menangkap penyu afrika ataupun hari berguling di bilik sambil mendengar lagu boney.m "horay! hooray! its a holi-holi day~!"



yosh! yosh! sile menjerit bersame!



ah. sekarang aku tinggal kat kolej hujung. ye! sungguh jauh dari kesibukan kota utm yang pesat membangun. jauh dari pandangan awek-awek comel berjogging dikale petang hari mahupon awek-awek separa comel menapau makanan di kafe. demm. tinggal di kolej yang full package lelaki memang boleh menjadikan perasaan berjumpe budak perempuan di perkarangan letak kereta satu pemandangan yang sungguh rare!



oh. sheet!




gaye penulisan aku semakin teruk. setelah 2 bulan. aku baru sedar yang aku masih perlu menggunakan pen untuk menulis nota-nota kuliah. tapi. graf pemahaman aku terhadap penulisan yang ditulis seperti tidak selari.




adekah?




gaye penulisan aku sudah sampai tahap tertinggi atau mata aku yang sakit?



p/s: hidup orang bujang memang perlu memasak untuk menjimatkan kos sara hidup yang tinggi. tapi aku tak pandai memasak? demm.


Isnin, Jun 14

Aku lelaki. kau siapa?

Balik dari kerja. aku on tv, dengan harapan dapat menonton perlawanan team pebret aku melawan denmark malam ni (rujuk sini). tapi sayang seribu kali sayang. sume stesen tv tempatan tak der siaran langsung. ciss. aku pun terus on laptop, layan lagu saleem, seribu kali sayang.



kan best kalo rumah aku ade astro b.yonce.



jadi, tengok live update je la jawabnye. haih. tengah-tengah syok berlayar tadi (surf tenet la kate omputeh), aku terbace bende ni.



Fakta pelik tapi benar orang-orang lelaki*sejati!
[rujuk sini ]



1. Lelaki tidak detail dalam percakapan.

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

komen aku: ah kemon. kumbang kan berekor-ekor ramainye? buat pe nak cakap detail-detail. lagi pun. style budak u sekarang sume tulis point form je. tak yah elaborate panjang-panjang.



2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

komen aku: jangan cakap sepanjang malam. 1001 malam pun boleh. janji ade tongkat ali, ali ginseng, guarana cappucino dan sebagainye.



3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

komen aku: ceyh. ngate dulang paku-pakis, bukan duet kitorang jugak nanti yang kene kikis? standard manusia la. orang pompuan pun habiskan duet beli barang pompuan jugak kan?



4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba-tiba di rumah lovernya dengan sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal-hal bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

komen aku: aku pun memang tak suke bunga-bunga ni. lagi-lagi kalo pinjaman berbunga. memang aku menyampah!



5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

komen aku: ang tak sedar ke banyak ruangan gosip kat dunia ni lelaki yang tulis? gossip girl pun lelaki yang arahkan taw.



6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa tentang ibunya.

komen aku: syurga di bawah tapak kaki ibu. ang nak kene sumpah jadi tanggang ke?



7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

komen aku: ade ke? aku tak pernah ade kot edisi-edisi terhad ni. ke ko terpengaruh tengok citer doremon? aku rase sinyu tu je yang suke barang-barang edisi terhad.



8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

komen aku: sape tak sayang bini woo!



p/s: korang lelaki? pikirlah sendiri.