Jumaat, Julai 29

ayat yang kadang-kadang sipi-sipi nak kene batang idung sendiri.



p/s: is it guys or girls should?

Rabu, Julai 20

scoot scoot : part 1

ini adalah motor skuter

ini pula motor berkuasa empat lejang.



Ok. Motif tunjuk gambar-gambar ni?



Semalam nenek aku suruh pergi kedai. beli barang-barang dapur sikit. Di pendekkan cerita adelah seorang tu offer pinjam motor die. Ye la. Nak gi kedai dekat je pon. Takkan aku nak pergi dengan yasmin. Aku pon terima je la kunci motor die tanpa banyak soal.



Sesampai je aku kat motor beliau.



Ah dem! aku mane pernah bawak skuter!!! sickkkkk

p/s: tolonglah. best sangat ke naik skuter??

Selasa, Julai 19

Behind blue eyes




dulu..mase duduk kat asrama..aku suke gile dengar lagu ni.. time tu pakai transistor je kot..kat asrama aku tak leh nak bawak radio..so tiap-tiap malam taim prep..pasang transistor..dengar hitz.fm mesti ade lagu ni..



memandangkan english aku bukan tahap band six.



rupenye ape yang aku dengar selame ni lain bebenor dengan ape yang paham  = . =



sickk!!



p/s: no one knows what its like to feel this feeling..

Khamis, Julai 14

bersih?

seminggu ni..aku asik bace bende-bende pasal bersih jer..yang mane menyokong tu pasti dengan hujah-hujah menyokongnye...yang mane menentang tu mestilah dengan hujah-hujah menentangnye.



ok. aku sokong ke tidak?



aku tak tawu nak tafsirkan diri aku ni menyokong ke tidak. memang la negare kite ni mengamalkan demokrasi. tapi demokrasi berpelembagaan. bukan demokrasi terpimpin macam citer tiga abdul tu.



mungkin aku lebih kepade tidak menyokong.



kalo aku cakap camni, mesti orang cakap aku puak-puak najib. haha. no hal. aku tak kesah korang nak cakap aku ni umno ke. pas ker. (dap ngan pkr tu sori la. aku tak pandang) bagi aku. parti-parti kat malaysia ni semua same je. depan cakap laen. belakang cakap laen. kalo semalam kate jangan kawan dengan si x, alih-alih arini berkawan baik pulak dengan si x. baru je pagi tadi kate harge roti tak naik. tup-tup menjelang malam harge roti naik.



apekes?



ade beberape point orang cakap bersih ni nak menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, suruhanjaya pilihan raya tu korup dan macam-macam lagi laa.



takde demokrasi kat dunia ni yang bersih suci. buat la macam mane sekali pon. sistem yang manusia buat dengan erti kate lain yang dibuat oleh makhluk tidak akan sempurna melainkan sistem yang dibuat oleh-Nya. trust me. kau perfect macam mane pon. akan ade cacat celanye juga. dalam ujikaji sains pon ade ralat yang dibenarkan.



bukan la pulak maksud aku menyokong kerajaan sekarang. jauh sekali aku menyokong korupsi negara yang memang terang-terang boleh nampak. tapi macam mane? korang rase dengan berdemo. berarak ramai-ramai tu boleh bersih ke sistem demokrasi ni?



kalau kau nak satu sistem yang bersih. yang adil. tu sistem khalifah. yang rasulullah buat. itu je sistem yang aku rase bersih. yang betul-betul adil. ade sape-sape berani pergi buat demo perjuangkan sistem ni tak?



dah tu kau nak pergi berdemo-demo buat pe? sekadar nak suare korang didengari? nak ke najib tu dengar suare kau? korang nak satu dunia tawu yang rakyat malaysia ni semuanye benci najib, tak puas hati ngan kerajaan? sori la. dunia ni pon aku rase tak amik pot sangat. yang diorang amik pot harge saham esok naik ke jatuh. harge minyak esok naik lagi ke same macam biase.



yang rugi nye korang jugak. kerajaan gune duet korang bayar alaun-alaun polis, bayar gaji fru yang kene buat overtime hari sabtu. perabih duet korang nak bayar bil air yang digunekan untuk simbah korang. tak lupe juga kene beli stok bom pemedih mate baru sebab stok dah abes gune untuk pedihkan mate korang.



yang lagi aku rase kelakar. bende bersih ni yang lead nye si ambiga tu. ok. aku bukan nak racist.



tapi korang fikirlah balik tuntutan-tuntutan yang die buat. aku bukan nye typical malays yang melenting bab-bab agame. tapi kalau dulu nabi bersungguh-sungguh menentang golongan murtad. hari ni ade orang yang memperjuangkan hak orang nak murtad, yang bagi jalan untuk orang islam murtad. kau rase kau sokong ke? fikirlah sendiri. sejujurnya, aku sendiri tak layak nak berbicara pasal agama. aku bukan agamawan. jauh sekali cendekiawan yang bijak pandai bab-bab agama.



lebih kepada cendawan yang kerdil tumbuh di sebuah negeri yang makmur.



p/s: pilihanraye dah nak dekat. aku sendiri konfius nak sokong sape. any idea?