Sabtu, November 30

Gila

There's a fine line between love and insanity.



Yerp. Aku rasa macam setuju je dengan ayat kat atas tu. kenapa? sebab, bila aku pikir balik ape yang aku buat untuk meraih cinta (pergh! meraih konon..) dulu..macam kurang cerdik.



Kenapa kurang cerdik?



Itu kita kena kembali ke 10 tahun dulu. punyala kurang cerdiknya aku dulu. disebabkan suka kat sorang pompuan ni. aku sanggup kol dia tiap malam. kol bukan cakap apa pun. just nak dengar suara je. Tah hapenye best suara dia pun aku tak tau.



Nampak tak kekurang cerdikan disitu?



Jadi. apekah cinta itu gila? Hmm. entah. terpulanglah kepada diri masing-masing mentafsirkannya. biar cinta itu gila, jangan korang yang gila sebab cinta sudeyh.

Khamis, November 28

Random #4

Maafkanlah kesalahan orang-orang yang melakukan kesalahan, nescaya Allah akan melindungi kamu dari takdir yang buruk.




Selasa, November 19

Mim ya mim fa ya.

Orang cakap, kalau kita mimpikan seseorang tu maksudnya orang tu tengah rindu dekat kita.



like . wut?



aku rase kalau dah selalu sangat mimpi orang yang sama, rasanya macam tak kena je kalo dia rindu kat aku. Benci? yes, dia benci aku. yeay!


 
homai. homai. what a stupid dream. scumbag brain!

Khamis, November 14

Flashback #1

Dulu, ade orang pernah cakap kat aku yang dia tak suka drive malam. Aku tanyelah kenape? dia cakap drive malam silau. tambah-tambah kalau yang folo belakang kereta Myvi. 



ye ke?



Ok, betul. sekarang ni aku dah rase menyampah drive malam. Tambah-tambah lagi kereta Myvi yang dok folo belakang aku tanpa henti. Kalau aku dah bawak slow tu potong la woi! takkan tu pon aku nak ajar?

Isnin, November 4

Momen-momen temuduga yang awkward

"so, incik acid. boleh saya tanye satu soalan? saya harap incik tidak keberatan menjawabnye"


"oh. silakan"


"jika incik diterima di syarikat kami, dalam masa berapa bulan incik plan nak kawen?"


"HAH??"


"takkan belajar sampai 7 tahun kat johor tu takde yang sangkut kot...mustahil lah"


". . . . . ."